Mengapa perlu mengeluarkan duit untuk membaca rahsia yang sebenarnya bukan rahsia? Sedarkah anda bahawa kebanyakan Salesletter adalah hype semata-mata bertujuan mengabui mata pembeli. Menjanjikan bulan dan bintang, sedang benda yang dicanang tidak seberapa. Minta maaf saya bukannya berniat merosakkan periuk nasi orang tetapi sekadar berkongsi pengalaman rakan suami yang tertipu dengan produk-produk e-book yang gah di pasaran.
Terbaru mengenai pendedahan Teknik Rahsia Nuffnang yang kononnya boleh menjana wang sehingga 4 angka! Bagus nawaitu penulis e-book itu, saya tabik dengan keprihatinan beliau yang ingin berkongsi rahsia kejayaannya kepada orang lain. Masalahnya adakah hasil tulisannya itu nanti berbaloi dengan jumlah yang akan anda bayar? Apa buktinya pembeli juga mampu buat benda yang sama seperti beliau tulis? Paling penting, adakah pembeli akan menjadi seorang penulis blog yang berjaya seperti yang dijanjikan sedang penulisnya juga tidak ke mana?
Satu lagi, kalau penulisnya sendiri menggunakan Innity, bagaimana agaknya dia mengajar orang lain menjana wang dengan Nuffnang? Lebih pelik, kenapa tidak terus menggunakan Nuffnang? Adakah pendapatannya mencecah 5 angka dengan Innity? Alasannya mudah, Nuffnang tidak mampu memberikannya hasil sebanyak Innity. Jadi apa rasionalnya ayat berbunga-bunga daripada Salesletter dan review produk tersebut?
Beriak tanda tidak dalam, bergoncang tanda tidak penuh. Fikir-fikirkanlah.
Rahsia sebenar untuk mendapatkan BE Nuffnang adalah mudah. Iya semudah memakan ABC. Dan saya jamin anda juga akan bisa mendapat BE seperti mana penulis blog yang lain selepas anda membaca dan mempraktikkan artikel saya pada kali ini. Mari kita lihat 6 rahsia yang bukan rahsia di bawah,
1. Demografi pembaca blog anda,
Jangan malas untuk mengisi dan mengemaskini ruangan survey pada “Borang Tinjauan Blogger” anda secara berkala. Ini kerana pengiklan selalunya mendapatkan maklumat mengenai ‘target audience’ yang mereka kehendaki berdasarkan maklumat yang telah anda isi. Sekiranya pembaca blog anda termasuk dalam kategori yang mereka kehendaki dan sesuai untuk sesuatu kempen, ada kemungkinan mereka akan membeli ruangan iklan di blog anda. Kesilapan yang sering dilakukan oleh pemilik blog ialah meninggalkan ruangan tersebut begitu sahaja tanpa diisi.
2. Cara penyediaan iklan di blog
Jangan meletakkan sesuka hati unit iklan yang telah diberi. Cuba bayangkan bagaimana agaknya perasaan pengiklan yang bersusah payah menghabiskan banyak wang untuk merekabentuk desain dan membeli ruangan iklan sekiranya anda meletakkan unit iklan mereka di tempat yang tidak sepatutnya dan kurang efektif. Untuk itu sila pastikan Skyscraper diletakkan di bahagian side bar, Leaderboard di bahagian header, dan Large Rectangle selepas artikel pertama blog anda. Ingat, jangan salahkan pihak Nuffnang sekiranya pengiklan tidak mahu memberi BE kepada anda akibat kekhilafan remeh yang sengaja anda buat. Perlu diingat anda bukan pemilik tunggal yang beriklan dengan Nuffnang, ada beribu lagi blog yang mungkin sempurna cara penyediaan iklannya di Malaysia.
3. Keahlian eksklusif
Saya rasa semua sudah tahu bahawa hanya mereka yang berstatus glitterati sahaja yang layak untuk dipertimbangkan mendapat iklan BE. Pesan saya, jangan menduakan Nuffnang dengan meletak iklan syarikat pengiklanan yang lain dalam blog yang sama sekiranya anda ingin terus kekal dengan status glitterati. Semakin lama status glitterati anda, maka semakin tinggilah peluang anda untuk mendapat lebih banyak iklan BE kerana Nuffnang mengamalkan sistem penggiliran.
4. Penggunaan unit iklan secara optimum
Pengiklan Nuffnang kebiasaannya memberi perhatian kepada blog yang meletakkan ketiga-tiga jenis iklan iaitu Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle secara serentak di dalam blog masing-masing. (Mungkin disebabkan bajet yang terhad) Cuba bayangkan betapa ruginya pengiklan bila terpaksa menanggung sejumlah kos yang besar akibat membeli ruangan iklan yang terhad daripada pemilik blog yang terlalu ramai. Nasihat saya, gunakanlah peluang ini sebaik-baiknya dengan memasukkan secara total semua unit iklan yang ada ke dalam blog masing-masing. Biar orang lain kata kita kemaruk iklan, yang penting masyuk.
5. Jumlah pelawat
Traffik blog anda adalah salah satu elemen terpenting untuk mendapatkan lebih banyak iklan BE. Sekiranya blog anda menjadi tumpuan ramai dan menjana traffik yang tinggi, ada kemungkinan produk pengiklan akan turut dikenali dan dilanggan oleh pengunjung. Faktor ini menjadi tarikan pengiklan untuk membeli ruangan iklan anda. Sekiranya blog anda tidak mampu memberikan jumlah pelawat yang tinggi, usahakanlah agar jumlahnya sentiasa konsisten.
6. Kandungan blog anda.
Sila ambil perhatian bahawa pihak pengiklan Nuffnang hanya akan memberi BE sekiranya kandungan artikel blog anda bebas daripada artikel-artikel berbau politik, asli dan kerap kali dikemaskini. Oleh itu sentiasa pastikan blog anda memenuhi ke semua elemen yang telah saya sebut sebenar tadi.
Nantikan kandungan artikel saya yang seterusnya bagaimana saya menggabungkan kata kunci panas dengan aplikasi Nuffnang Innit, Nuffnang Innit Featured Post dan Nang It untuk menarik lebih banyak traffik. Semuanya dalam pendedahan panas, “teknik rahsia nuffnang yang terbesar dibongkar“.



{ 17 comments… read them below or add one }
« 1 2
Tahniah Mama,
Memang pendedahan yang sangat baik. Banyak tips yang menarik saya tak tahu. Inilah RAHSIA yang bakal menjanjikan ganjaran kenikmatan di dunia dan akhirat. Tq again..
Bro… tq 4 info yg berguna n bernas…..:)
Jom baca artikel terbaru Pbo …. Yakjuj Makjuj Muncul Semula
erkk.. apa bro pulak ni?
Jom baca artikel terbaru sabree hussin …. Adakah Duit Berkuasa Untuk Mengubah Diri Seseorang?
thanks for this useful tips. kena remove la iklan2 lain utk dapatkan semula status glitterati
bagus tips tips tersebut..tahniah-tahniah…:D
oh macam pernah terjumpa je ebook yang dimaksudkan ni.. erm itulah dia suka duka seorang penulis, adakala karyanya disanjung dan adakalanya karya di maki hamun.
Namun apapun berbalik jugak pada apa yang ditulis, dan apa yang dijanjikan.. Kalau 4 angka yang dimaksudkan ialah RM51.22 biarlah berterus terang je.
Tak perlu nak bagi harapan palsu dekat orang ramai. Lagi ramai orang tak puas hati, maka bakal jadi lagi ramailah yang akan mendoakan kebinasaan diri.. ish… moga dijauhkan
Jom baca artikel terbaru sabree hussin …. Kerjaya Customer Service Executive- Apa Menariknya
« 1 2