Assalamualaikum dan salam blogger semua,
terlebih dahulu saya meminta maaf kepada semua peserta kerana terlewat mengumumkan keputusan Insentif Tunai sekali lagi. Rasanya tidak perlu saya uar-uarkan sebab kelewatan tersebut kerana saya rasa semua sudah sedia maklum, kesibukan yang melanda saya kebelakangan ini.
Baiklah, di bawah ini adalah senarai blog yang mengambil bahagian berserta dengan jumlah insentif yang diperolehi dan juga screen shot jumlah referral yang saya print screen daripada Google Analytics bermula 15/02/2012 sehingga 14/03/2012.
Jom kita tengok siapa yang kena…
Dan jumlah insentif yang diperolehi setelah dicongak dengan menggunakan sempoa anak saya adalah seperti berikut;
1. Trafik dari blog Decrewz 138 x RM0.03 + Bonus RM10 + Insentif bulan Jan RM0.69 = Jumlah Insentif RM14.83
2. Trafik dari blog Earncent 123 x RM0.03 + Insentif bulan Jan RM15.88 = Jumlah Insentif RM19.57
3. Trafik dari blog Blog-PKE 105 x RM0.03 + Insentif bulan Jan RM12.34 + Murai Terbaik RM10 = Jumlah Insentif RM25.49
4. Trafik dari blog Puanbee 98 x RM0.03 = Jumlah Insentif RM2.94
5. Trafik dari blog Syaisya 95 x RM0.03 + Insentif bulan Jan RM1.26 = Jumlah Insentif RM4.11
6. Trafik dari blog Bardboo 48 x RM0.03 = Jumlah Insentif RM1.44
7. Trafik dari blog Ehberita 43 x RM0.03 = Jumlah Insentif RM1.29
8. Trafik dari blog Mydaniaeryati 42 x RM0.03 = Jumlah Insentif RM1.26
9. Trafik dari blog Benjyblogger 40 x RM0.03 + Insentif bulan Jan RM0.87 = Jumlah Insentif RM2.07
10. Trafik dari blog Snowgirl syuhada 39 x RM0.03 + Insentif bulan Jan RM1.08 = Jumlah Insentif RM2.25
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Kepada Pejuang Kesenian Extreme, Earncent, Adele (RM10.60) dan mereka yang masih menyimpan Insentif Tunai masing-masing pada saya, sila emailkan nombor akaun kepada saya untuk proses bank in Insentif yang lepas-lepas.
Oh ye sebelum terlupa, saya ingin memberitahu kepada semua peserta bahawa bermula bulan ini, hanya blog yang berjaya mengumpul RM5.00 sahaja yang akan dibayar dan dibenarkan untuk membawa jumlah tersebut ke bulan seterusnya.
Mana-mana yang gagal mengumpul kurang daripada nilai tersebut akan dianggap ‘hangus’.
P/s: Tolonglah… jangan terlalu menilai apa yang saya buat.
Salahkah saya membuat Insentif seperti ini? Bukan nak berlagak tapi mendapatkan traffik adalah perkara paling mudah pernah saya buat walaupun tanpa program Insentif Tunai. Serius dengan hanya menggunakan teknik seo, saya boleh mendapat ratusan ribu traffik tanpa perlu bersusah-payah melakukan blogwalking.
Sama ada korang percaya atau tidak saya boleh mengalahkan “Blog Serius” atau apa-apa sahaja blog melayu yang ada di alam maya ini sekali pun yang kononnya termasuk dalam top 100 blog di Malaysia sekiranya betul-betul mengejar traffik. Jadi menyamakan dan melabelkan saya sebagai traffic hunter adalah kesilapan paling bodoh yang tidak boleh saya terima.
Jujur saya katakan bahawa tujuan saya membuat program ini adalah untuk mencari prospek dan pembaca blog yang setia dari kalangan penulis blog. Selain itu sebagai meningkatkan ranking Alexa dan populariti pagerank saya di mata google. Bukannya dengan membeli ribuan traffik yang hanya menjatuhkan bounce rate saya.
Jelas bukan? Jadi selepas ini, jangan lagi duk mengutuk dalam blog masing-masing mengenai kerelevanan giveaway-giveaway yang saya ada. Kalau rasa-rasa menyakitkan hati, duk diam-diam. Kalau tiada idea nak tulis apa, semakkan je blog korang tu atau delete terus. Tak payah serabutkan kepala dengan menulis hal orang lain.
Boleh giteww?


28 comments
« 1 2 3
wow giveaway kat sini rupanya
lama tak baca MM.com. sibuk di sekolah sampai tiada masa untuk online. Marah benar MM kali ini ya. Mungkin MM sudah lama bersabar. Kadang-kala memang kiat perlu luahkan apa yang terpendam.
sabarlah MM… hati orang memang begitu. Apapun, saya yakin MM tidak seperti yang digembar-grmburkan (^__^)V
Apa kata korang baca juga artikel terbaru CikguCAKK…Peluang Terbuka, Keadaan Menghalang
wau…bestnya ramai yg dapat duit…
sape2 boleh jadi referer ke mamamurai?
Apa kata korang baca juga artikel terbaru TopiJerami90…Gambar Proton Prove
sesiapa sahaja boleh dan digalakkan untuk menyertai GA ini TopiJerami90
« 1 2 3
3 trackbacks