Teman lelaki pisau cukur

by Mama Murai™ . on 15 September, 2010 · 13 comments

Apa nak buat kalau korang mendapat seorang teman lelaki yang suka mengambil kesempatan? Teman lelaki yang asyik nak korang jer mengalah dan ringan tangan membayar bil tak kiralah masa itu dia yang sebenarnya mengajak korang keluar dating atau makan direstoran.

Kalau teman lelaki korang tue pemegang status penganggur terhormat, takpelah kan itu bab lain. Kita boleh buat-buat faham kedudukan ekonominya yang mungkin tidak menentu. Tapi bagaimana pula dengan lelaki yang mempunyai pekerjaan tetap? Yang gajinya masuk setiap bulan, pakai pakaian mahal dan berjenama. Serta kasut yang berkilat dan minyak wangi berharga ratusan ringgit. Perlukah kita yang memikul tanggungjawab sebagai pelunas bil setiap kali keluar dating bersama? Pendek kata ikut prinsipnya “duit you… duit i juga, duit i… duit i juga”. Wah cantik punya ayat bukan! Berapa ramai daripada kita yang mahu teman lelaki seperti ini?

Walaupun ramai daripada kita meminta dijauhkan mendapat teman lelaki sebegitu, tapi siapa yang dapat menafikan bahawa ada juga diantara kaum-kaum sejenis Mama Murai yang buta hatinya dan dengan ikhlas merelakan diri diperas oleh teman lelaki. Biasalah, sayang punya pasal beb, kalau boleh semua dia nak bagi. Tapi kalau dah sampai tahap bila membeli-belah teman lelaki pisau cukur tak membeli untuk korang sebaliknya dia pulak yang tak menang tangan memilih barang keperluan dirinya dan tanpa malu meminta korang membayarnya macam mana? Perlukah korang terus bertoleransi dengan lelaki kaki kikis seperti ini?

Hah… Jangan terperanjat, ini bukan suatu gurauan! Perkara ini memang selalu berlaku dikalangan kita. Lelaki pisau cukur sebenarnya cukup pandai bermain dengan perasaan dan menangguk di air yang keruh. Peliknya si perempuan pula seakan tak kisah dan sanggup mengeluarkan wang demi kekasih hatinya! Kononnya demi cinta yang tulus ikhlas terhadap teman lelaki. Padanlah tue, mungkin kumbang dah pupus zaman millenium nie, tue yang perigi terhegeh-hegeh mencari timba. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran ye dik.

Bagi saya teman lelaki seperti ini perlulah diberi kaunseling sehingga menitiskan airmata buaya ataupun dibuang terus dari senarai bakal suami anda. Serius! Saya rasa lelaki macam ini kedekutnya sampai ke tahap Haji Bakhil! Mana boleh semua benda korang nak bagi pada kekasih. Ingat, kalau hari ini dia sudah berani meminta itu dan ini, tidak mustahil kahwin esok lusa nanti semua perbelanjaan dapur akan dibegitu dibeginikan kat atas bahu korang seorang nanti. Nak harapkan bau duit gaji dia selepas kahwin? Boleh blah!! Saya pasti sesen pun korang tak akan dapat.

Tak kesian ke dengan diri sendiri? Seharian suntuk membanting tulang, memerah keringat tapi tidak mendapat belaian yang sewajarnya dek kerana sifat kedekut terhadap diri sendiri dan lebih memewahkan teman lelaki? Seharusnya korang berbelanjalah untuk diri sendiri atau keluarga terlebih dahulu sebelum berkongsi gaji dengan teman lelaki. Macam itu baru adil, taklah membuang duit dengan benda yang merugikan diri sendiri.

Justeru sebelum mengambil keputusan berumahtangga dengan kekasih pilihan hati, sila luangkan sedikit masa untuk memerhatikan perangai kedekut bakal suami korang tue. Kaji dan selidiki tabiat berbelanjanya. Kalau rasa mampu dan tahan untuk makan hati sepanjang hidup bersamanya nanti, teruskan. Saya tiada hak untuk menghalang korang semua. Lagipun bukan saya yang bakal menderitakan?

Artikel menarik yang masih segar:

{ 13 comments… read them below or add one }

1 2

eryati March 3, 2012 at 7:25 PM

huhuhu..sy pernah berkawan dgn lelaki cam ni…asyik aku aje bayar bil makan dekat restoran…lepas tu dia nak g interview pon nak minta duit aku aje…aku bagi sebab kesian MM…bukan sebab sayang…kesian sebab dia tu terlampau x apa2
Jom baca artikel terbaru eryati …. S.U.N.Y.I tanpa dua insan iniMy Profile

Reply

1 2

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: