Hari ini saya menerima sepucuk surat layang daripada penyedia domain dan hosting saya. Pendek sahaja tulisan di dalamnya. Sekadar bertanya “bila nak bayar domain dan hosting kawan??”
Okey, ayat di atas tipu… hehe. Sebenarnya surat peringatan daripada pihak penyedia hosting mengenai tarikh luput sewa hosting dan domain blog saya yang semakin hampir ke penghujungnya. Bukan sepucuk, tapi sudah berpucuk-pucuk surat dikirim dan belum pernah dibaca oleh saya dan suami. Alasannya… macam biasa, lupa kata laluan email yang panjang merapu (jangan tiru macam saya).
Dan petang tadi, selepas bermandi bedak dan memakai mekap ala-ala pelakon opera korea, saya dan suami pun terhegeh-hegehlah membuat pembayaran di bank berhampiran. Bayar, bayar, dan bayar. Tup… selesai masalah!! Puas pun puas, sebab dapat buang duit bonus suami ke jalan yang lurus giteww… haha.
Saya pandang suami. Suami juga pandang saya dengan mulut muncungnya. Lama mata kami bertemu… macam filem Kuch-kuch Hota Hai. Sah! Dia mesti merajuk sebab saya pinjam duit bajet raket tenis barunya. Sabar ek bang, kalau duit Innity dah dapat nanti, sayang belikan sebundle penuh raket tenis. Lepas itu kita main tenis sampai patah tulang.
Dalam perjalanan pulang ke rumah, sempatlah juga saya terfikir, “alahai dah genap 2 tahun rupanya blog kesayanganku ini. Tak sangka, cepat betul masa berlalu. Pejam celik, pejam celik keluar angka 2. Kalau macam ni, saya pun nak buat “Giveaway” jugaklah.”
Giveaway…? Bab ini membuatkan saya terdiam dan berfikir kembali. Agak-agak ada ke yang nak ikut “Giveaway” saya ni?

wah dah dua tahun blog ni di alam maya, tak pernah baca pon dlam site ni sebelum ni.
blog buruk dan usang Luqman, macam mana nak kenal
Apa pun terima kasih kerana sudi berkunjung ke mari.
Tenung menenung macam Kuch-kuch Hota Hai?? hahaha…Sweet je bunyinya.. :smile:
nak join!!!hehe
sila… sila… buat macam rumah sendiri izzat.
buat aje. kalau menarik. mesti ramai orang mahu join punya. :boss:
nak..nak..nak reket tenis baru jugak
kalau mamamurai buat, saya tolong promote kat blog saya. nak masuk2 tu… mmmm, saya ni malas sikit, eh bukan sikit, memang malas amat
wah… baiknya akak. Terima kasih kak sebab sanggup meringankan tulang untuk mempromosikannya. Tapi buat masa ini saya masih tidak tahu syarat dan hadiah Giveaway tu. Sedang dalam perancangan. Walaubagaimanapun saya sangat menghargai pertolongan daripada akak. Terima kasih banyak kak.