Suatu petang yang damai,
kring… kring… telefon 3310i klasik saya berbunyi.
Saya: “Hello”
Penelefon: “Hello”
Saya: “Iya hello, nak cakap dengan siapa?”
Penelefon: “Siapa ni?”
Saya: “Tuan rumah, nak cakap dengan siapa?”
Penelefon: “Iyalah aku tahu tuan rumah, tapi sapa ni?”
Saya: “Encik nak cari siapa sebenarnya ni?” (sedikit angin tapi masih dengan suara yang cool, cheewah…)
Penelefon: “Bagitaulah dulu siapa ni, kat mana. Susah sangat ke?”
Tut… tut…
Boleh blah, ringan je tangan saya putuskan talian.
Tidak berapa lama kemudian satu mesej daripada nombor yang sama menyusul, pendek dan sinis sahaja kandungan dalamnya.
“BERADABLAH SKT CIK OIT, SALAHKAH B`TANYA SAPA YG SDG B`CKP DI TALIAN? AKU CUMA NAKKAN K`PASTIAN, TAKUT TERSALAH NO. X PERLU CUTOFF TALIAN MCM TU”
Aik…
Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Sudahlah menghantar mesej dengan menggunakan tulisan Caps Lock dan perkataan yang cacat sifatnya, boleh pulak dia demand macam tu kepada saya.
Pelik betulkan orang zaman ini, sejak bila pula tetamu perlu bertanyakan serba-serbi kepada tuan rumah? Lebih pelik sejak bila pula tuan rumah diwajibkan menjawab segala pertanyaan daripada tetamu. Agak-agak, sayakah yang kurang beradab atau penelefon tu yang sebenarnya terlalu emosional kepada saya.
Siapa sebenarnya yang perlu bertanyakan soalan dan menjawab dalam kes di atas.
Pernah tak korang mengalami situasi seperti di atas?

32 comments… read them below or add one
« 1 2 3
hati sy lak yg panas..mmg x beradab si pemanggil tuh..
sy paling x gemar bila org call n boleh tanya plak siapa ni? telefon bimbit bukannya telefon rumah, 1 je owner..hish..patutnya perkenalkan la diri tu dulu..atau pun bagitau nama org yg dicari tu..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Ibu Mifzal Arsyad…“Duduk Bantah” Di Perhimpuan Bersih 3.0
betul tu IMA, saya pun fikir macam tu gak. Sebagai tetamu kita kena lebih bersopan kepada tuan rumah.
Kalau saya mungkin saya akan call balik dan tanya dia nak apa. Kadang-kadang best tau kak layan org macam ni..Itu pun kalau ada kelapangan la..
Jadi nanti kita boleh tau apa tujuan dia call kita..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme…Yuna – Terukir Di Bintang
hahaha..dia buat lawak antarabangsa nie..
Salam,
:smile: Nasib baik ini bukan panggilan hangit kan
Itulah kan, kita masuk rumah orang kenalah bagi salam
dan buatlah rumah orang tu sebagai ‘rumah orang’
Budi bahasa budaya kita..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Jomtonton…Aura Lelaki Kacak Ustaz Don Daniyal
Kalau myra pun sedikit angin bila orang lain telepon masuk dok tanya kita lebih2 pulak..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Myra Jay…Sistem SBPA dibatalkan, SSM dipertingkatkan
bodoh ke apa org tu hoho klu misskonspirai terkena lagutu siap dia ngan serangan halilintar hekhek
Apa kata korang baca juga artikel terbaru misskonspirasi…Follow Lyssa Secret Punya Blog!
« 1 2 3
1 trackback