Selepas ini kalau ada di antara saudara-mara saya yang ingin menyertai ATM, saya tidak akan teragak-agak untuk memberikan galakan sepenuhnya kepada mereka.
Nak tahu kenapa? Sebab tidak lama lagi pasukan keselamatan kita khususnya anggota ATM akan mendapat durian runtuh berupa kenaikan gaji yang telah lama mereka idam-idamkan.
Saya tidak pasti kalau ini adalah tangga gaji anggota ATM di bawah skim perkhidmatan awam yang baharu iaitu SBPA, tapi melihatkan pengumuman demi pengumuman yang telah dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mengenai skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang lain dalam facebook wall miliknya, saya rasa tidak mustahil draft di bawah adalah tangga gaji sebenar dan terkini anggota Angkatan Tentera Malaysia yang akan berkuatkuasa pada tahun 2012.
Tangga gaji baharu anggota ATM 2012 (SBPA)
Hasil pengiraan saya dalam draft gaji baru anggota tentera di bawah skim SBPA di atas, anggota ATM akan menerima kenaikan gaji tahunan (KGT) di antara RM105 sehingga ke RM180, mengikut pangkat terkini yang sedang mereka sandang.
Perhatikan pula gaji mati di antara kumpulan pentadbiran dan sokongan dengan gaji mati yang ada pada anggota ATM, saya yakin anda sendiri boleh nampak dengan jelas perbezaan di antara kedua-duanya.
Kenaikan gaji tentera kali ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan tangga gaji skim perkhidmatan awam yang lain atau setaraf iaitu:
Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan)
• SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT adalah sebanyak RM95) –> SPM & Setaraf
• SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 –> SPM & Setaraf
• SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) –> SPM & Setaraf
• SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150) –> Untuk sijil politeknik setaraf STPM
• SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
• SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
• SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)
Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)
• Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
• Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
• Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
• Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)
Paling menarik ialah tempoh perkhidmatan yang pendek untuk melayakkan mereka menerima skim berpencen iaitu hanya memerlukan mereka berkhidmat selama 21 tahun berbanding umur persaraan wajib 56 tahun untuk penjawat awam yang lain. Malah kenaikan pangkat juga khabarnya senang diperolehi berikutan pemberian pangkat berdasarkan tahun perkhidmatan anggota.
Sejauh mana kebenaran perkhabaran tersebut saya sendiri tidak pasti dan masih amat kabur mengenainya.
Dalam pada itu, ada jugalah suara-suara sumbang yang kedengaran mempertikaikan kewajaran kenaikan gaji tentera yang kononnya tidak setimpal dengan beban kerja yang mereka lakukan.
Benarkah tidak setimpal atau kita sebenarnya yang tidak pernah cuba memahami pengorbanan anggota tentera kepada negara? Bagaimana dengan pengorbanan kakitangan awam yang lain untuk merancakkan lagi aliran ekonomi negara. Adakah ianya masih tidak sama seperti mereka?
Kongsi pendapat kalian bersama saya dan pembaca yang lain…




44 comments… read them below or add one
« 1 2 3 »
indah khabar dari rupa la MM…….
mendalam maksudnya tu, tapi ramai kengkawan saya yang bersuamikan tentera (pegawai) kata kenaikan gaji pada kali ini memuaskan hati mereka. Betul ke?
Sya ingin memberi pendapat dan pandangan yg mungkin terjadi pada skim gaji terkini di dlm peringkat LLP ATM khasnya.Akan berlaku anggota yg bru naik pangkat sbg contoh dari staf sarjan yg memang gajinya P2 dan dh mati skim dinaikkn pangkat ke pemangku pegawai waren 2 pada buln okt. Maka gaji pemangku terus mati skim kpd gaji pegawai waren 2 sebenar.Buln Jan naik lgi gaji baru ikut SBPA, bila turun kuasa pangkat sebenar PW 2 pada buln Apr naik lgi setangga gaji yg baru.Disini sya melihat anggota PW 2 yg dh mati skim 6 ke 7 thn dipotong selekoh gajinya dgn PW 2 yg bru 6 buln menjawat pangkat tersebut,adakh adil sekiranya itu terjadi?Tangga gaji yg ada sekrg pn sbenarnya sya berstuju dgn seklian kekwan dlm ATM iaitu smata2 ambil hti utk PRU 13, semuanya tkkn tercapai gaji mati skim sbgaimna dipaparkn,ianya semata2 ilusi shja.Bukn tk bersyukur KENAIKN GAJI tpi buat sesuatu kenaikn biarlh dgn kenyataan utk dicapai oleh mejoriti kalangan Anggota LLP yg mempunyai baki perkhidmatan 6 ke 7 thn lgi.Kita pn bnyak lihat anggota LLP yg berhnti dri perkhidmatan menyertai parti bukn pemerintah,KENAPA?Slh satunya bnyak perkara2 semasa didlm perkhidmatan TIDAK wujud satu badan NGO yg boleh memperjuang dan mendengar keluhan atu ketidakpuasan hti mereka.Klu dlm mesyuarat kebajikan pskn tk perlu diangkat sbgai penyelesaian masalah,bnyak ckap je siap2 diri lh dgn masalah yg akn dihadapi.DISPLIN itu menjdikn anggota LLP berada diatas BARA API, Orang yg TAAT SETIA dn MENURUT PERINTAH.Berlakukh DEMOKRASI dn KEBEBASAN BERSUARA didlm ATM?Fikir2kn lh…………Orang kita klu marah kpd anak…anak tk leh tgok muka bapa akan anggap anak melawan, Tpi orang di Barat klu marah anak…akan lebih melenting klu anak tk tengok muka bapa atu emak yg sedg BERLETER, Kta Mat Salleh tu ‘LOOK AT ME’…..he2….
Ibnu Nasir…kepala otak ko memang bijak.
biasa la tentera dulu dgn tentera sekarang banyak bezanya dari segi kualiti dan kuantiti so renung2 kan la apa yg akan jadi pada tentera pada masa ini jika tak ada persefahaman ok wa chow dulu chow si ki hehehe…
Johanness Pengabang,
Sayarasa awak ni bukan seorang pegawai ATM. Jika awak rasa tugas seorang pegawai itu mudah, saya mohon supaya awak pula menjadi seorang pegawai ATM. ATM amat terbuka dalam memilih anggota bawahan untuk dilantik menjadi seorang pegawai jika memenuhi syarat dan kelayakan semasa. Awak akan tahu tugas seorang pegawai membuat keputusan dan memberi arahan amat susah dan sukar dari menerima dan melaksanakan arahan. Dan saya bimbang awak terkenang zaman menjadi anggota bawahan itu lebih indah dari menjadi seorang pegawai sebab dah sakit sangat kepala dengan bebanan kerja! Ade berani ke??? Jangan pandai baling batu tetapi sembunyi tangan nanti jadi seperti anjing menyalak bukit tapi bukit tak runtuh…..
Alhamdulilah,syukur kepada Allah Taallah krn diberi rezeki kpd kami yg dah hilang punca untuk mendapatkan pendapatan lebih pada zaman ini yang terlalu tinggi kos kehidupan masa ini.dulu masa aku masuk tentera pada era tahun 80an gaji pokok campur dgn elaun baru RM410.00 tolak sana tolak sini adalah tinggal RM 200.00 lebih sikit tapi cukup sebab dulu kos sara hidup tak tinggi.mala boleh simpan lagi,tapi pada zaman ini jgn kata RM4000,Rm10.000 pun blum dikira ckup lg sbab bayar duit kereta,sewa rumah,pengasuh,budak sekolah,duit dapur,duit minyak kereta dan sebagainya itupun belum lg buat tugas luar ataupun menghadiri kursus terpaksa berhutang lg untuk menampong keperluan hidup dari 1 dapur dah jadi 2 dapur keperluan kita lg anak dan isteri lg :upset: sebab kami tak ada overtime kerja kami dibayar untuk bekerja 24 jam sehari sebab boleh dipanggil pada bila-bila masa saja dah berada ditempat kerja,pagi,tengahari,petang,malam,subuh dinahari,so fahamilah kerja kami,yang korang tk nampak dimasa korang dibuai mimpi kami disini bersekang mata untuk menjaga korang semua supaya dibuai mimpi-mimpi indah dan bangun pagi keadaan aman dan damai.kita orang tak suka kacau lu orang,tapi kalau lu orang kacau kita orang,kita orang makan orang :smile: :smile: :smile: oklah walau apapun kami bersyukur dgn apa yang kami dapat.tanpa korang semua siapalah kami disini,tanpa doa dari korang tidak kami bergaji baru macam sekarang ini
Maaf, setelah hampir 30 tahun berhidmat dalam kor infantri, 3 fasa perhidmatan telah saya lalui, pertama zaman panas, kedua zaman peralihan, dan ketiga zaman aman/ tenang??? Dengan kelulusan MCE, rata2nya pada ketika itu pegawai hanya kelulusan MCE atau SPM manakala LLP pula LCE atau SRP atau hanya darjah enam dan terdapat segelintir dari mereka ini buta huruf… Tapi kami berhidmat tanpa mengira masa dan bukanlah hendak dibanggakan anggota-anggota saya walau pun pada malamnya mabuk tapai tepi semasa mereka diperlukan mereka akan tetap terpacak dan bersedia untuk melaksanakan tugas tanpa alasan… Tapi pada masa kini ada kelainannya sedikit samada pegawai ataupun LLP itu sendiri tapi bukan semua hanya segelintir dan diharapkan kerana mereka yang segelintir ini jangan lah dipuratakan semuanya sama. Kerana saya sedar tanpa LLP siapalah Pegawai dan sehingga kini hami masih berhubung bertanya sapa walaupun pada satu ketika dahulu saya agak berkuku besi kerana itu saya dilahirkan dalam platun budak jahat… Platun 12 dan sehinggakini saya bangga dengan mereka, Kesimpulannya setiap orang punyai tugas dan tanggungjawabnya sendiri dan jangan dipertuduhkan pegawai tak ada kerja kerana anggota peringkat bawah juga tidak ada kerja??? Kerana orang yang menuduh itu sememangnya tidak ada kerja atau tidak tahu bidang tugasnya sendiri…
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman tuan, saya rasa ianya cukup bernas dan memberi pencerahan kepada semua.
1.sape yg kata askar xpyh naik gaji,mmg x patut..soh dia merasa dok sebulan jd askar br ble komen..kementerian lain ble nak suka hati cuti,g holiday time cuti perayaan,gi keje balik keje plg lewat kol 6ptg…tp askar keje 18jam setiap hari adalah normal, cuti dibekukan apabila public holiday,hari raya pun normal…klu gaji basic dibahagikan 30 hari,dibahagi lg dgn 18jam, silap2 lebih rendah dr gaji budak lepasan spm yg keje mcdonald ok…
2.pegawai atau bukan, kat mana2 kementerian kerajaan atau swasta pun, ada responsibility msg2.dibayar sbb qualification degree atau diploma…klu bawahan suka compare2 psl pegawai dia, pi sambung blajo lg br ble complain…kita kena terima hakikat pegawai dibayar lebih sbb degree diorg..itulah senario dunia pekerjaan kat malaysia ni..org pndg tahap pendidikan..
Salam,
Saya tak setuju dengan kenyataan pegawai tak perlu naik gaji sebab mereka tak banyak buat kerja. Setiap peringkat anggota dan pegawai ATM ada bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing. Selepas lebih 20 tahun berkhidmat dah cukup asam garam dalam tentera yang yang saya rasa. Kalau nak kata ada pegawai tak bagus, begitu juga, ada dikalangan LLP. Kalau nak klaim LLP sahaja yang buat kerja pun saya rasa terang-terang ia satu penipuan. Saya biasa nampak pegawai yang masuk kerja dulu balik last. Ada OC saya yang rajin dan ada yang kurang, sama dengan anak buah saya. Yang pasti tanggungjawab mereka jauh lebih besar dari anggota LLP. Jadi janganlah buat komen ikut perasaan tapi ikut fikiran yang matang
salam..tak pyh banyak fikir untuk ugat naik gaji atm ni naik sajalah..dah lah susah nak buat pinjaman gaji kecik..sepatutnya gaji askar yg paling tinggi pasal servis perkhimatan pendek bukan mcm pdrm dan guru sampai tua baru get out work..haaa..fikirkanlah..tetapi naik untuk LLp saja pgawai tak pyhlah pandai mgarah saja kerja entah apa2…heee
:cry:
salam johan, kenapa ramai sangat yang mempertikaikan kerja seorang pegawai? Senang sangatkah kerja mereka? Mungkin saya tidak memahami realiti dan kehidupan seorang anggota tentera berikutan saya bukanlah kalangan anggota, tetapi bagi saya setiap lapisan tidak kiralah pegawai atau bawahan tertakluk kepada bidang kuasa dan tugas masing-masing. Siapa tahu kalau itu memang sudah tugas hakiki mereka.
Sekadar pendapat, betulkan mana yang tersilap.
:bombguy:
nak cakap tak boleh…..tapi saya cadangkan buatlah kajian tentang kerja atm utk semua peringkat.dari situ awak akan tahu nak guna perkataan tugas HAKIKI seorang anggota ATM…
Terima kasih kerana sudi memberikan pandangan Mohd Fairizam, saya sangat menghargainya.
Nilai hanya sehelai daun. Masa hijau boleh melekat di pokok. Apabila kuning gugur jadi daun kering disapu lalu dibakar menjadi abu.
« 1 2 3 »
1 trackback