tips hamil terbaik dari ladang minggu ini, ketampanan lelaki tingkatkan peluang untuk anda hamil!!

by Mama Murai™ . on 16 January, 2012 · 8 comments

Assalaamu`alaikum,

Saya ketawa besar time baca kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Negeri Pennsylvania baru-baru ini. Nak tahu kenapa? Ada ke patut depa claim ketampanan lelaki merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada kehamilan. Memang hampeh dowh.

Menurut petikan berita yang telah saya baca, kumpulan penyelidik di universiti itu mendapati daya tarikan fizikal lelaki mempunyai hubungkait dengan kepuasan bercinta bagi pasangannya dan mempengaruhi peluang kehamilan.

Penyelidik berkenaan menjalankan kajian ke atas 110 pasangan yang datang dari pelbagai wilayah di Amerika. Mereka mengambil gambar lelaki terbabit dan mengukur bentuk tubuh berdasarkan penilaian tubuh yang ideal.

Responden wanita kemudian diminta membuat penilaian berdasarkan susunan gambar dan menyatakan tahap kepuasan ketika bercinta dan berasmara.

Dan macam adegan filem barat, off courselah yang tampan lebih puas katanya.

merancang kehamilan anak

sekadar gambar hiasan, ehsan google

Motif?

Mereka mendapati responden wanita yang memiliki pasangan tampan dan puas ketika berasmara, cenderung untuk mempunyai ramai anak!!

Haha, tak ke gila namanya tu. Tak faham ‘aku’. Kalau Mak Kiah yang duk kat ceruk kampung saya tu baca hasil penyelidikan yang telah saya anugerahi Thesis penyelidikan paling tak matang untuk tahun ini, saya yakin dia pun ikut ketawa guling-guling dengan saya.

Wei… proffesor come on lah, engko tak takut ke pakcik-pakcik yang tak berapa nak tampan kat luar sana tu naik angin baca statement merapu daripada korang tu. Kalau nak tahu, depa siap ada cucu-cicit lagi tau. Lagi pun untuk pengetahuan korang, bukti yang telah saya sebut tadi tidak termasuk kes rogol sekali dan terus mengandung anak luar nikah seperti yang ada di negara kami.

Setahu saya (yang tak berapa pandai ni), kehamilan hanya akan berlaku jika ada kehadiran ovum iaitu pada pertengahan kitaran haid dan kehadiran sperma lelaki dalamnya. Paling penting ovum tak dikeluarkan ketika si wanita puas. Atas dasar itu, doktor selalu menasihatkan pesakit supaya belajar mengira waktu subur wanita untuk merancang kehamilan. Bukannya dengan bertanya puas tak puas semasa berasmara.

Kalau nak saya huraikan satu-persatu pun takde hal punya.

Ko biar betul Proff?

Nampak gaya, semua proffesor yang mengkaji tips merancang kehamilan terbaik dari ladang tu kena duk mengaji dekat Malaysia untuk mengetahui hakikat kehamilan yang sebenar-benarnya. Ke saya yang tak tahu menda?

Artikel menarik yang masih segar:

{ 8 comments… read them below or add one }

samdaddycool March 12, 2012 at 1:15 AM

Walaupun saya tak termasuk kategori lelaki kacak, tapi saya telah membuktikan kelakian. :x
Jom baca artikel terbaru samdaddycool …. BE Nuffnang dan Tiket movie Dr. Seuss UIP The LoraxMy Profile

Reply

adele January 25, 2012 at 6:21 PM

nampaknya memang kena cari yang tampan lah ni 8-) Jom baca artikel terbaru adele …. Lelaki, Tolong Jangan Pakai Gelang Boleh Tak?My Profile

Reply

ROJAK January 20, 2012 at 7:52 AM

bole jadi betul bole jadi tak betul. saya ada kawan muka macam tayar lori pancit tapi anak ramai..member yang kacak segak tampan sampai sekarang takde anak lagi…
Jom baca artikel terbaru ROJAK …. Mohd Farady AnuarMy Profile

Reply

titan January 17, 2012 at 3:05 PM

hehe.marah nampaknya..

Reply

klcitizen January 16, 2012 at 6:51 PM

dah tersilap pilih suami lah nampaknya :D :-(

Reply

Mama Murai™ . January 17, 2012 at 7:39 PM

mengarutlah thesis proffsor tu kak, tak boleh pakai punya… hehe

Reply

Pejuang Kesenian Extreme January 16, 2012 at 6:40 PM

Disebabkan saya Tampan,jadi untunglah bini saya dapat banyak anak..
Boleh tak macam tu MM??hahaha

Reply

Mama Murai™ . January 17, 2012 at 7:37 PM

Haha… boleh, tapi bukan saya yang cakap macam tu tau, itu kata Proffesor kongkalikong.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: