Assalamualaikum dan salam blogger,
sejak menulis artikel copy paste yang bertajuk cara mengira waktu subur wanita daripada Dr. Azwan dan Dr. Zubaidi Hj. Ahmad beberapa bulan yang lepas, hampir saban hari inbox saya dipenuhi dengan persoalan mengenai kitaran haid yang terkadang tidak dijawab oleh saya. Terbaru ialah persoalan mengenai tanda-tanda awal kehamilan yang dihadapi oleh bakal-bakal ibu.
Alahai…
serius dowh soalan tersebut membuatkan saya berfikir panjang sejenak kerana cuba mengingati tanda-tanda dan simptom kehamilan yang pernah saya hadapi 2 setengah tahun yang lepas.
Bertitik-tolak daripada pertanyaan itu, maka terbitlah sebuah Thesis ringkas yang saya kaji sendiri seperti di bawah.
Okey yang tu tipu, tanda-tanda awal kehamilan di bawah sebenarnya gigih saya kutip di internet dan terbitkan semula. Layan…
Menurut Pakar Sakit Puan, tanda-tanda awal kehamilan yang dialami oleh setiap bakal ibu adalah berbeza dan ianya bergantung kepada individu itu sendiri. Kebanyakan daripada kaum wanita (termasuklah saya) sebulat suara mengaitkannya dengan kitaran haid, iaitu kedatangan haid yang lewat daripada tarikh biasa. Apa lagi kalau haid korang dikategorikan sebagai tetap dan teratur.
Selain daripada kedatangan haid yang lewat daripada biasa, perhatikan juga tanda-tanda awal kehamilan di bawah kerana korang mungkin akan mengalami salah satu simptom-simptom tersebut.
1. Perubahan ketara pada mood
Perubahan hormon yang berlaku pada awal-awal kehamilan boleh membuatkan mood anda berubah secara mendadak. Pada masa ini anda lebih mudah bersifat emosional dan sedih pada sesuatu perkara.
2. Perubahan pada warna di sekeliling payudara
Sekiranya kulit di sekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ianya bukan petanda jelas anda sedang hamil kerana perubahan tersebut boleh berlaku akibat ketidakseimbangan hormon yang langsung tiada kaitan dengan kehamilan atau mungkin juga disebabkan oleh kandungan yang terdahulu.
3. Sembelit
Sembelit atau susah membuang air besar adalah salah satu tanda-tanda awal terjadinya kehamilan. Peningkatan jumlah hormon progesteron menyebabkan proses pencernaan berjalan lambat sehingga berlakunya sembelit. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan masalah ini.
4. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari pada awal kehamilan
Lebih kurang 10 atau 14 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedikit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat daripada implantasi yang berlaku iaitu sel telur yang telah dibuahi melekat pada dinding uterus. Pendarahan seperti ini biasanya terjadi lebih awal, lebih sedikit dan lebih cerah daripada darah haid yang biasa.
5. Sakit kepala
Sesetengah wanita akan mengalami sakit kepala yang ringan pada awal kehamilan terutamanya minggu pertama kehamilan. Sakit ini mungkin disebabkan oleh peningkatan sirkulasi darah akibat perubahan hormon yang berlaku.
6. Kerap membuang air kecil
Pada peringkat ini janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, ini menyebabkan anda kerap membuang air.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness tidak akan menyerang pada minggu awal kehamilan, kecuali selepas minggu keempat sehinggalah ke minggu kelapan kehamilan. Segelintir wanita akan mula merasa mual dan luar biasa pada lidah walaupun baru beberapa hari mengandung. Sensasi ini biasanya terjadi akibat daripada perubahan sirkulasi saat pembuluh darah dalam tubuh anda membesar dan tekanan darah anda menurun. Selain itu, ianya juga boleh berlaku disebabkan oleh rendahnya gula darah anda.
8. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada mereka yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada ibu-ibu yang berada pada minggu pertama kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah dengan alat ujian kehamilan dan membilang hari anda.
9. Merasa tidak bermaya
Hormon yang dikeluarkan pada awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya kerap terjadi di awal kehamilan kerana pada minggu pertama kehamilan, tubuh anda bekerja dengan sangat keras untuk mengeluarkan hormon dan memproduksi lebih banyak darah untuk membawa nutrisi kepada janin anda. Keadaan ini menyebabkan peningkatan kadar denyutan jantung. Tambahan pula kehadiran hormon progesteron dalam jumlah yang banyak menyebabkan anda merasa mengantuk.
10. Sakit dan tegang pada payudara
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sensitif dan merasa sakit bila disentuh. Payudara anda juga akan mengalami perubahan ketara iaitu lebih penuh dan berat serta mulai membesar sebagai persiapan memproduksi susu ibu. Perubahan tersebut akan lebih jelas sekiranya itu adalah kehamilan pertama anda.
11. Suka dan alah kepada makanan/minuman atau bauan tertentu
Menutup hidung dari makanan, minuman atau bauan tertentu juga merupakan salah satu tanda-tanda awal yang menunjukkan bahawa anda sedang mengandung. Kebiasaannya bauan yang terlalu tajam dan menusuk hidung akan memberi kesan mual kepada sesetengah wanita. Perubahan hormon yang berlaku menyebabkan selera dan keinginan makan anda turut berubah ketika mengandung. Keadaan ini mewujudkan satu fenomena yang kita panggil mengidam.
12. Suhu asas badan yang meningkat
Suhu asas badan diambil semasa bangun pagi pada setiap hari. Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras suhu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ianya diukur.
Tapi bila saya baca balik satu persatu tanda awal kehamilan di atas, saya senyum sendiri kerana untuk pengetahuan korang, tiada satu pun simptom tersebut mengena pada batang hidung saya semasa mengandungkan kedua-dua anak lelaki saya dulu kecuali simptom haid yang tidak teratur.
Bertuahkan?
Paling seronok, saya tidak pernah menyentuh benda-benda yang masam bagai kerana saya tidak pernah berasa loya sepanjang mengandungkan anak-anak saya. Jadi apa yang boleh saya simpulkan daripada pengalaman saya itu ialah tanda-tanda awal kehamilan setiap ibu sebenarnya adalah berbeza.
Setuju? Apa kata kongsi tanda-tanda awal kehamilan korang dalam blog ini

167 comments… read them below or add one
« 1 … 8 9 10
salam sis, alhamdulilah sy pregnant 7week.. sy just nk kngsi kgmbiraan.. doakn sy n bby ye, amin.. =,)
waalaikumussalam dik, tahniah! Akak doakan semoga adik dan bayi sentiasa di bawah rahmat yang Esa. Semoga anak yang dilahirkan nanti menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa.
owh mcm tu upe nye, xpela ieka tngu next p 24hb nie, lau x knjung tiba jgk cik p, ieka nk wt UPT sbb skg nie ieka rasa bdan laen mcm je.. ape2 pn thanks sis jwb soalan ieka.. ^^,
boleh dik, tapi akak tak jamin ketepatan kepututsan UPT tersebut.
salam kak, kte nk tnye ckit la, lau kte bru nk thu kte hamil ke x, tnda brcak darah tu wjib ada ke?
salam dik, tak semestinya. Ada kalanya tanda kehamilan tidak akan menonjol. untuk info lebih lanjut, apa kata adik baca entri ini pulak http://www.mamamurai.com/tanda-awal-kehamilan-tidak-semestinya-tanda-anda-hamil
Salam.. mama murai…
Sy nk berkongsi.. sy lewat p 3 hari.. tp hari 4 sy p.. yg peliknye mase b4 p sy rse cm nk dtg p.. skrg ni plak senggugut x mcm biase kejap skit kejap ok.. n 1 hari p cikit sngat drh yg kua.. pregnant ke ?
salam sis,
Saya pnya kitaran haid normal. Tp bln ni sya msih belum period spatutnya 15hb aritu saya dah dtg. sya dah buat ujian upt tp -ve. Saya ada cyst lebih kurang 4cm.Jadi adakah peluang utk saya hamil ada? Then skrg ni ada darah2 coklat turun tp x bnyak…2 hari jer lpas tu x ada lgi..pinggang saya rsa sakit dan kepala saya rasa pening nak pitam jer.Dan mood saya juga cepat nak nanggis…
salam syeeda, apa kata awak rujuk kembali artikel ini http://www.mamamurai.com/tanda-awal-kehamilan-tidak-semestinya-tanda-anda-hamil terima kasih.
« 1 … 8 9 10
2 trackbacks