Ricardo Kaka masuk Islam? Tiada sumber sahih mengiyakannya

by Mama Muraiā„¢ . on 2 January, 2012 · 1 comment

Okey ini berita hangat yang kini bermain di sekitar arena blog tampatan dan Wall Facebook seantero dunia, Kaka atau nama sebenarnya Ricardo Izecson dos Santos Leite, pemain penyerang bola sepak Real Madrid dikatakan telah memeluk agama Islam baru-baru ini. Tambah menarik ianya turut disokong dengan 2 keping gambar beliau semasa berada di dalam sebuah masjid.

Namun selepas penelitian di dalam Internet, saya dapati belum ada bukti sahih yang mengata atau mengaitkan Kaka yang lahir daripada sebuah keluarga penginjil yang kaya raya ini dengan agama Islam.

kaka memeluk agama islam

gambar Kaka semasa berada di Dubai

Apa yang saya ketahui kedua-dua keping gambar yang menjadi topik perbualan hangat itu diambil ketika lawatan 10 hari Kaka ke Dubai. Bukannya semasa memeluk agama Islam seperti yang diuar-uarkan.

salah satu gambar Kaka yang mengaitkannya dengan masuk Islam

Ini berdasarkan laporan dari akhbar dalam talian alarabiya news, yang mengatakan Kaka dan isterinya hanya mendengar syarahan mengenai kehidupan Dunia Islam dan Arab ketika lawatannya ke Dubai.

Ricardo Kaka visits Dubai, plans to learn more about Arabs

snapshot daripada akhbar online alarabiya.net

Pemain bola sepak antarabangsa Recardo Kaka bercadang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai orang Arab dan umat Islam selepas lawatan 10 hari ke Dubai, Jabatan Pelancongan dan Perdagangan Pemasaran (DTCM) melaporkan.

Walaupun buat masa ini kita masih belum mempunyai bukti kukuh Kaka sememangnya berminat untuk memeluk agama Islam, tapi mudah-mudahan suatu hari nanti, pintu hatinya akan terbuka juga untuk mengenali Islam dengan lebih dekat .

Siapa tahukan? Kuasa Ilahi, siapa yang boleh menidakkannya.

Artikel menarik yang masih segar:

{ 1 comment… read it below or add one }

klcitizen January 3, 2012 at 9:02 AM

betul tu… kuasa Allah tak siapa tahu

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: