Aku lihat perempuan bangsaku semakin tersadai layu disinari kelamnya mentari,
demi kerana nama, royalti dan ingin dikenali,
diri sanggup menjadi abdi,
sehinggakan isu tetek dan pundek juga seperti menjadi satu bahan jenaka bagi empunya diri,
inikah namanya segedung ilmu yang ingin dikongsi?
inikah ertinya sebuah kepuasan yang kononnya dicari?
menghalalkan yang batil walau sebenarnya sedang bersekongkol dengan kejahilan sendiri,
mengadu domba, mencela sesama insan dan membuka sehelai demi sehelai kain yang membaluti,
walau berpakaian sudah aku rasakan seperti bertelanjang kini,
di manakah hilangnya sifat duri semalu yang telah sebati dengan perempuan melayu asli?
Biarkanlah…
mereka ini adalah pendukung sekularisme,
mereka berdiri di atas tiang-tiang kemodenan yang dibawa oleh illuminati,
walau dengan sindiran mereka akan tetap gagah berdiri,
menelusuri telunjuk yang pernah menumpahkan darah nenek moyang sendiri,
boleh juga jadi inilah pengertian pemikiran terbuka bagi wanita masa kini.
Sudah….
Srikandi melayuku usah kau hanyut lagi,
jangan dedahkan keaiban diri untuk dikenali,
usah kau takbur dengan harta yang dipinjamkan Ilahi,
telah lupakah kau bahawa kecantikan itu akan hilang dimakan usia nanti,
badan dan wajah yang kau banggakan itu akan mereput di alam kubur itu yang pasti,
telah terjadi mereka yang lahir terdahulu daripada kami,
Mungkin bukan saat ini tapi percayalah ianya akan berlaku esok hari.

Zaman sekarang mmg betul2 susah nak dapat perempuan melayu sejati…
Cheers,
artikel terbaru Rosley…Let’s Talk About Gwiyomi
kurang didikan maka terjadilah mcmni
perempuan melayu semakin hari semakin pupus..
orang tue tue kite dulu pnah cakap.pempuan tu adelah ibu,tp skarang memang ibu tapi dah hampe same dengan H ibu R.tak patot………….
assalamualaikum…….saye datang beserta dukungan untuk mama yang tlah bisa buat paling tidak terfikir oleh pempuan pempuan kite.so saye snang
syair yang berilmiah..pandai tuan blog karang..
p/s betul ke ni syair ..ke sajak..saya main agak je..hehe
artikel terbaru oldtrafford…Norshahrul mahu gegar gawang Arsenal dan Liverpool
Selamat siang Mama Murai,
Eyangkung berkunjung hanya ingin menyapa. Apa kabar? Sehat2 saja bukan? Semoga Mama Murai dengan kieluarga selalu sehat dan berbahagia.
Ni dah kira budaya barat dan juga kurang didikan agama, ramai perempuan melayu sudah jauh terpesong dan hanyut dibuai oleh mimpi ngeri untuk diri sendiri.
terpengaruh budaya barat la tu.
benda dah melulur dah dikalangan
orang kita.sungguh memalukan
jika kita membendung terus.
ermm.. pelik tengok kaum wanita zaman sekarang.. suka mendedahkan benda2 yang x patt didedahkan..
Entry Terbaru: Basic Tips on Personal Finance
Salam. Aurat tidak lagi diambil berat bagi wanita2 melayu masa kini.
Aurat didedahkan sana-sini untuk menjadi tontonan ramai.
Tidak ada rasa malu lagi dalam diri mereka .
Semoga Allah memberikan petunjuk dan mengampunkan
dosa2 hambanya..
Selamat sore Mama Murai,
Kembali eyang berkunjung untuk menyapa. Mudah2an Mama selalu sehat2 saja. Cukup lama tidak update blog dan BW keteman2. Mudah2an karena kesibukan tugas2 di dunia nyata saja. Memang kegiatan di dunia nyata lebih penting dibanding kegiatan dunia maya. Saya sudah rindu tuilisan Mama yang memuat tentang krikitan membangun dalam kegiatan berblogging-ria. Tentu kritikan membangun yang disampaikan secara simpatik dan santun akan bermanfaat bagi kita semua. Kalau tidak mau disebut kritik membangun bisa diganti istilah saran perbaikan
Semboyan/icon seikat cabai merah dan beberapa batang kayu manis itu adalah sesuatu yang bermakna. Salam hormat dan sayang untuk Mama dan seluruh keluarga.