Memandangkan saya baru sahaja *mendapat durian runtuh dan kenaikan gaji SBPA, maka hari ini saya dengan seikhlas hati akan berkongsi wang tersebut dengan pembaca. Bukan berkongsi saja-saja tau, tapi dengan pengeras segala.
Hehe… korang dikehendaki menyertai segmen ringkas saya. Segmen ala-ala Ben Ashaari gitu.
Jangan risau… syaratnya tak susah mana pun, tak perlu letak header segala atau Like Fan Page saya, apa yang perlu korang lakukan hanya membuat satu entri berdasarkan syarat-syarat di bawah:
1. Buat satu entri bertajuk “Top Malaysian Blogger yang ingin saya/aku jadikan BFF“.
2. Sedikit ulasan kenapa korang minat dan ingin menjadikan beliau sebagai BFF korang.
3. Trackback entri tersebut ke entri yang tengah korang baca ni atau bubuh url tu kat kekotak komen di bawah supaya memudahkan saya mengumpul alamat url peserta.
4. Last sekali bubuh perkataan ini di bawah entri korang “Artikel ini ditaja secara rasminya oleh Mama Murai”. Dan jangan lupa link kan sekali url blog Mamamurai.com tau.
5. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15/02/2012 dan nama pemenang hanya akan diumumkan keesokan harinya.
Siap…
Mudah dan berbaloi-baloi kan?
Untuk pengetahuan korang juga, pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan secara rawak yang dibuat oleh Random.org, jadi semua peserta mempunyai peluang sama rata untuk menjadi pemenang.
Oh ye sebelum terlupa, hadiah untuk segmen ini ialah wang tunai RM50 yang boleh ditukar kepada Topup. Terpulang, korang dibenarkan untuk memilih hadiah kemenangan. Jom layan…
Segmen ni sebenarnya saja saya buat untuk perhabiskan duit Give away yang orang tak mau. Dalam pada itu sebagai platform untuk kita saling berkenalan. Yelah, mana tau dengan mengikut segmen ini, rakan-rakan baru kalian juga akan bertambah nanti.
*Gurauan
**Best Friends Forever

58 comments… read them below or add one
1 2 3 4 »
menarik nie ..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Mr.Sepet…Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog
Wah,skg makin muai dah saya tengok blog MM ni…hehe
Ada je hadiah untuk para pembaca..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme…Pelanggan KFC Tidak Dipukul !!! (Video Parodi)
salam..sue join..tak tahu la betul ke tak akak..kalau salah bagitahu la yer..:) sue cepat cepat join takot tak sempat plak..nanti nak balik ostel dah..:)
http://ordinarygurl-sue.blogspot.com/2012/02/top-malaysian-blogger-yang-ingin.html
Apa kata korang baca juga artikel terbaru miss sue…“Top Malaysian Blogger yang ingin saya/aku jadikan BFF“
hai akak syer dh j0in…meh tg0k blog syer meh… :mrgreen:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Eifa…“Top Malaysian Blogger yang ingin aku jadikan BFF“.
menarik..nak join la nanti..hehe
Apa kata korang baca juga artikel terbaru errah…Quick Update
mnarik nie..nnti klau smpat nk join lah..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru syu90…STUDY WEEK
jom join syu, manalah tahu jadi pemenang bertuah. Lagi pun ianya taklah sesukar mana.
tu la..simple je..tp nak kena cari idea dulu..hehe..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru syu90…STUDY WEEK
wahh…nak join ! thanks sudi invite sue :’)
Apa kata korang baca juga artikel terbaru miss sue…ehhh LYSAA SECRET follow kita la..:D
sila-sila jangan memalu. Terima kasih kembali kerana sudi join segmen tak seberapa ni.
dah tak lama lah ni tarikh tutupnya ya?
Apa kata korang baca juga artikel terbaru klcitizen…nak jadi jutawan juga ..
a`ah kak, 4 hari je. Tapi tugasan yang diberi taklah sesukar mana.
Salam,
Kalau ikutkan ramai top bloggers dan masing-masing ada keunikan dan niche tersendiri. Sukar juga nak membuat pilihan, apatah lagi nak mengarang, sesukar menentukan tarikh pillihan raya.
Apapun, kalau ada kesempatan insya-Allah ingin juga mencuba.
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Stokis RajaBio…Nuffnangers Tetamu Blog Stokis RajaBio
Waalaikumussalam, setuju dengan pendapat awak.
assalamu’alaikum mama,
Apa kata korang baca juga artikel terbaru adele…Andai Lelaki Tahu…
nak tanya ni, maksudnya BFF tu blog orang lain lah kan?
Waalaikumussalam adele,
betul… BFF yang saya maksudkan di sini sesiapa sahaja, tak kiralah ianya adalah blog idola atau blog kengkawan alam maya.
Baru nak tanya. BFF tu apa benda? Oh blog yg menjadi pilihan kita ya. Kejap tengah pikir
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Mekar…Muffin Kiwi Segar ….
1 2 3 4 »
4 trackbacks