Tangga Gaji Baru 2012 SBPA – ATM antara yang bakal mendapat durian runtuh?

by Mama Murai™ . on 8 December, 2011

Selepas ini kalau ada di antara saudara-mara saya yang ingin menyertai ATM, saya tidak akan teragak-agak untuk memberikan galakan sepenuhnya kepada mereka.

Nak tahu kenapa? Sebab tidak lama lagi pasukan keselamatan kita khususnya anggota ATM akan mendapat durian runtuh berupa kenaikan gaji yang telah lama mereka idam-idamkan.

Saya tidak pasti kalau ini adalah tangga gaji anggota ATM di bawah skim perkhidmatan awam yang baharu iaitu SBPA, tapi melihatkan pengumuman demi pengumuman yang telah dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia mengenai skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam yang lain dalam facebook wall miliknya, saya rasa tidak mustahil draft di bawah adalah tangga gaji sebenar dan terkini anggota Angkatan Tentera Malaysia yang akan berkuatkuasa pada tahun 2012.

Tangga gaji baharu anggota ATM 2012 (SBPA)

gaji terbaru anggota atm

draft sifir gaji terbaru anggota ATM di bawah skim SBPA

Hasil pengiraan saya dalam draft gaji baru anggota tentera di bawah skim SBPA di atas, anggota ATM akan menerima kenaikan gaji tahunan (KGT) di antara RM105 sehingga ke RM180, mengikut pangkat terkini yang sedang mereka sandang.

Perhatikan pula gaji mati di antara kumpulan pentadbiran dan sokongan dengan gaji mati yang ada pada anggota ATM, saya yakin anda sendiri boleh nampak dengan jelas perbezaan di antara kedua-duanya.

gaji terbaru atm sbpa

gaji akhir anggota ATM

Kenaikan gaji tentera kali ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan tangga gaji skim perkhidmatan awam yang lain atau setaraf iaitu:

tangga gaji baru sbpa

screen shot pengumuman Tan Sri Abu Bakar (KPPA)

Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan)
• SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT adalah sebanyak RM95) –> SPM & Setaraf
• SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 –> SPM & Setaraf
• SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) –> SPM & Setaraf
• SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150) –> Untuk sijil politeknik setaraf STPM
• SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
• SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
• SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)

Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)
• Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
• Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
• Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
• Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)

Paling menarik ialah tempoh perkhidmatan yang pendek untuk melayakkan mereka menerima skim berpencen iaitu hanya memerlukan mereka berkhidmat selama 21 tahun berbanding umur persaraan wajib 56 tahun untuk penjawat awam yang lain. Malah kenaikan pangkat juga khabarnya senang diperolehi berikutan pemberian pangkat berdasarkan tahun perkhidmatan anggota.

Sejauh mana kebenaran perkhabaran tersebut saya sendiri tidak pasti dan masih amat kabur mengenainya.

Dalam pada itu, ada jugalah suara-suara sumbang yang kedengaran mempertikaikan kewajaran kenaikan gaji tentera yang kononnya tidak setimpal dengan beban kerja yang mereka lakukan.

Benarkah tidak setimpal atau kita sebenarnya yang tidak pernah cuba memahami pengorbanan anggota tentera kepada negara? Bagaimana dengan pengorbanan kakitangan awam yang lain untuk merancakkan lagi aliran ekonomi negara. Adakah ianya masih tidak sama seperti mereka?

Kongsi pendapat kalian bersama saya dan pembaca yang lain…

 

Artikel menarik yang masih segar:

44 comments… read them below or add one

1 2 3

Adam January 1, 2013 at 10:05 PM

Adik saya baru sahaja lulus pemilihan akhir perajurit TUDM dan mempuyai diploma,,boleh tak saya tahu jika adik saya menyambung ke peringkat degree semasa bertugas sbg angota llp adakah kemungkinan dia boleh menjadi seorang pegawai jika mempunyai degree selepas itu

Reply

aree January 27, 2013 at 12:38 AM

Rasanya susah kot… :)
Apa kata korang baca juga artikel terbaru aree…Panduan Cuti Umum 2013My Profile

Reply

johny June 28, 2012 at 7:05 AM

kenapa anggota yng berhenti /pencen 2012 sampai 7 bulan baru dpt pencen…ugat tidak buat kerja jah

Reply

aree January 27, 2013 at 12:39 AM

Mungkin ada sedikit masalah Dokumentasi… sebab saya sendiri dalam masa 2 bulan dah dapat…
Apa kata korang baca juga artikel terbaru aree…Panduan Cuti Umum 2013My Profile

Reply

Darren May 24, 2012 at 8:16 AM

azman umar DAN dauglas duhh…. Its all rumours. MANA ADA KES sebegitu . Mana ada bukti benda2 tu berlaku?? Anggota bawahan di TINDAS?? SAYA anggota bawahan tahun 1985 sehigga 1999 (14 tahun dari PREBET ke PEGAWAI WAREN 2) iaitu perigkat Sokongan. Bermula tahun 1985 masa tu gaji pokok prebet cuma RM 335.00. KELULUSAN SPM . Ya lah Guru lepasan Maktab pun cuma R 590 je masa tu. Tahun 2000 ditauliah oleg Agong sebagai Pegawai dalam pangkat Leftenan . Kemudian selepas 4 tahun Kapten (gred 41) . Saya tahu susah senang peringkat bawahan (Lain-lain Pankat) LLP. Saya juga tahu perit getir jadi Pegawai bertauliah. Sekarang dan Lt Kol pun. Kalau awam Gred 52. (lebih kurang). ZAMAN saya masuk PREBET zaman diizinkan Sepak Terajang. Akademik X berapa pentinG. JANJI KUAT TUBUH BADAN, KUAT MENTAL, BOLEH MAMBACA MENGIRA, PANDAI MENEMBAK, PANDAI BERTUMBUK, PANDAI BUAT KERJA2 ASAS TENTERA DAN TAAT PERINTAH. CUKUP!! SAYA berusaha sendiri ambil SPM semula, ambil Diploma, akhirnya dapat Ijazah S.M dalam Kejuruteraan Awam. Ditauliah sebagai Leftenan je masa tu. LAGI sekali lelaui TUMBUK, LEMPANG, SEPAK, PIJAK perkara biasa bagi Pegawai Muda walaupun hakikatnya Usia dan Perkhidmatan saya Tidaklah “muda”. Ambil Exam , Kursus Syukran semua cemerlang. Buat Master dalam Pengajian Strategik. Siapa kata Anggota bawahan ditindas??? Lalui sendiri baru boleh cakap. MERAKA TERMASUKlah anggota Tentera sendiri yang kata MEREKA ditindas TU, SEBENARNYA GOLONGAN YANG sentiasa menyalahkan orang lain, Tidak mahu dan tidak bersedia untuk ” Thingking outside of the box, walk extra miles… atau apa-apa istilah lagi. PUAS HATI?? MEMANGlah Tak puas hati untuk semuanya, Tapi bersyukur banyak2, saya mampu bagi makan keluarga dan membantu Ibu bapa serta mereka yangmemerlukan. KAYA??? tak kaya MASUK ASKAR NI!! MANA-mana perkhidmatan Kerajaan pun kalau setakat Gred 54 ke bawah tu X kan boleh kaya kalau setakat makan gaji. Gaji pun sekadar Rm 5K ke 10 k sahaja. Cukuplah bersederhana. Rm 8000 X besar mana zaman sekarang. Tapi kalau kerja kita , tanggugjawab kita berdasarkan imbuhan RM 1600 sebulan , maka itulah yang sebenarnya jadi hak kita. Kalau inginkan lebih kenalah berusaha, BUKAN MENYALAHKAN ORANG LAIN. TQ DAN MAAF :-|

Reply

aree January 27, 2013 at 12:43 AM

Saya plak lebih ske keje sendiri…dah malas makan gaji sebab saya tak suka di arah orang namun saya ske mengarah..jadi lebih baik keje sndiri maka dapat lah mengarah org ..walaupun biz kecik je..namun tiada orang atasan bley mengarah saya huhuhu…
Apa kata korang baca juga artikel terbaru aree…Panduan Cuti Umum 2013My Profile

Reply

Bukan Sekadar Blog February 8, 2012 at 9:32 PM

Lumrah kehidupan di dunia setiap manusia mempunyai akal fikiran, hawa nafsu, perasaan dan lain2 nilai yg cukup sempurna telah dianugerahkan olehNya namun tidak semua manusia mempunyai nilai2 terpuji seperti Nabi Muhammad SAW yang sepatutnya dicontohi malahan lebih teruk dari itu (termasuk diri saya) kerana apa yang ada dalam diri manusia hanya sikap dan nilai2 terhina (suka mengutuk, hasad dengki, irihati dsb). Walaupun saya salah seorang dari anggota itu (ATM), telah berkhidmat hampir 12 tahun, berpangkat koperal, mempunyai diploma (on the way to degree) tetapi bersyukur dengan apa yang ada walhal terdetik di hati “kenapa aku hanya berpangkat koperal sahaja sedangkan aku telah berkhidmat hampir 12 tahun dan mempunyai diploma (on the way to degree) selain mempunyai kepakaran dalam bidang ini?”. So, kita redha je dengan apa yang ada (qada & qadar). Tak perlu la nak menilai sesiapa selain dari menilai diri sendiri. Hati manusia tidak akan puas dengan apa yang ada dan juga tidak boleh lihat orang lain lebih dari yang sepatutnya. Tidak perlu kita menilai dan menghukum orang lain sekiranya kita sendiri pun tidak tahu nilaikan diri sendiri. :smile:

Reply

aree January 27, 2013 at 12:47 AM

Mengenai Diploma yang kita ada…dan apa tred kita sekarang…kalau seiring dengan Tred memang kita boleh di naikkan pangkat namun kalau tak seirng agak susah sebagai contoh ..kita dalam tred ” Sajian” tapi diploma yang kita ada berkaitan Elektrikal…adakah ianya sesuai dgn tred kita..??? fikir fikirkan….
Apa kata korang baca juga artikel terbaru aree…Panduan Cuti Umum 2013My Profile

Reply

farhan February 8, 2012 at 12:15 PM

saya br dipanggil untuk temuduga pegawai graduan untuk atm di tambun selama seminggu…patut ke sy pegi cz setahu sy gaji utk atm xde la byk mne so le x bg pndapat patut sy pegi o x?

Reply

samevo March 19, 2012 at 7:08 PM

So Farhan… What is yr aim??? GAJI?? KEPUASAN KERJA?? BIDANG YG BETUL2 DIMINATI?? or alasan lain?? BANYAK pada U tu pula banyak mana?? Kelulusan apa…??Ijazah Kepujian?? Diplom?? Tinggi sgt ke kelulusan tu?? puluhan ribu graduan kita menganggur. Hakikat!! Kalau U graduan UPSI atau berkerjaya sbg Guru DG 41..tugas MENGAJAR..melatih murid…& lain2 tugas sampinagan. YANG PASTI CUTI tetap dapat…dah di plotkan bila. Just mungkin mengikut tempoh percuitan sekolah atau mungkin tidak…kerana ada aktiviti yg telah ditetapkan. Tapi mestri dapat cuti. Contoh Hari Raya…Merdeka…dll…pasti cuti. KALAU u join Pegawai awam lain pun begitulah. Selain dari Primary task & job u ada Secondary tasking… tanggungjawan!! KALAU U join ARMY dengan Ijazah Kepujian…kena pergi lagi belajar selama 9 – 11 bulan …untuk jadi Pegawai Tentera Bertauliah. Pegawai Bertauliah (oleh SPBY Agong) bermula pangkat Lt hinggalah Jeneral. So..U ditauliah dalam pangkat Kapten. Gaji permulaan …RM 2200 – 2400..elaun-elaun tetap adalah rm 700 – rm 900…nak lebih lagi join the Comando’s. Dapat extra Rm1000. atau join the air force…try to b a pilot dapat tambahan elaun Rm 3000 – 4500…So basic gaji Rm 2400 + elaun hidmat/rumah/cola…ada Rm 3000++ . Elaun pakaian..elaun istriadat…mengikut tempoh. Kerja…x tentu masa. Malam…siang…cuti…Raya…x kira. Dapat tugas & arahan kerja…X boleh dipersoalkan.. Tiada sebarang bayaran lebih masa!! 5 ke 6 tahun ambilk exam Kapt to Mejar,,, ulus dan ada kekosongan naik pangkat Mejar…kalau Polis DSP. kalau guruawam Gred 48… so fikirlah

Reply

kahirul anuar mansor January 18, 2013 at 10:55 PM

ngpa tentera perlu kena ragging.baru kluo rekrut masuk kor kena ragging ngpa?tak ada ke cara lain nak dekatkn mereka dgn kerjaya itu.ngpa anggota senior tinda org bawah?pagawai pun turut serta.yg posting ke sarawak tak boleh balik dlm masa setahun.ngpa?mana waran mereka.ikut undang2 apa.sapa ambil waran mereka.naya budak2 tu.pegawai tak check ke?jangan2 pegawai pun sama ambiuk waran mereka.tentera ni dalam masa setahun tu mesti sekurang2nya sekali mesti diberi waran.jangan ingat org sekarang bodoh.yg bodohnya tentera malaysia tak jaga kebajikan anggota.zahir je jaga tetapi hakikatnya???pernah masuk kem?pernah pegi rumah kelamin anggota.selisih bahu je muka masam macam cuka.ngpa?knapa eksen sangat.silap panglima atm terlepas pandang dlm bermesra sesama anggota.ikutla lunas2 islam.pegawai kagat check balik.ngpa senior tu berkuasa sangat.bawak court marshal terang2 yg junior salah.ngpa???

Reply

aree January 27, 2013 at 12:48 AM

Gaji ATM tinggi sekarang ni…yng pasti elaun banyak…best woooo
Apa kata korang baca juga artikel terbaru aree…Panduan Cuti Umum 2013My Profile

Reply

1 2 3

Leave a Comment

CommentLuv badge

1 trackback

Previous post:

Next post: