peringatan terakhir untuk para pemenang insentif tunai, sila emailkan no. akaun korang

Kalau tak silap kalendar masihi yang tergantung di tepi tingkap saya, dua hari lagi seluruh umat Islam di negara kita akan menyambut hari kemenangan selepas sebulan penuh berpuasa.

Dan seperti biasa, Suasana pun dah semakin best sekitar rumah saya. Bunyi orang main meriam buluh, bau asap bunga api dan lagu raya saban hari berkumandang dalam kawasan kejiranan saya ni.

Cuma apa yang tak best, bila hampir kesemua peserta top link referral yang mengikuti insentif tunai Mama Murai, masih belum menghantar no. akaun masing-masing ke dalam kekotak email saya.

Dapat duit raya pun susah ke?

He he he…

Setakat ini (16/08/2012 2146H) hanya 3 orang sahaja yang telah memberi nombor akaun kepada saya dan sedang dalam proses pembayaran.

Orang pertama yang berbuat demikian off course lah brother Titan kita yang baru sahaja menyambut harijadinya yang ke 19 baru-baru ni. Beliau adalah orang pertama yang menerima insentif tunai daripada saya pagi tadi.

top link referral

duit dah masuk pun dalam akaun, lepas ni bolehah beraya sakan kan encik Titan... He he he

Seterusnya saudara Pejuang Kesenian Extreme dan saudara Huzairi.

Kepada pemenang insentif yang lain, pesan saya jangan tunggu lama-lama… silalah berbuat demikian sebelum pintu buatmu ditutup. Sebab kalau korang nak tahu, selepas raya nanti, den tak akan layan lagi sebarang surat-menyurat.

Apa dia…?

Saya tidak akan melayan sebarang surat menyurat. Clean and jerk giteww.

Tak tahu siapa pemenangnya? Jangan takut, korang boleh merujuk pada entry saya yang bertajuk top link referral bulan februari dan top link referral bulan mac untuk senarai penuh pemenang insentif tersebut.

Oh ye… kepada mereka yang akan atau sedang dalam perjalanan balik ke kampung, satu pesan saya berhati-hati ketika memandu/menunggang/membonceng kenderaan di jalanraya. Tak kisahlah orang kata kita slow macam kura-kura or lambat sampai ke kampung halaman, yang penting kita selamat.

Ye dak.

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

6 pendapat yang cukup istimewa… add one

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

CommentLuv badge

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: