Kalau nak berniaga, biar betul-betul. Tiada duit modal, buka bisnes online. Tiada stok barang, curi gambar barang jualan orang lain. Yang penting berusaha dulu dan kemudian barulah berserah kepada Blogspot, WordPress dan Facebook. Biar menatang alah ni yang buat duit online haram untuk kalian. Kalau tak nak kantoi, ganti barang jualan dengan lesung batu, habis cerita. Itu pun proses jual beli kan?
Yang prospek pula, jangan duk kecoh selepas tertipu. Tiada maknanya. Bukankah sudah berkali-kali kerajaan pesan, jangan terpedaya dengan perniagaan internet. Kenapa masih tak belajar daripada pengalaman mangsa-mangsa penipuan internet sebelum ini? Sendiri mahu ingatlah wei, adakah peniaga yang sanggup menanggung kerugian sehingga RM800, hanya kerana ingin menghabiskan stok Samsung Galaxy S syarikatnya?
Alahai…
Paling tak boleh blah, bila mangsa tu tak mention pun alamat, nombor telefon, nombor akaun atau sekurang-kurangnya laman web orang yang menipu beliau (nama ada dalam keratan artikel di bawah).
Motif?
Part ni memang saya tak faham. Bab tipu-menipu pun kena jaga maruah si pelaku ke. Tak kesian ke dengan bakal-bakal mangsa yang mungkin akan terkena jerat yang sama suatu hari nanti. Haiyo…
Kepada yang tak berkesempatan membaca newspaper hari ni, nah baca sendiri keratan artikel daripada akhbar Hmetro yang saya cedok 100% ‘*sejibi’ dengan yang asal.
JOHOR BAHRU: Seorang kakitangan swasta yang membeli tiga telefon bimbit dengan harga RM3,250 secara dalam talian terkejut apabila hanya menerima lesung batu berharga RM14.50, sehari selepas melunaskan pembayaran.
Lebih menyakitkan hati, tulisan RM14.50 berkenaan masih ada pada lesung batu berkenaan dan mangsa, Mohd Hazirul Hisham, 30, tergamam ketika menerimanya.
“Saya membuat pembelian itu selepas melayari satu laman web dan tertarik dengan tawaran telefon bimbit Samsung Galaxy S bernilai RM1,100 seunit berbanding harga pasaran semasa iaitu RM1,900.
“Saya membeli tiga telefon bimbit berkenaan secara talian pada 6 Disember lalu dan membuat bayaran ke akaun seorang lelaki bernama Lim Tham Kim,” katanya, semalam.
Menurut Hazirul, dia kemudian menerima SMS daripada kakitangan sebuah syarikat menjual peralatan komunikasi yang menawarkan barangan percuma atau diskaun RM50.
Hazirul memilih tawaran diskaun berkenaan dan sehari kemudian, dia menerima bungkusan barangan dibeli.
“Saya gembira kerana telefon bimbit berkenaan tiba tepat pada masanya, tetapi terkejut apabila mendapati kotak bungkusan berkenaan cuma mengandungi lesung batu.
“Saya menghubungi nombor telefon tertera seperti dalam SMS diterima sehari sebelum itu, tetapi individu terbabit enggan menjawab panggilan saya,” katanya.Hazirul kemudian melakukan pemeriksaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mendapati syarikat terbabit tidak wujud.
“Saya yakin dengan pembelian menerusi dalam talian kerana pernah membeli beg tangan dan tidak timbul masalah seperti ini,” katanya yang membawa perkara terbabit ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TT PM).
Sementara itu, Presiden TTPM, Quaik Chong Yu menegaskan penuntut perlu memfailkan kes hanya terhadap satu pihak saja kerana pasti timbul masalah pada peringkat penguatkuasaan jika perintah dikeluarkan.
“Pihak penuntut perlu pilih satu pihak untuk failkan tuntutan kerana invois dikeluarkan syarikat manakala wang bayaran dimasukkan ke akaun peribadi Lim, mereka akan saling menolak,” katanya.
Hazirul bersetuju menggugurkan tuntutan ke atas syarikat berkenaan dan meneruskan tuntutan terhadap Lim atas alasan lelaki itu menerima wang terbabit.
Quaik mengarahkan Lim mengembalikan RM3,250 kepada Hazirul dalam tempoh 14 hari selepas perintah dikeluarkan manakala tuntutan terhadap syarikat digugurkan.
“Lesung tu pula boleh disimpan di rumah,” katanya.
Wakil pihak penentang iaitu Lim dan syarikat terbabit tidak hadir pada perbicaraan.
* Sebiji



{ 7 comments… read them below or add one }
Alangkan beli secara offline boleh ditipu,inikan lagi beli online yang kita sendiri tidak nampak bagaimana keadaan barang yang dipesan.Adakah elok atau tidak.Saya tak berani ambil risiko membeli barangan mahal melalui internet.Kalau setakat baju tu berani la..
Jom baca artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme …. Fakta Tentang Israel
benda boleh beli off line, nak beli online buat apa.. lagi satu kenapa ye tak didedahkan je semua maklumat si pesalah tu.. kan senang buat orang lain berjaga-jaga. Bila paper buat macam ni.. nampak macam mereka telah fabricate news ni
Jom baca artikel terbaru sabree hussin …. Petanda Kecil Kiamat Kelima : Terjadinya Kematian Besar-besaran Berpunca Dari Wabak Penyakit
itulah pasal, kalau belum terbukti salah, saya rasa memang patut news buat camtu, tapi masalahnya pihak Tribunal dah dengar dan beri arahan untuk memulangkan duit si mangsa… saya risau, mungkin ada lagi yang terkena selepas ini.
alhmdllh stakat ni sy beli henpon berkali2 belum ditipu lg lah .. sbb dah cek sblum mmbeli kan … lagipun sy bukannye beli smartphone ke ape ke … henpon biase2 je yg mmpu ..
saya pun macam tu juga, sebelum membeli dalam talian, saya akan pastikan web, perniagaan dan orang yang menawarkan barangan tersebut betul-betul wujud. Lagi pun saya hanya membeli barangan murah seperti baju dan kain.
Saya sarankan membuat pembelian melalui Paypal.com, Setakat ini memang di jamin selamat 100%.
itulah, nak murah sangat. Kalau benda macam handset ni..COD aje..