Suatu petang yang damai,
kring… kring… telefon 3310i klasik saya berbunyi.
Saya: “Hello”
Penelefon: “Hello”
Saya: “Iya hello, nak cakap dengan siapa?”
Penelefon: “Siapa ni?”
Saya: “Tuan rumah, nak cakap dengan siapa?”
Penelefon: “Iyalah aku tahu tuan rumah, tapi sapa ni?”
Saya: “Encik nak cari siapa sebenarnya ni?” (sedikit angin tapi masih dengan suara yang cool, cheewah…)
Penelefon: “Bagitaulah dulu siapa ni, kat mana. Susah sangat ke?”
Tut… tut…
Boleh blah, ringan je tangan saya putuskan talian.
Tidak berapa lama kemudian satu mesej daripada nombor yang sama menyusul, pendek dan sinis sahaja kandungan dalamnya.
“BERADABLAH SKT CIK OIT, SALAHKAH B`TANYA SAPA YG SDG B`CKP DI TALIAN? AKU CUMA NAKKAN K`PASTIAN, TAKUT TERSALAH NO. X PERLU CUTOFF TALIAN MCM TU”
Aik…
Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Sudahlah menghantar mesej dengan menggunakan tulisan Caps Lock dan perkataan yang cacat sifatnya, boleh pulak dia demand macam tu kepada saya.
Pelik betulkan orang zaman ini, sejak bila pula tetamu perlu bertanyakan serba-serbi kepada tuan rumah? Lebih pelik sejak bila pula tuan rumah diwajibkan menjawab segala pertanyaan daripada tetamu. Agak-agak, sayakah yang kurang beradab atau penelefon tu yang sebenarnya terlalu emosional kepada saya.
Siapa sebenarnya yang perlu bertanyakan soalan dan menjawab dalam kes di atas.
Pernah tak korang mengalami situasi seperti di atas?

32 comments… read them below or add one
« 1 2 3 »
mcm2 ek skang nie..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru syu90…Sinopsis & Trailer 7 Petala Cinta
wowo…MM..saya pernah alami mcm ni..tp klu lihat situasi ni org tu amat la ‘BERADAB” kan mama murai..sudah mulut longkang…jari jemari yg menaip mesej juga longkang sungguh…
Apa kata korang baca juga artikel terbaru eryati…MAAF…tuan tanah belog ini……
payah kalau melayan orang sengal
Apa kata korang baca juga artikel terbaru samdaddycool…BE Nuffnang dan Tiket movie Dr. Seuss UIP The Lorax
memang pernah melaluinya, tapi orang yang salah no tu belum pernah lagi dapat yang mcm ni.
Manusia ada macam – macam perangai.
Apa kata korang baca juga artikel terbaru kimmie…My Pinky Moments
Manusia….macam2 ragam kita boleh jumpa…hehehe
Apa kata korang baca juga artikel terbaru yas…KARNIVAL PROTON – POWER OF 1
kakyong kerap juga menerima panggilan tersalah ‘masuk’ ke telefon rumah… kalo ditanya lebih2, memang direct ajer cakap.. “ini rumah kediaman, en salah no ni. terima kasih yer” & terus letak telefon..

Apa kata korang baca juga artikel terbaru kakyong…Prestasi blog kakyong[dot]com© – February 2012
apa kata mama publish nombor phone si penelefon tu… boleh pembaca blog mamamurai ni sms dia secara berjemaah :p
Apa kata korang baca juga artikel terbaru sabree hussin…Bagaimana Menjadi Lebih Kaya Selepas Berhenti Kerja?
ringan……je tangan ni nak naik ke pipi
..kih3
Apa kata korang baca juga artikel terbaru W.HabibuRahman…Jom Hapuskan Broken Link
hahaha…bagus gak camtu…letak jer..dia msg lebih2, reply jer, “okey, nanti saya forward semua msg kt skmm n polis report” hahahaha…
Apa kata korang baca juga artikel terbaru faizfakhirin…Tips Menjejak Awek / Pakwe / Telifon Hilang
Alahai, kalau kita cakap cara baik orang pun takkan tak sopan dengan kita. sabar saja lah
« 1 2 3 »
1 trackback