Taman Botanikal Labuan – Final Part

by Mama Murai™ . on 11 April, 2012

Assalamualaikum dan salam blogger semua,

seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan memuatnaik beberapa keping lagi gambar yang saya ‘kutip’ dari Taman Botanikal Labuan untuk tatapan korang. Jangan risau, ianya tidak akan disertai dengan ulasan yang panjang berjela demi kerana menghormati Wordless Wednesday. :)

Jom layan…

botanical garden

pemandangan tasik buatan dari arca

percutian di malaysia

surau juga turut disediakan oleh pihak pengurusan taman untuk muslimin dan muslimat yang ingin menunaikan solat

tempat menarik di sabah

rumah pokok untuk meninjau kawasan persekitaran, serius guys memang cantik walaupun buat masa ini kelihatan sedikit uzur. Tapi jangan risau, ianya sedang diselenggarakan

taman air menarik

okey yang ni khusus untuk mereka yang gemarkan air. Tapi saya tidak pasti kalau korang dibenarkan untuk mandi di dalam taman air mini ini.

ruang taman

ruang taman yang amat menarik untuk bersantai dan menghayati panorama indah di kawasan taman botanikal. Romantik giteww...

pemandangan taman botanikal labuan

okey kalau nak tahu, rumah pokok ini terletak hanya bersebelahan sahaja dengan taman air dan 'taman romantik' tu. Jadi korang bolehlah meninjau kawasan sekitar di atas rumah pokok kalau dah penat menghirup udara segar kat bawah.

botanical garden labuan

taman permainan khusus untuk anak-anak korang bermain. Ada pelbagai permainan kat sini yang confirm menarik perhatian anak korang untuk bermain seperti jongkang-jongket, gelongsor dan buaian.

taman botanikal labuan

masih dengan pemandangan di kolam air, kalau nak tahu inilah gelongsor yang akan membawa korang ke kolam bawah

botanical garden

meriam air pun ada tau! Cuma yang tak bestnya, ianya belum boleh digunakan saat gambar ini diambil. Satu lagi, air terjun buatan kat atas tu pun masih 'unserviceable' ketika ini.

tempat pelancongan menarik di sabah

lihatlah betapa suburnya rumpai air di dalam tasik tu. Risau juga saya menengoknya, tak lemas ke ikan yang ada kat dalam?

tempat percutian menarik di malaysia

cantiknya pemandangan tasik dari sudut ni...

taman botanikal

sudut yang menarik perhatian saya... cool rite?

Artikel menarik yang masih segar:

5 comments… read them below or add one

ctrmiena April 16, 2012 at 10:50 AM

ermm.. pernah duk kat sana.. tapi x berkesempatan plak nk ke sini.. heheheh.. rugi2…

Reply

khai April 14, 2012 at 5:47 PM

apa2 pun, lensa yg di atas memang cantik…tapi jauh tu nak ke sana ;-)
Apa kata korang baca juga artikel terbaru khai…Travel Tips From Professional Guides – Part 1 – Issues About HealthMy Profile

Reply

titan April 11, 2012 at 5:44 PM

gambar aje? orangnya mana.. :mad:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru titan…Komisen ke 53 dari Text Link AdsMy Profile

Reply

Mama Murai™ . April 12, 2012 at 12:35 PM

orangnya low profile… nak buat macam mana :)

Reply

titan April 12, 2012 at 5:19 PM

ler…macam tu plak..tak kacak la cam tu.. :cany:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru titan…Upin dan Ipin Season 6 – Mainan BaruMy Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: