tip membancuh teh dengan betul

by Mama Murai™ . on 29 February, 2012 · 30 comments

Okey… okey… tak payah mai habaq, saya tahu 3 4 hari kebelakangan ini korang memang dah muak dengan entri tutorial saya.

Tak payah risau ok, hari ni Mama Murai tak akan buka sedikit pun topik yang menjurus kepada tutorial atau yang sama waktu dengannya, sebaliknya menukarkan entri tersebut kepada cerita teh yang selalu korang duk hirup pepagi buta tu.

First and foremost saya nak tanya sikit, sedarkah korang bahawa kebanyakan penggemar teh sebenarnya hanya tahu menikmati rasa dan aroma teh tanpa mengetahui cara-cara membancuh teh dengan betul?

Serius dowh… tak tipu. Lagi pun bukan saya yang kata macam tu, kalau korang tak percaya tanya doktor pakar.

Menurut kajian pakar, kebanyakan penggemar teh hanya mementingkan rasa dan aroma tatkala menikmati setiap hirupan. Namun cara membancuh teh yang baik agar mendapatkan khasiatnya secara total, kurang dipraktikkan.

Dengar tu…

Dan bersempena dengan itu… (cheewah ayat memang tak boleh blah) saya dengan senang hatinya memberikan beberapa tip mudah bagaimana membancuh teh dengan betul yang gigih saya kutip dari belakang rumah. Tipu okey, sebenarnya daripada majalah Nur.

Jom layan.

1. Gunakan air matang.
2. Untuk mendapatkan rasa yang enak, cuci daun teh dengan menuangkan air panas secukupnya pada bancuhan pertama. Kemudian ditapis beberapa saat sebelum airnya dibuang. Hal ini dilakukan bagi membuang debu yang masih terdapat pada teh dan menjadikan rasanya lebih enak.
3. Elakkan daripada menggunakan air yang baru mendidih untuk membancuh teh. Sebaiknya gunakan air panas yang bersuhu antara 80 – 90 darjah Celsius kerana ia dapat mengelakkan bahan anti oksida dalam teh daripada rosak.
4. Minumlah segera setelah dibancuh.
5. Elakkan daripada meminum teh yang telah dibancuh lebih daripada 24 jam. Teh basi lazimnya akan membuatkan kita cirit-birit.
6. Simpan serbuk teh dalam bekas tertutup supaya aromanya dapat dikekalkan.

Mudah jer kan? So lepas ni kalau korang agak-agak inginkan rasa teh dan khasiatnya yang sebenar, jangan lupa untuk praktikkan tip membancuh teh di atas.

P/s: Tengah berfikir rupa dan bentuk air matang seperti yang terdapat pada isi pertama.

Artikel menarik yang masih segar:

{ 29 comments… read them below or add one }

1 2 3

budakserius March 13, 2012 at 6:46 PM

Fuh minum teh panas mmg sedap. ;-)
Jom baca artikel terbaru budakserius …. Gambar Heliza Helmi Di Banda Acheh IndonesiaMy Profile

Reply

kimmie March 11, 2012 at 5:21 PM

apa maksud air matang tu ye mamamurai?
Jom baca artikel terbaru kimmie …. My Pinky MomentsMy Profile

Reply

kimmie March 11, 2012 at 5:17 PM

oh…minum air teh yang telah disimpan boleh menyebabkan sakit perut rupanya. Selalu kalau saya bancuh air teh, mesti guna air panas yang baru dimasak. Lepas ini kena tunggu air tu turun suhu sikit la baru digunakan untuk bancuh teh
Jom baca artikel terbaru kimmie …. Santai: Pantun Orang KayaMy Profile

Reply

Jobless Girl March 8, 2012 at 12:53 AM

Wah, dalamnya ilmu bancuh tea ni. Kalau tak salah saya tea yang jenis berlainan cara membancuh juga tak sama and masa bancuh pun tak sama. Selamat belajar.
Jom baca artikel terbaru Jobless Girl …. Snack (KID) SurveyMy Profile

Reply

Juan March 5, 2012 at 1:51 PM

aik, ni bukan kaedah org biasa bancuh teh ka, ermmm, hehehe ;-)
Jom baca artikel terbaru Juan …. Komisen Affiliate Pertama dari BicaraHartanah.comMy Profile

Reply

Amirez March 5, 2012 at 1:49 PM

betul juga. selama ni saya cuma tau minum dan rasa tapi tak cuba kekalkan kualitinya

Reply

nizamghazi March 4, 2012 at 11:39 PM

Betullah kata mama murai,
saya hanya tahu menikmati tetapi tidak tahu bancuh dengan betul.
Thanks bagi tips.

Alamak, saya selalu bancuh teh lepas je air mendidih :(
Jom baca artikel terbaru nizamghazi …. “The Secret World Of Blogger” – Asalkan Hasil Karya Tulen Hingga Ke SurgaMy Profile

Reply

1 2 3

{ 1 trackback }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: