Sebenarnya bukan mudah untuk bergelar seorang penulis blog melayu yang berjaya atau sekurang-kurangnya separuh berjaya kerana si penulis haruslah memikirkan bentuk artikel yang boleh menarik perhatian pembacanya. Dan proses untuk menakluki hati si pembaca pula agak sukar dek kerana kecenderungan dan minat pembaca melayu kita yang kelihatan agak pelik di mata saya.
Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang bergelar penulis blog, rata-rata penulis blog yang ada di Malaysia masih dihambat oleh 5 perkara asas dalam penulisan untuk menarik perhatian pembaca. Mungkin betul cara ini sangat berkesan menarik perhatian pembaca tapi adakah anda ingin melihat dunia blog tanah air 10 tahun yang akan datang dipenuhi dengan blog-blog hiburan slanga dan blog ‘ikut suka you’ sahaja?
Jika dilihat pada trend komuniti penulis blog hari ini, rata-rata penulis yang ada lebih mementingkan wang hasil iklan yang dijana oleh traffik mereka berbanding artikel di dalam blog itu sendiri yang sedar tak sedar adalah penyumbang kepada keruntuhan nilai moral masyarakat kita. Kewujudan blog hiburan, politik, berbau seks dan pelbagai lagi yang berorientasikan keuntungan semata-mata seperti cendawan tumbuh selepas hujan bukan sahaja menggalakkan kerosakan minda secara halus, bahkan salah satu agen utama penyebar budaya kuning. Tambah memburukkan keadaan bila mana penggunaan ayat slanga, pasar dan rojak turut digunakan secara meluas. Memang tidak dapat dinafikan bahawa faktor penggunaan bahasa memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pembaca, yang umumnya lebih gemar membaca ayat ringkas, mudah dan trendy berbanding ayat baku. Tapi sampai bila senario ini hendak diteruskan? Apa yang lebih menyedihkan bila melihat sendiri bagaimana rosaknya bahasa kebangsaan kita dipermainkan tanpa sikit pun rasa bersalah oleh mereka-mereka yang bergelar celebriti ‘Penulis Blog Malaysia’. Kasihan sungguh bangsaku!.
Berbalik kepada resipi yang saya perbincangkan sebentar tadi, untuk menjadi seorang penulis blog melayu yang berjaya seperti beberapa nama besar dalam penulisan blog, anda perlulah memilih ‘niche’ hiburan sebagai menu utama blog anda dan mula menulis dengan menggunakan ayat yang berbentuk makian di dalam artikel tersebut. Jangan lupa masukkan sekali gambar-gambar yang tidak senonoh sebagai bukti bahawa anda tidak bercakap kosong dan ayat ‘jangan jadi macam artis nie atau jadikan gambar ini sebagai teladan’ di akhir perenggan. Dah buat? Syabas… kini anda sudah selangkah ke hadapan menuju alam ‘Top Malaysian Bloggers’ dan bakal menerima kunjungan tak henti-henti dari pembaca yang begitu dahagakan artikel ‘sampah’ seperti ini.
Seterusnya seorang penulis blog melayu yang berjaya juga perlulah menulis sekerap mungkin perkataan berbau seks atau lucah dalam artikel mereka sebagai perencah utama. Ingat! semakin lucah dan ganas tajuk artikel anda, maka semakin tinggilah peluang web atau blog anda akan menjadi terkenal. Dan untuk membuktikannya anda boleh menaip sendiri perkataan ‘MELAYU’ dalam enjin carian web masing-masing. Jangan terperanjat sekiranya anda menjumpai lebih daripada 37 juta hasil carian untuk perkataan MELAYU sahaja, bersepah di internet yang majoritinya merupakan kombinasi ayat yang berbau lucah dihidangkan secara percuma dari Melayu khusus untuk pembaca Melayu. Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa mengenai isu kerosakan akhlak remaja dan pembuangan bayi yang hangat diperkatakan pada masa kini selepas ini, anda sebenarnya yang menggalakkannya! Percayalah.
Untuk menambahkan lagi kelazatan resipi blog anda, tulislah artikel mengenai wang di dalamnya. Ceritakan bagaimana anda memperolehi wang dengan mudah tanpa mengeluarkan setitik peluh pun. Ajarlah pembaca bagaimana melaburkan wang mereka dalam pelaburan haram, MLM atau skim cepat kaya. Kaburi mata mereka dengan kepingan-kepingan gambar yang memperlihatkan kemewahan anda sebagai buktinya. Hujani juga mereka dengan dakyah-dakyah palsu penuh harapan supaya mereka turut terpesona, dan sertakan bukti mereka-mereka yang telah berjaya supaya mereka turut terjebak sama. Insya-Allah kejayaan sentiasa bersama dengan anda penulis perosak minda.
Seorang penulis blog juga tidak akan berpeluang untuk menjadi ‘Top Malaysian Bloggers’ sama sekali sekiranya tidak menggunakan ayat berbentuk makian dalam penulisannya! Ingatlah, penggunaan ayat yang sopan dan tertib tidak mungkin menarik perhatian pembaca untuk terus membaca kandungan artikel yang telah ditulis meskipun topik yang diperbincangkan dalam artikel tersebut sangat berkualiti. Umumnya pengertian berkualiti di mata pembaca melayu sungguh subjektif bagi saya. Ini kerana artikel berkualiti di mata pembaca dan penulis blog tanah air ialah artikel yang menggunakan ayat yang dipenuhi dengan api kebencian, makian, dan juga hasutan di dalamnya walaupun ianya hanyalah sekadar berkisarkan isu plagiat!
Jelasnya untuk menjadi seorang penulis blog melayu yang berjaya, anda perlulah menulis mengenai wang, wanita, lelaki, hiburan, makian, seks & politik di dalam blog anda. Hidangkanlah pembaca anda dengan hiburan ringan seperti di atas agar blog anda akan terus menjana traffik yang tinggi. Seorang penulis blog melayu yang berjaya ialah bila mana mereka berjaya memanipulasikan kelima-lima perencah ini untuk menjadikannya satu resipi yang hebat. Selamat mencuba.



{ 8 comments… read them below or add one }
« 1 2
ish tak gamok nak ikut nih hhe
Jom baca artikel terbaru sabree hussin …. Petanda Kecil Kiamat Ketujuh : Budak Wanita Atau Wanita Merdeka Akan Melahirkan Tuannya
huraian yg sangat baik..insyaAllah, sy sebagai blogger baru blaja berjanji pada diri sendiri tak akan buat artikel2 yg xde faedah pada orang lain.tp sy rasa humor tu boleh, asalkan dibatasi oleh hukum syarak, tak mengutuk orang lain, tak meletakkan gambar yg lucah, seksi atau memburukkan org lain. Tu hanya pendapat saya, kalau ade salah sila tegur..sy tak nak di akhirat nanti, semua manusia menyalahkan sy. Moga2 kita diberi kefahaman.
Wira Chomel recently posted Eksklusif: Kucing Pertama Berjaya Main Bola di Piala Dunia!
berita sedemikian sememangnya…boleh letupkan ranking blog…ramai akan singgah…tetapi kena ingat saham akhirat juga
bagus artikel ni menyedarkan saya semangat berblog yang sebenarnya…terima kasih MM
Jom baca artikel terbaru aRoL …. Selamat Hari Raya Semua
Nasib baik Hikari tulis dalam BI kalau tak terasa la artikel mamamurai kali ni pada batang hidung sendiri.. hehehe…
Terima kasih atas teguran mamamurai. Saya harap saya dan kawan-kawan blog akan menjadi penulis blog yang lebih baik selepas ni.
tak di indonesia, tak di Malaysia, ternyata masalah sama saja ya? Banyak blogger yang hanya mementingkan trafik tinggi sehingga menghiraukan isi artikel itu sendiri… Banyak artikel yang berbau seks, banyak kebohongan dalam SEO, dan sebagainya.
yah, semoga saya bisa menjadi blogger yang lebih baik setelah membaca posting ini. Nice posting.

Jom baca artikel terbaru beckz …. Megengan- Tradisi Masyarakat Jawa Sebelum Puasa Kini Berubah
Nice entry~~
Jom baca artikel terbaru Hamli …. Adam Demam- cian dier
Nampk gaya, saya tak layak jd Top Malaysian Blogger, sebab ciri-ciri yang disebutkan belum berjaya saya praktikkan. Tapi, point penggunaan Bahasa yang sempurna memang buat saya malu sendiri.Saya antara golongan blogger yang menulis dgn bahasa santai,penggunaan ejaan yang “entoh hape-hape”, dan “mix” English dan bahasa.
Saya pernah ditegur, dan cuba untuk berubah.tapi sementara saja.
Apabila terbaca artikal ni, tertampar rasa.sbb menyumbang kepada rosaknya tatabahasa.
Insyallah nak berubah.
“nice article!”
Jom baca artikel terbaru farieza …. 1 Indonesia
{ 4 trackbacks }