Okey… okey… tak payah mai habaq, saya tahu 3 4 hari kebelakangan ini korang memang dah muak dengan entri tutorial saya.
Tak payah risau ok, hari ni Mama Murai tak akan buka sedikit pun topik yang menjurus kepada tutorial atau yang sama waktu dengannya, sebaliknya menukarkan entri tersebut kepada cerita teh yang selalu korang duk hirup pepagi buta tu.
First and foremost saya nak tanya sikit, sedarkah korang bahawa kebanyakan penggemar teh sebenarnya hanya tahu menikmati rasa dan aroma teh tanpa mengetahui cara-cara membancuh teh dengan betul?
Serius dowh… tak tipu. Lagi pun bukan saya yang kata macam tu, kalau korang tak percaya tanya doktor pakar.
Menurut kajian pakar, kebanyakan penggemar teh hanya mementingkan rasa dan aroma tatkala menikmati setiap hirupan. Namun cara membancuh teh yang baik agar mendapatkan khasiatnya secara total, kurang dipraktikkan.
Dengar tu…
Dan bersempena dengan itu… (cheewah ayat memang tak boleh blah) saya dengan senang hatinya memberikan beberapa tip mudah bagaimana membancuh teh dengan betul yang gigih saya kutip dari belakang rumah. Tipu okey, sebenarnya daripada majalah Nur.
Jom layan.
1. Gunakan air matang.
2. Untuk mendapatkan rasa yang enak, cuci daun teh dengan menuangkan air panas secukupnya pada bancuhan pertama. Kemudian ditapis beberapa saat sebelum airnya dibuang. Hal ini dilakukan bagi membuang debu yang masih terdapat pada teh dan menjadikan rasanya lebih enak.
3. Elakkan daripada menggunakan air yang baru mendidih untuk membancuh teh. Sebaiknya gunakan air panas yang bersuhu antara 80 – 90 darjah Celsius kerana ia dapat mengelakkan bahan anti oksida dalam teh daripada rosak.
4. Minumlah segera setelah dibancuh.
5. Elakkan daripada meminum teh yang telah dibancuh lebih daripada 24 jam. Teh basi lazimnya akan membuatkan kita cirit-birit.
6. Simpan serbuk teh dalam bekas tertutup supaya aromanya dapat dikekalkan.
Mudah jer kan? So lepas ni kalau korang agak-agak inginkan rasa teh dan khasiatnya yang sebenar, jangan lupa untuk praktikkan tip membancuh teh di atas.
P/s: Tengah berfikir rupa dan bentuk air matang seperti yang terdapat pada isi pertama.
Seb bek den ni peminat nescafe…tak yah polo la cara ni kot MM?
artikel terbaru yas…Siri Pahlawan Islam – Umar Mukhtar
Semuanye faham kecuali tang air matang tu. Agaknye air yg dah masak kot?
Sebelum ni, mmg pakai air yg baru lepas masak, fuuuuh! Aroma teh mmg tak leh tahan :smile:
artikel terbaru hafizmd…Timun Cina…
Kekadang enggunakan Teh 3 in 1 pun best juga :twisted:
artikel terbaru b3njy…KPI – KEY PERFORMANCE INDICATOR | PRESTASI BULAN FEBRUARI BENJY BLOGGER
Laa apasal tak cerita teknik tarik teh sekali … :twisted: baru ada Ohmmm ! …. Benjy suka minum teh candu (3 layer) sedappp OOOOooo ! … :twisted:
artikel terbaru b3njy…KPI – KEY PERFORMANCE INDICATOR | PRESTASI BULAN FEBRUARI BENJY BLOGGER
ooo…sy buat silap la selama ni mama murai. Asal aje air mendidih terus bancuh teh..konon ingat teh tu cepat la dia menjadi pekat..gelap. Lepas tu kengkadang suka minum setelah sejuk…kengkadang simpan peti ais lg..nasib baik tak cirit birit..eheheh…lepas ni nak guna cara betul la
artikel terbaru eryati…SEGMEN BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012
kalau air tak matang camana rupa nya ek? hehe childish water la yer..
artikel terbaru incik…Kenapa cahaya pada lampu jalan berwarna kuning?
point no 5 tu betul… pernah try.. simpan dlm peti sejuk esok pagi minum jer, pastu dah mula berlari masuk tandas… haha

artikel terbaru lazaac…Modenas Ace 115 Dilancarkan Modenas
elejik dengan teh…
artikel terbaru mancai…web portal percuma
na bancuh teh pon na ade care kn?? semua benda ade disiplin.. :smile:
artikel terbaru Princess Comey…Kenapa perempuan tak tahu macam mana nak terima pujian?
guna dauh teh?
saya kalau nak minum bancuh guna uncang jer…
artikel terbaru fakhruddin…Hadiah dari Eyriqazz.com dah Sampai!
sedapnya air teh..
artikel terbaru eiela…Wordles Wednesday : Kembar Tiga
memang la sedap dan berkhasiat. ikut tips mama murai ni dengan betul
artikel terbaru incik…Kenapa cahaya pada lampu jalan berwarna kuning?
Main bancuh jer.tgk2 dh siap.hehe
artikel terbaru beritaserius…Air Mineral Paling Mahal Di Dunia
edisi terbaik dari misskonspirasi cara terbaik bancuh teh pula just order teh tarik satu!!jerit kat warung mamak ..kompom mudah and sedap gitue khasiat tolak tepi yek
artikel terbaru misskonspirasi…Fruit That You Should Eat More
Twitter: Bard87
March 1, 2012 1:44 am
ada lagi ke orang yang guna daun teh sekarangni? huhu..
artikel terbaru bardboo…Wordless Wednesday #07: Ini Baru Betul Anak Jantan
ada.. cameron highlands kan ladang daun teh. apa nak hairan. hehe
artikel terbaru incik…Kenapa cahaya pada lampu jalan berwarna kuning?
aku pun terfikir guna air matang… air tak matang mcm mana ekkk… hik3
kome main bancuh je teh boh tu dgn air panas isi gula atau susu
artikel terbaru auc dot com…Jualan Ikan Segar Terus dari Bot (Laut)
siap! tip org malas hehehe