Selepas ini kalau ada di antara saudara-mara saya yang ingin menyertai ATM, saya tidak akan teragak-agak untuk memberikan galakan sepenuhnya kepada mereka.
Nak tahu kenapa? Sebab tidak lama lagi pasukan keselamatan kita khususnya anggota ATM akan mendapat durian runtuh berupa kenaikan gaji yang telah lama mereka idam-idamkan.
Saya tidak pasti kalau ini adalah tangga gaji anggota ATM di bawah skim perkhidmatan awam yang baharu iaitu SBPA, tapi melihatkan pengumuman demi pengumuman yang telah dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mengenai skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang lain dalam facebook wall miliknya, saya rasa tidak mustahil draft di bawah adalah tangga gaji sebenar dan terkini anggota Angkatan Tentera Malaysia yang akan berkuatkuasa pada tahun 2012.
Tangga gaji baharu anggota ATM 2012 (SBPA)
Hasil pengiraan saya dalam draft gaji baru anggota tentera di bawah skim SBPA di atas, anggota ATM akan menerima kenaikan gaji tahunan (KGT) di antara RM105 sehingga ke RM180, mengikut pangkat terkini yang sedang mereka sandang.
Perhatikan pula gaji mati di antara kumpulan pentadbiran dan sokongan dengan gaji mati yang ada pada anggota ATM, saya yakin anda sendiri boleh nampak dengan jelas perbezaan di antara kedua-duanya.
Kenaikan gaji tentera kali ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan tangga gaji skim perkhidmatan awam yang lain atau setaraf iaitu:
Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan)
• SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT adalah sebanyak RM95) –> SPM & Setaraf
• SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 –> SPM & Setaraf
• SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) –> SPM & Setaraf
• SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150) –> Untuk sijil politeknik setaraf STPM
• SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
• SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
• SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)
Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)
• Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
• Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
• Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
• Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)
Paling menarik ialah tempoh perkhidmatan yang pendek untuk melayakkan mereka menerima skim berpencen iaitu hanya memerlukan mereka berkhidmat selama 21 tahun berbanding umur persaraan wajib 56 tahun untuk penjawat awam yang lain. Malah kenaikan pangkat juga khabarnya senang diperolehi berikutan pemberian pangkat berdasarkan tahun perkhidmatan anggota.
Sejauh mana kebenaran perkhabaran tersebut saya sendiri tidak pasti dan masih amat kabur mengenainya.
Dalam pada itu, ada jugalah suara-suara sumbang yang kedengaran mempertikaikan kewajaran kenaikan gaji tentera yang kononnya tidak setimpal dengan beban kerja yang mereka lakukan.
Benarkah tidak setimpal atau kita sebenarnya yang tidak pernah cuba memahami pengorbanan anggota tentera kepada negara? Bagaimana dengan pengorbanan kakitangan awam yang lain untuk merancakkan lagi aliran ekonomi negara. Adakah ianya masih tidak sama seperti mereka?
Kongsi pendapat kalian bersama saya dan pembaca yang lain…





{ 35 comments… read them below or add one }
« 1 2 3
Lumrah kehidupan di dunia setiap manusia mempunyai akal fikiran, hawa nafsu, perasaan dan lain2 nilai yg cukup sempurna telah dianugerahkan olehNya namun tidak semua manusia mempunyai nilai2 terpuji seperti Nabi Muhammad SAW yang sepatutnya dicontohi malahan lebih teruk dari itu (termasuk diri saya) kerana apa yang ada dalam diri manusia hanya sikap dan nilai2 terhina (suka mengutuk, hasad dengki, irihati dsb). Walaupun saya salah seorang dari anggota itu (ATM), telah berkhidmat hampir 12 tahun, berpangkat koperal, mempunyai diploma (on the way to degree) tetapi bersyukur dengan apa yang ada walhal terdetik di hati “kenapa aku hanya berpangkat koperal sahaja sedangkan aku telah berkhidmat hampir 12 tahun dan mempunyai diploma (on the way to degree) selain mempunyai kepakaran dalam bidang ini?”. So, kita redha je dengan apa yang ada (qada & qadar). Tak perlu la nak menilai sesiapa selain dari menilai diri sendiri. Hati manusia tidak akan puas dengan apa yang ada dan juga tidak boleh lihat orang lain lebih dari yang sepatutnya. Tidak perlu kita menilai dan menghukum orang lain sekiranya kita sendiri pun tidak tahu nilaikan diri sendiri.
saya br dipanggil untuk temuduga pegawai graduan untuk atm di tambun selama seminggu…patut ke sy pegi cz setahu sy gaji utk atm xde la byk mne so le x bg pndapat patut sy pegi o x?
So Farhan… What is yr aim??? GAJI?? KEPUASAN KERJA?? BIDANG YG BETUL2 DIMINATI?? or alasan lain?? BANYAK pada U tu pula banyak mana?? Kelulusan apa…??Ijazah Kepujian?? Diplom?? Tinggi sgt ke kelulusan tu?? puluhan ribu graduan kita menganggur. Hakikat!! Kalau U graduan UPSI atau berkerjaya sbg Guru DG 41..tugas MENGAJAR..melatih murid…& lain2 tugas sampinagan. YANG PASTI CUTI tetap dapat…dah di plotkan bila. Just mungkin mengikut tempoh percuitan sekolah atau mungkin tidak…kerana ada aktiviti yg telah ditetapkan. Tapi mestri dapat cuti. Contoh Hari Raya…Merdeka…dll…pasti cuti. KALAU u join Pegawai awam lain pun begitulah. Selain dari Primary task & job u ada Secondary tasking… tanggungjawan!! KALAU U join ARMY dengan Ijazah Kepujian…kena pergi lagi belajar selama 9 – 11 bulan …untuk jadi Pegawai Tentera Bertauliah. Pegawai Bertauliah (oleh SPBY Agong) bermula pangkat Lt hinggalah Jeneral. So..U ditauliah dalam pangkat Kapten. Gaji permulaan …RM 2200 – 2400..elaun-elaun tetap adalah rm 700 – rm 900…nak lebih lagi join the Comando’s. Dapat extra Rm1000. atau join the air force…try to b a pilot dapat tambahan elaun Rm 3000 – 4500…So basic gaji Rm 2400 + elaun hidmat/rumah/cola…ada Rm 3000++ . Elaun pakaian..elaun istriadat…mengikut tempoh. Kerja…x tentu masa. Malam…siang…cuti…Raya…x kira. Dapat tugas & arahan kerja…X boleh dipersoalkan.. Tiada sebarang bayaran lebih masa!! 5 ke 6 tahun ambilk exam Kapt to Mejar,,, ulus dan ada kekosongan naik pangkat Mejar…kalau Polis DSP. kalau guruawam Gred 48… so fikirlah
« 1 2 3
{ 1 trackback }