Mengintai menu blog golongan "OTAI": Cakap lebih daripada action!

by Mama Murai™ . on 11 March, 2010

This is the entry MM love the most. Entry yang seorang pengecut tak akan buat sebab kononnya ingin berbaik dengan insan bernama “OTAI BLOGGER”. Who OTAI?? ada MM kisah?? Lepas nie apa kata you all yang bergelar dalam kurungan OTAI BLOGGER buat entry khas untuk blogger picisan macam MM pulak. Kononnya nak tunjuk yang you tue hebat sangat dan berpengaruh. Tapi jangan lupa tag sekali nama MM dan review tau!~ senang kerja MM. Pagerank pun naik. Haha~ tut you! raja ketam. Why Raja Ketam?? ask yourself sebab pengikut dan kroni you tue pun sama seperti you, tau cakap tapi action NIL. Padanlah tue guru kencing berdiri, you all yang duk puji raja you all sepanjang masa sampai batang hidungnya mengembang kencing berlari.

Cakap banyak pun tak guna, menghabiskan bandwidth celcom MM jer, apa kata kita lihat dahulu 3 perencah utama didalam menu blog seorang blogger yang mengaku dirinya OTAI. Yang pertama adalah Makian sebagai garam. Betullah kata orang tua, masakan tanpa garam seperti makan tanpa nasi. Walau sesedap mana pun lauk-pauk dihadapan, pasti selera akan terbantut sekiranya rasa lauk tersebut tawar. Maka untuk menambahkan kesedapan lauk tersebut, si OTAI akan menambah garam didalam menunya ikut sedap dia. Sedap orang dia tak pernah dan memang tak akan fikir. Sah MM 110% pretty sure.

Setiap tindakannya juga dirasakan betul. Bila orang dah berbuat salah mulalah keluarkan entry yang berlebih-lebihan garamnya. You tahu tak tahu garam boleh menyebabkan darah tinggi?? Mungkin inilah akibatnya bila diri terlalu dilimpahi dengan pujian menggunung. Segala tindakan diperbetulkan jua walau nampak sangat kekhilafannya. Hish..Hish.. tak patut.. memang tak patut. Isu plagiat pun nak diperbesarkan ke?? yang you plagiatkan hakcipta software orang tak mencuri?? Oh kalau budak yang plagiat entry KAU, you boleh claim sebagai pencuri. KAU yang share activation key kepada sekutu you tue bukan mencuri ke?? Bapak pencuri tau! sedarlah diri tue dulu sebelum mula menulis. Nampak sangat kat rumah you kekurangan cermin. Kan dah kena batang hidung sendiri. Ke you nak pertahankan diri dengan kata nawaitu you sebagai membantu orang lain?? Tepuk dada KAU sampai lebam sebelum tulis atau suruh orang lain menepuk dada. You are nothing!!. Kalau nak perbetulkan orang bukan dengan garam masala macam tue. Kan banyak ayat yang lebih sopan untuk menegur dibanding menggelar keturunan orang lain sebagai SAMPAH. You suka ke keturunan you orang lain claim sebagai SAMPAH?. Sedangkan bergurau ada hadnya, apa lagi dalam melabel orang lain.

Perencah yang kedua ialah sifat berselindung didalam tulisan sebagai kari. Iyelah bila merapu semua pasal dia baik-baik belaka. Orang lain jadi burung gagak pun takpe. sebab dia tue Raja Merak!. Siap kata “Jangan membenci antara satu sama lain. Melayu ke, India ke, Cina ke semua sama sahaja”. Yang lebih merapu bila keluarkan statement

“Aku sebagai orang melayu merasa malu dengan sesetengah orang melayu lain yang suka nengok kaum sebangsa’nya jatuh tersungkur. Ketawa riang gembira. Rasa sakit hati gila bila nengok kaum sebangsa sendiri yang maju.”

Padanlah tue, nampak sangat munafik you. Tak puas lagi ke you malukan budak tue. Gelar keturunannya sampah, pencuri dan cari rezeki tak halal. Tak cukup malu lagi ke atau sebab dia masih berdiri??. Lebih terkesan dihati bila melihat orang yang membuat salah beriya-iya merendah diri meminta maaf dengan ikhlas tapi masih dimalukan. Yang bubuh komen pula satu kepala dengan OTAI-nya. Tak kiralah lelaki ke perempuan. Biasalah tue cakap OTAI kena ikut, kalau dia kata A, maka A lah jawabnya. Jangan perbetulkan Raja Ketam berjalan, nanti kena tulah. Tak gitu ketam-ketam sekalian??.

Yang terakhir ialah menghina orang sebagai perisa tambahan. Makan dengan garam tak cukup beb~. Kena ada perisa tambahan seperti Ajinomoto ke Aji-no-moto ke atau apa-apa jer lah perisa tambahan yang ada kat Malaysia nie. Semua dia nak sapu. Bila dia tak puas hati dengan orang tue, mulalah keluarkan aib orang. Dia dan kuncu-kuncu dia jer yang sempurna. Dia seorang pandai. Yang sakitkan hati dia cop kat kepala budak tue dengan watikah Loser diraja-nya. Ada MM kisah??. MM dulu pun dapat straight A dan belajar luar negeri. Tapi tak ringan tangan macam you gelar orang bodoh. Sebabnya MM sedar diri dan tahu ilmu sampai mati pun tak akan habis dipelajari. Ke you dah cukup perfect. Who knows. Mungkin penulisan you A tapi jangan lupa, sikap you sangat buruk dimata blogger yang tahu menilai dan senja seperi MM. Tolong jangan dedahkan aib orang lain. Kerana semakin banyak aib orang lain KAU dedahkan, maka semakin banyaklah aib you MM lihat. Macam meludah diatas langit.

Hasil campuran ke3 tiga perencah tersebut maka terhasillah satu menu panas yang digemari oleh orang ramai. Nak MM bagi nama kat menu tue ke??

Regard

Artikel menarik yang masih segar:

4 comments… read them below or add one

Anonymous March 12, 2010 at 11:11 PM

tak faham dengan blogger yang ko ulas kat atas… perangai memang cambest!!..
syok sendiri….

Reply

PEJUANG KESENIAN EXTREME March 12, 2010 at 5:34 PM

Macam tahu je sape yang dimaksudkan..hih

Reply

.khai. March 11, 2010 at 3:57 PM

saya sokong awk.
setiap org penah melakukan kesilapan.

Reply

Liyanaa. March 11, 2010 at 3:55 PM

hee nice. suka entry ni serius terasa T______________T

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: