
Saya sebenarnya sangat gemar membawa keluar seluruh isi rumah berjalan-jalan ke pusat bandar. Bukan apa, saya rasa anak-anak sama seperti orang dewasa juga, perlukan hiburan. Takkanlah setiap hari asyik duduk bermain di dalam rumah sahaja. Sekurang-kurangnya dengan membawa mereka keluar berjalan, minda mereka akan terbuka melihat realiti sebenar kehidupan yang fana ini.
Seperti biasa, kami sekeluarga memilih salah satu pusat rekreasi terkemuka yang ada di ibu kota. Memandangkan statusnya yang memang terkenal dan ditambah lagi dengan cuti hujung minggu, maka kehadiran kami di sana turut dikongsi bersama puluhan penduduk kota yang lain terutama golongan remaja yang tentunya membawa seribu satu macam ragam.
Tanyalah apa sahaja yang dipamerkan oleh golongan remaja yang ada disana, bermula daripada fesyen, gaya hidup sehinggalah kepada tingkah laku mereka, semuanya sama! Hanya berpaksikan barat. Mungkin ada benarnya pendapat sebilangan besar cendekiawan tanah air bahawa remaja kita sememangnya telah diresapi oleh budaya orang berkulit putih yang masih kekal terus menjajah walaupun sebenarnya kita telah lama merdeka.
Tapi dalam banyak-banyak pertunjukan percuma yang dihidangkan kepada saya, perangai gedik gadis remaja kita yang amat menarik perhatian saya. Bukan berniat memalukan golongan gadis dewasa ini. Saya akui masih ramai lagi anak gadis kita yang masih terjaga adabnya di luar sana. Tapi realitinya kita tidak dapat menafikan bahawa hampir keseluruhan mereka yang bergelar ‘anak gadis’ yang ada di Malaysia mempunyai perangai yang sama seperti yang telah saya nyatakan di atas. Mereka bukan sahaja bersosial tanpa mengira batas agama, bahkan saya lihat mereka seperti enggan menghiraukan pandangan masyarakat mengenai tindak-tanduk yang dilakukan oleh mereka sepanjang berada di tempat umum. Itu tempat terbuka, bayangkan bagaimana agaknya aksi ‘anak-anak gadis kita’ di tempat yang terselindung!.
Melihatkan aksi mereka, saya teringatkan kepada laporan akhbar Harian Metro yang telah saya baca mengenai gadis sunti kita yang bergelar mahasiswi semalam. Mengenai kehidupan malam mereka yang sungguh di luar imaginasi berdasarkan status mereka yang bergelar cerdik pandai. Cuba bayangkan bagaimana dashyatnya kehidupan anak gadis zaman millenium ini, bersosial dan berparti sakan sehinggakan meneguk arak seperti meminum segelas air suam. Di mana hilangnya gadis melayu yang melambangkan kesopanan wanita timur selama ini?
Jangan salahkan sesiapa sekiranya gejala buang bayi tidak berkesudahan sehingga hari ini atau akan datang. Gadis zaman sekarang memang terlalu berani dan ‘advanced’ berbanding zaman datuk dan nenek kita. Zaman di mana anak gadis disimpan kemas di dalam ‘peti’ seperti emas yang tak ternilai harganya. Saya kadang-kadang terfikir, inikah salah satu tandanya dunia di akhir zaman. Bila wanita semakin hilang perasaan malunya, bila harga diri seorang perempuan boleh digula-gulakan dengan sepotong ayat yang dipanggil ‘ayat-ayat cinta’, dan bila semakin ramai wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang. Wanita sebesar mana hargamu?


{ 8 comments… read them below or add one }
hmmmm….. hanya karena uangkah? sehingga auratnya dipertontonkan.
Yaa Allah berilah hidayah pada hamba2mu ini… :razz:
Hartohadi dot com mengucapkan :
Selamat Iedul Fitri 1 Syawal 1431H, Taqobalallahu minna wa minkum Shiyamana washiyamakum Taqobalallahu Yaa Kariim, Minal Aidin Wal Faidzin ….Mohon maaf lahir dan batin….
gambar ni mase cuci motor kat subang kalo xsilap..

mmg melayu jew..
yg amek gmbar pon melayu jew
nauzubillah~
Jom baca artikel terbaru nanajoe …. Segmen Bebelen Berilmu Bersama Nana
Jom baca artikel terbaru hyprobulksms …. Teknik pemasaran online hyprobulksms
Itulah.. nak ckp pun susah.. makin hari makin terdedah.. pakai baju mcm x nak pakai baju…
Gambar kat atas tue hanya hiasan, takde kaitan dengan remaja yang mama ceritakan tue. Entahlah wanita sekarang nie memang dah semakin murah ke atau terbuka. Apa yang boleh mama buat hanya berkempen untuk menyedarkan mereka.
Jom baca artikel terbaru Mama Murai™ . …. Resipi menjadi seorang ‘penulis blog melayu’ yang berjaya!
Emm, selamber jer tayang mcm tu.. ada banyak lg gambar2 ni..
ini gmbar dah lama..akan datang lagi advance diorang ni.
p/s: petanda kiamat makin dekat…
Jom baca artikel terbaru HidrogeN …. Berita BAIK untuk bakal PELABUR M6 !!!
dah lumrah manusia akhir zaman tu
Jom baca artikel terbaru Dayat …. Malaysia menang lawan Korea