Dulu anak sulung saya memang nakal dan kurang mendengar kata. Tapi sekarang ianya sudah jauh berbeza.
Kalau dahulu semua nasihat saya seperti mencurah daun ke batang keladi, sekarang ini dia telah berubah kepada anak yang mendengar kata. Semua kata dan arahan saya akan dituruti tanpa sebarang rungutan di mulut. Tiada ubat-ubatan atau jampi yang pelik-pelik, hanya sedikit permainan psikologi.
Bagaimana saya mendidik anak supaya mendengar kata? Tips dan panduan mendidik anak supaya mendengar kata saya amalkan ialah:
1. Selalu memberikan perhatian dan pujian
Apabila dia melakukan perkara yang baik, ringan-ringankanlah mulut untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Jangan kedekut untuk mengucapkan perasaan bangga kita terhadap kelakuan terpujinya itu. Kanak-kanak sebenarnya sangat sukakan perhatian dan pujian daripada orang lain.
2. Bezakan nada di antara marah dan percakapan biasa.
Bezakan nada semasa anda marah atau pun percakapan biasa. Beri nada yang agak keras atau isyarat berbeza seperti menyebut nama penuhnya semasa mereka melakukan sebarang kesalahan.
3. Salam
Tangan ibu-bapa adalah senjata yang paling ampuh untuk menggalakkan anak mendengar kata. Aura daripada tapak tangan ibu-bapa akan menyebabkan si anak merasa hormat dengan orangtuanya. Pastikan anak-anak sentiasa memberi salam dan mencium tangan anda setiap kali mereka hendak tidur, berjumpa, pergi dan balik sekolah, dan berjalan.
4. Jadi kawan
Jangan selalu mengarah dan membebel di hadapan mereka. Tukar ayat-ayat nasihat yang menyakitkan telinga kepada yang lebih mesra dan berbentuk penerangan. Kalau boleh belajar bagaimana untuk menjadi seorang kawan dengan mengamalkan komunikasi 2 hala yang berkesan.
5. Bagi perumpamaan positif
Seringkali apabila marah, ibu-bapa akan memberikan satu contoh yang negatif kepada anak-anak seperti “anak nakal”, “degil” atau lain-lain lagi. Nasihat saya hentikan bebelan berbentuk negatif tersebut. Perumpamaan negatif hanya akan memberi kesan jangka panjang kepada keperibadian anak-anak kita.
Selain itu, anda amat digalakkan untuk mempraktikkan beberapa tips dan panduan untuk mengajar anak supaya mendengar kata daripada sudut pandang agama yang jauh lebih relevan dan berkesan. Insya Allah selepas ini anak anda pasti akan mendengar kata.

Salam, mohon untuk di share yek. moga apa yang dishare di berkati.
Waalaikumussalam sal, silakan share… semoga ianya memberi pencerahan kepada semua.
Masa saya kecil2 dahulu kalau sy pergi ke rumah org,bapa saya akan memberi pandangan yang tajam kepada saya jika ada melakukan kesalahn dirumah tuan rumah tersebut.Sebagai contohnya mengopes barang tuan rumah dan sebagainya. Jadi waktu tu sy memang faham kalau bapa sy pandang macam tu. Maksudnya dia suruh berhenti apa yang saya tengah buat sekarang ni dan duduk diam2..
boleh dipraktikkan tak lama lagi ni.. =)
Pengalaman jaga dan handle adik2 mungkin banyak bezanya dengan menjaga anak sendiri nanti :boss:
betul. maca kecik memangla. dah besar ni..diorang ok sket..sebab dah boleh faham.. :boss:
Pengalaman jaga dan mendidik anak2 sedara sepanjang peninggalan kakak ke Makkah, banyak mengajar yati tentang kesabaran, dan ketegasan dalam mendidik. Setuju dengan semua tips ni.
* Tak suka dengan karenah pembantu rumah yang kerjanya asyik nak bebel saja.
Tabik dengan kesabaran Yati menjaga kanak-kanak walau masih bergelar anak dara. Bukan senang sebenarnya menjaga seorang kanak-kanak. Perlu banyak bersabar dan kasih sayang
berdasarkan perhatian penulis…kita boleh menegur secara positif tetapi jangan menegur dengan membebel…bebelan hanya akan menjadikan mereka lebih meberontak dan hilang keikhlasan diri…anyway panduan yang bagus untuk ibu bapa jadikan sebagai guide line
Satu perkongsian bermakna, setujua bab marahkan anak, berhati-hati kerana kata-kata si ibu merupakan kata-kata doa mustajab, sebab tu orang tua dulu-dulu selalu marahkan anak dengan perkataan ‘ bertuahnya’….
setuju…tetapi kita kadang kadang lupa