Gaya dan cara penulisan sebenarnya tidak boleh ditiru. Ia merupakan seni penulisan yang boleh dipelajari oleh semua. Justeru oleh sesiapa sahaja.
Pesan saya jangan menimbulkan isu murahan “siapa tiru gaya penulisan siapa” dalam blog masing-masing, kerana itu hanya akan menampakkan kedangkalan sendiri. Diksi itu bukan berpunya, jauh sekali untuk dipatenkan. Satu yang sering kita lupa betapa ianya bersifat universal. Selagi mana kita mahu dan mahir mempraktikkannya.
Jangan kabur dengan bahasa sendiri kerana taksub dengan identiti kosong.
Sekurang-kurangnya Idea dan gagasan itu jauh berbeza daripada cara penulisan bukan?
Mama Murai: Sebab itu penulis sebenar dan sasterawan tidak menimbulkan isu murahan ini. Hanya penulis blog separuh masak sahaja yang kebanyakannya suka menghakmilikkan bahasa, terutama sekali yang bajet ‘otai’.

eh ada gak isu macam ni ek? saya tak tahu la plak…huhu…aduyai, tulis kat blog je pun…diorang ni pun…
erk ada jugak yang nak buat macam ni ? ish
Siapa yg makan cili, pasti dia merasa pedasnya :boss:
sape yang buat mama murai mengamuk nih..
saya harap saya x termasuk dalam senarai bajet otai tu kan mamamurai, heheh