Tangga Gaji Baru 2012 SBPA – ATM antara yang bakal mendapat durian runtuh?

Selepas ini kalau ada di antara saudara-mara saya yang ingin menyertai ATM, saya tidak akan teragak-agak untuk memberikan galakan sepenuhnya kepada mereka.

Nak tahu kenapa? Sebab tidak lama lagi pasukan keselamatan kita khususnya anggota ATM akan mendapat durian runtuh berupa kenaikan gaji yang telah lama mereka idam-idamkan.

Saya tidak pasti kalau ini adalah tangga gaji anggota ATM di bawah skim perkhidmatan awam yang baharu iaitu SBPA, tapi melihatkan pengumuman demi pengumuman yang telah dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mengenai skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang lain dalam facebook wall miliknya, saya rasa tidak mustahil draft di bawah adalah tangga gaji sebenar dan terkini anggota Angkatan Tentera Malaysia yang akan berkuatkuasa pada tahun 2012.

Tangga gaji baharu anggota ATM 2012 (SBPA)

gaji terbaru anggota atm

draft sifir gaji terbaru anggota ATM di bawah skim SBPA

Hasil pengiraan saya dalam draft gaji baru anggota tentera di bawah skim SBPA di atas, anggota ATM akan menerima kenaikan gaji tahunan (KGT) di antara RM105 sehingga ke RM180, mengikut pangkat terkini yang sedang mereka sandang.

Perhatikan pula gaji mati di antara kumpulan pentadbiran dan sokongan dengan gaji mati yang ada pada anggota ATM, saya yakin anda sendiri boleh nampak dengan jelas perbezaan di antara kedua-duanya.

gaji terbaru atm sbpa

gaji akhir anggota ATM

Kenaikan gaji tentera kali ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan tangga gaji skim perkhidmatan awam yang lain atau setaraf iaitu:

tangga gaji baru sbpa

screen shot pengumuman Tan Sri Abu Bakar (KPPA)

Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan)
• SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT adalah sebanyak RM95) –> SPM & Setaraf
• SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 –> SPM & Setaraf
• SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) –> SPM & Setaraf
• SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150) –> Untuk sijil politeknik setaraf STPM
• SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
• SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
• SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)

Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)
• Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
• Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
• Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
• Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)

Paling menarik ialah tempoh perkhidmatan yang pendek untuk melayakkan mereka menerima skim berpencen iaitu hanya memerlukan mereka berkhidmat selama 21 tahun berbanding umur persaraan wajib 56 tahun untuk penjawat awam yang lain. Malah kenaikan pangkat juga khabarnya senang diperolehi berikutan pemberian pangkat berdasarkan tahun perkhidmatan anggota.

Sejauh mana kebenaran perkhabaran tersebut saya sendiri tidak pasti dan masih amat kabur mengenainya.

Dalam pada itu, ada jugalah suara-suara sumbang yang kedengaran mempertikaikan kewajaran kenaikan gaji tentera yang kononnya tidak setimpal dengan beban kerja yang mereka lakukan.

Benarkah tidak setimpal atau kita sebenarnya yang tidak pernah cuba memahami pengorbanan anggota tentera kepada negara? Bagaimana dengan pengorbanan kakitangan awam yang lain untuk merancakkan lagi aliran ekonomi negara. Adakah ianya masih tidak sama seperti mereka?

Kongsi pendapat kalian bersama saya dan pembaca yang lain…

 

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

44 pendapat yang cukup istimewa… add one

  • Johanness Pengabang,
    Sayarasa awak ni bukan seorang pegawai ATM. Jika awak rasa tugas seorang pegawai itu mudah, saya mohon supaya awak pula menjadi seorang pegawai ATM. ATM amat terbuka dalam memilih anggota bawahan untuk dilantik menjadi seorang pegawai jika memenuhi syarat dan kelayakan semasa. Awak akan tahu tugas seorang pegawai membuat keputusan dan memberi arahan amat susah dan sukar dari menerima dan melaksanakan arahan. Dan saya bimbang awak terkenang zaman menjadi anggota bawahan itu lebih indah dari menjadi seorang pegawai sebab dah sakit sangat kepala dengan bebanan kerja! Ade berani ke??? Jangan pandai baling batu tetapi sembunyi tangan nanti jadi seperti anjing menyalak bukit tapi bukit tak runtuh…..

    Balas
  • Alhamdulilah,syukur kepada Allah Taallah krn diberi rezeki kpd kami yg dah hilang punca untuk mendapatkan pendapatan lebih pada zaman ini yang terlalu tinggi kos kehidupan masa ini.dulu masa aku masuk tentera pada era tahun 80an gaji pokok campur dgn elaun baru RM410.00 tolak sana tolak sini adalah tinggal RM 200.00 lebih sikit tapi cukup sebab dulu kos sara hidup tak tinggi.mala boleh simpan lagi,tapi pada zaman ini jgn kata RM4000,Rm10.000 pun blum dikira ckup lg sbab bayar duit kereta,sewa rumah,pengasuh,budak sekolah,duit dapur,duit minyak kereta dan sebagainya itupun belum lg buat tugas luar ataupun menghadiri kursus terpaksa berhutang lg untuk menampong keperluan hidup dari 1 dapur dah jadi 2 dapur keperluan kita lg anak dan isteri lg :upset: sebab kami tak ada overtime kerja kami dibayar untuk bekerja 24 jam sehari sebab boleh dipanggil pada bila-bila masa saja dah berada ditempat kerja,pagi,tengahari,petang,malam,subuh dinahari,so fahamilah kerja kami,yang korang tk nampak dimasa korang dibuai mimpi kami disini bersekang mata untuk menjaga korang semua supaya dibuai mimpi-mimpi indah dan bangun pagi keadaan aman dan damai.kita orang tak suka kacau lu orang,tapi kalau lu orang kacau kita orang,kita orang makan orang :smile: :smile: :smile: oklah walau apapun kami bersyukur dgn apa yang kami dapat.tanpa korang semua siapalah kami disini,tanpa doa dari korang tidak kami bergaji baru macam sekarang ini :x :x :x

    Balas
  • Maaf, setelah hampir 30 tahun berhidmat dalam kor infantri, 3 fasa perhidmatan telah saya lalui, pertama zaman panas, kedua zaman peralihan, dan ketiga zaman aman/ tenang??? Dengan kelulusan MCE, rata2nya pada ketika itu pegawai hanya kelulusan MCE atau SPM manakala LLP pula LCE atau SRP atau hanya darjah enam dan terdapat segelintir dari mereka ini buta huruf… Tapi kami berhidmat tanpa mengira masa dan bukanlah hendak dibanggakan anggota-anggota saya walau pun pada malamnya mabuk tapai tepi semasa mereka diperlukan mereka akan tetap terpacak dan bersedia untuk melaksanakan tugas tanpa alasan… Tapi pada masa kini ada kelainannya sedikit samada pegawai ataupun LLP itu sendiri tapi bukan semua hanya segelintir dan diharapkan kerana mereka yang segelintir ini jangan lah dipuratakan semuanya sama. Kerana saya sedar tanpa LLP siapalah Pegawai dan sehingga kini hami masih berhubung bertanya sapa walaupun pada satu ketika dahulu saya agak berkuku besi kerana itu saya dilahirkan dalam platun budak jahat… Platun 12 dan sehinggakini saya bangga dengan mereka, Kesimpulannya setiap orang punyai tugas dan tanggungjawabnya sendiri dan jangan dipertuduhkan pegawai tak ada kerja kerana anggota peringkat bawah juga tidak ada kerja??? Kerana orang yang menuduh itu sememangnya tidak ada kerja atau tidak tahu bidang tugasnya sendiri…

    Balas
  • 1.sape yg kata askar xpyh naik gaji,mmg x patut..soh dia merasa dok sebulan jd askar br ble komen..kementerian lain ble nak suka hati cuti,g holiday time cuti perayaan,gi keje balik keje plg lewat kol 6ptg…tp askar keje 18jam setiap hari adalah normal, cuti dibekukan apabila public holiday,hari raya pun normal…klu gaji basic dibahagikan 30 hari,dibahagi lg dgn 18jam, silap2 lebih rendah dr gaji budak lepasan spm yg keje mcdonald ok…

    2.pegawai atau bukan, kat mana2 kementerian kerajaan atau swasta pun, ada responsibility msg2.dibayar sbb qualification degree atau diploma…klu bawahan suka compare2 psl pegawai dia, pi sambung blajo lg br ble complain…kita kena terima hakikat pegawai dibayar lebih sbb degree diorg..itulah senario dunia pekerjaan kat malaysia ni..org pndg tahap pendidikan..

    Balas
  • LLP fikiran terbuka December 29, 2011 11:29 pm

    Salam,
    Saya tak setuju dengan kenyataan pegawai tak perlu naik gaji sebab mereka tak banyak buat kerja. Setiap peringkat anggota dan pegawai ATM ada bidang tugas dan tanggungjawab masing-masing. Selepas lebih 20 tahun berkhidmat dah cukup asam garam dalam tentera yang yang saya rasa. Kalau nak kata ada pegawai tak bagus, begitu juga, ada dikalangan LLP. Kalau nak klaim LLP sahaja yang buat kerja pun saya rasa terang-terang ia satu penipuan. Saya biasa nampak pegawai yang masuk kerja dulu balik last. Ada OC saya yang rajin dan ada yang kurang, sama dengan anak buah saya. Yang pasti tanggungjawab mereka jauh lebih besar dari anggota LLP. Jadi janganlah buat komen ikut perasaan tapi ikut fikiran yang matang

    Balas
  • johanness pengabang December 22, 2011 7:13 pm

    salam..tak pyh banyak fikir untuk ugat naik gaji atm ni naik sajalah..dah lah susah nak buat pinjaman gaji kecik..sepatutnya gaji askar yg paling tinggi pasal servis perkhimatan pendek bukan mcm pdrm dan guru sampai tua baru get out work..haaa..fikirkanlah..tetapi naik untuk LLp saja pgawai tak pyhlah pandai mgarah saja kerja entah apa2…heee
    :evil: :cry:

    Balas
    • salam johan, kenapa ramai sangat yang mempertikaikan kerja seorang pegawai? Senang sangatkah kerja mereka? Mungkin saya tidak memahami realiti dan kehidupan seorang anggota tentera berikutan saya bukanlah kalangan anggota, tetapi bagi saya setiap lapisan tidak kiralah pegawai atau bawahan tertakluk kepada bidang kuasa dan tugas masing-masing. Siapa tahu kalau itu memang sudah tugas hakiki mereka.

      Sekadar pendapat, betulkan mana yang tersilap.

      Balas
      • johanness pengabang December 24, 2011 8:55 pm

        8-) salam mamamurai..terima kasih kerana accept pandangan saya,memang betul apa saudara kata tu ..itu cuma pendapat saya kerana melalui pandangan saya dalam atm ni banyak sangat protokol yang mengada2x jauh lari dari akta atm 72 dibuat2x ikut suka setengah2x pihak terutamanya yang baru keluar sekolah terus jadi pegawai dan terlampau ego sangat dengan yang perigkat bawah ni,pada hal yang bawah ni berkerja menaikkan nama mereka…fikirlah dan renungkan mungkin perkhimatan yg lain berbeza pula bro…mcm mana kalau gaji naik lg belagak pada hal baru setengah jagung dlm perkhimatan…mmmmememm
        :bombguy:

        Balas
      • mohd fairizam bin mazlan December 27, 2011 2:40 am

        nak cakap tak boleh…..tapi saya cadangkan buatlah kajian tentang kerja atm utk semua peringkat.dari situ awak akan tahu nak guna perkataan tugas HAKIKI seorang anggota ATM… :-D

        Balas
  • bukan senang nak puaskan hati semua orang. tapi KPPA dah cakap ini Fasa 1 dari beberapa fasa dalam SBPA. so kalau ada yang perlu ditambahbaik, mereka akan laksanakan kemudian
    aku digredkan dalam STPM..erm..terima je lah

    Balas
  • majlis angkatan tentera dah setuju terima ke sbpa ni dari jpa…………………. :grin:

    Balas
    • saya tak pasti kalau Majlis Angkatan Tentera sudah terima atau tidak mengenai skim ini, tapi dari penerangan yang telah dibuat, ianya seperti telah dipersetujui. Cuma kaedah penetapan gaji T semasa masih belum jelas dan kelihatan agak kabur.

      Mungkin ada di antara pembaca di sini yang sudah jelas mengenainya. Sila kongsi bersama pembaca yang lain. Terima kasih.

      Balas
  • gasmagin ishak December 19, 2011 3:11 pm

    memang gaji ATM sampai maksimum gak…tapi pada yang service kurang dari 10 tahun skrg,pasal ada dasar tertentu yg memboleh kan kenaikan gaji melompat T anda faham betoi2 ucapan Pm ari 2 k!!!!!!

    Balas
  • Salammm..mamamurai,nampak gaya nyer sapa2 yang kerap naik pangkat yang untung,sbb nk kejar gaji mati skim..Tetapi kalau 4 tahun sekali baru nak naik pangkat alamatnyer x merasa laaa..Pada pendapat saya mereka yang kerap naik pangkat jer yang untung Melalui skim SBPA ini…tu pon mujurr…skim yg di buat oleh kerajaan tu memamg bagus,tapi mungkin perlaksanaan oleh majikan2 untuk pekerja tu tak mengikut prosedur yang betul…agaknyer laaa…sbb nyer mungkin anda sendiri tau….
    sekian ..salammm..mama..

    Balas
  • salammm..UGAT pon pening kepala mengenai Sistem Baru niii..gaji adadalah moral..kalau gaji tak setimpal dengan keje..makne nyer kerja akan jadi x iklas..maksud saya sambil lewa jer..so pikir-pikir kan lahhh…mana yang baru nak menyertai PA atau mana keje..mememang menguntugkan..tetapi mana yang nk pencen sebulan 2 niii alamat nyer..tak merasa laaa..SBPA nii..
    salamm..

    Balas
    • Walaikumussalam saudara along, saya setuju dengan pendapat saudara. Mengenai mereka yang berpencen pada tahun hadapan, saya difahamkan mereka juga akan turut mendapat faedah yang sama di bawah skim ini (sekiranya SBPA dilaksanakan). Cuma kaedah peletakan gaji T semasa masih tidak diketahui, bergantung kepada jabatan masing-masing. Tetapi menurut info daripada mereka yang terlibat, kaedah penetapan gaji dibuat berdasarkan

      1. menambah 1 anak tangga yang terdekat dalam SSM seterusnya ditukar kepada tangga gaji terdekat dalam skim SBPA.
      2. faedah pencen bergantung kepada ketetapan SBPA, iaitu penambahan peratus pencen setiap tahun.

      Balas
  • Syukur Alhamdullilah…Tetapi ye ke..?

    Balas
  • BAGAI MANA PULA TANGGA GAJI KX

    Balas
  • Skg ni musin durian…dapat lg durian runtuh…fuh…demam PANASSS nnt smua angota sokongan tentera ..silap2 tak sempat dapat pencen dah OUT…

    Balas
  • ermm…alhamdulillah….dulu gaji buta…asyik langgar dinding jer dh abis tangga .

    Balas
  • alhamdulillahhh…..syukur.

    ;)

    Balas

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: