Suatu petang yang damai,
kring… kring… telefon 3310i klasik saya berbunyi.
Saya: “Hello”
Penelefon: “Hello”
Saya: “Iya hello, nak cakap dengan siapa?”
Penelefon: “Siapa ni?”
Saya: “Tuan rumah, nak cakap dengan siapa?”
Penelefon: “Iyalah aku tahu tuan rumah, tapi sapa ni?”
Saya: “Encik nak cari siapa sebenarnya ni?” (sedikit angin tapi masih dengan suara yang cool, cheewah…)
Penelefon: “Bagitaulah dulu siapa ni, kat mana. Susah sangat ke?”
Tut… tut…
Boleh blah, ringan je tangan saya putuskan talian.
Tidak berapa lama kemudian satu mesej daripada nombor yang sama menyusul, pendek dan sinis sahaja kandungan dalamnya.
“BERADABLAH SKT CIK OIT, SALAHKAH B`TANYA SAPA YG SDG B`CKP DI TALIAN? AKU CUMA NAKKAN K`PASTIAN, TAKUT TERSALAH NO. X PERLU CUTOFF TALIAN MCM TU”
Aik…
Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Sudahlah menghantar mesej dengan menggunakan tulisan Caps Lock dan perkataan yang cacat sifatnya, boleh pulak dia demand macam tu kepada saya.
Pelik betulkan orang zaman ini, sejak bila pula tetamu perlu bertanyakan serba-serbi kepada tuan rumah? Lebih pelik sejak bila pula tuan rumah diwajibkan menjawab segala pertanyaan daripada tetamu. Agak-agak, sayakah yang kurang beradab atau penelefon tu yang sebenarnya terlalu emosional kepada saya.
Siapa sebenarnya yang perlu bertanyakan soalan dan menjawab dalam kes di atas.
Pernah tak korang mengalami situasi seperti di atas?

32 comments… read them below or add one
1 2 3 »
saya kalau kena mcm ni, saya cakap je ‘nama ku joyah’..hihi…
hello puan Joyah..hehe
Apa kata korang baca juga artikel terbaru W.HabibuRahman…Jom Hapuskan Broken Link
sedap nama tu. mesti pelakon ni kan
Apa kata korang baca juga artikel terbaru sabree hussin…Semakin Besar Pangkat, Semakin Perlu Menunduk Hormat
menyakitkan hati…mmg tak beradab..padahal dia yang call kita? tak senonoh betulkan..
Saya juga pernah mengalami situasi seperti itu, dan biasanya saya langsung tutup telepon. Haha, salam kenal dari blogger Indonesia
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Ijal Fauzi…Monodualisme
aik dia pulak yg marah ye..pelik..kih kih kih..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru arulchelsea…Superhero ‘Batman’ yang miskin
kau ni tak boleh jadi customer services ler jawabnyer.. hik3
btw org call tuh kena ler jawab nak cari saper.. kalau silap org
cakap sorry ker.. Wrong number ke.. simple rite
Apa kata korang baca juga artikel terbaru nurmisnan…Tum Tum berdialog
pernah. selalu sangat. kalau perempuan, aku layankan aje. kalau lelaki. ok. boleh blah. haha..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru titan…Lelaki kacak percaya pada diri sendiri
amboi..
nape? salah ke?? :boss:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru titan…Jangan layan pendapat bodoh.
oo..yg pompuan layan takpe yer.. kot2 boleh tersangkut pulak kan..
:byee:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Ummi Hanie…Demam sawan kanak-kanak
Ha3.. Ragam manusia…
mmm…masa taya “ni tuan rumah” pun dah kasar…x beradab betul…
kena bagi lempang dia ni…
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Din…Alamak! Aku Ditipu oleh Syarikat Apple
Haha.banyak jugak soalan si penelefon tu.
8) :cool:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru budakserius…Hotel Dibina Daripada Ribuan Kad Kunci
Hmm… Sepertinya Penelefon itu memang takut bila salah sambung, maka Dia balik bertanya pada Tuan rumah. Padahal sang Tuan rumah sudah bertanya demikian, dan seharusnya si Penelefon itu
yang memberi jawaban lebih dulu. Bukan malah bertanya balik begitu. Jadi menurut Ayas, si Penelefon itulah yang kurang sopan.
^_^ Peace!!!!
SALAM KENAL yach…
Apa kata korang baca juga artikel terbaru BagiBagiBlog…GAGAL PERTAMAX SERING TELATX
1 2 3 »
1 trackback