Assalamualaikum dan salam blogger semua,
seperti Jumaat lepas, hari ini saya akan berkongsi sebuah lagi artikel yang menjurus kepada keagamaan sebagai renungan kita bersama yang saya ambil terus daripada Majalah Nur edisi Jun 2007.
Semoga perkongsian cerita ini memberi pencerahan kepada semua dan peringatan kepada diri masing-masing bahawa betapa kematian itu sebenarnya sentiasa dekat dengan kita. Insya Allah.
Baca sehingga habis tau
jangan skip-skip.
Diceritakan bahawa Nabi Yaakub Alaihis Salam bersahabat dengan Malaikat Maut. Pada suatu hari Nabi Yaakub dikunjungi oleh Malaikat Maut. Beliau lantas bertanyakan kepada Malaikat Maut.
“Adakah engkau datang untuk menziarahi atau mencabut nyawaku?”
Lantas Malaikat Maut membalas pertanyaan tersebut,
“Untuk berziarah saja.”
Kata Yaakub, “Aku ada satu permintaan. Apabila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah kau beritahu aku terlebih dahulu.”
Maka jawab Malaikat Maut, “Baiklah, aku akan utus dua atau tiga utusan sebelum itu.”
Ketika ajal Nabi Yaakub semakin hampir, Malaikat Maut datang padanya. Lalu dia ditegur Yaakub,
“Adakah engkau datang untuk berziarah atau mencabut nyawaku?”
“Aku datang untuk mencabut nyawamu!” balas Malaikat Maut.
Yaakub kehairanan lantas bertanya semula,
“Bukankah engkau sudah berjanji akan menghantar dua atau tiga utusan kematian terlebih dahulu sebelum mencabut nyawaku?”
Malaikat Maut menjawab,
“Benar dan aku telah melakukannya. Rambut hitam berubah putih, tubuh kuat berubah lemah, itu adalah utusanku kepada manusia sebelum mereka mati, wahai Yaakub.”
Saya berharap sangat disaat nyawa saya dicabut dari badan ini,saya mempunyai amalan yang cukup semasa hayat untuk dijadikan bekalan diakhirat kelak.
artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme…Video Lawak Ke Der ?
saya baca dua kali baru faham betul2 , ingatkan ada utusan yang dtg tp menyamar .. hehe ..rupanya rambut berubah warna dan tubuh yang lemah itu adalah tanda kematian , tp zaman sekarang mcm2 cara boleh mati :twisted:
artikel terbaru puanbee…Top Ten Commentators Feb2012
MM saya baca tanpa skip ni…eheheh..entri yg bagus utk di kongsi..terus sy teringat mereka-mereka yg punya rambut hitam tp di kalerkan dgn macam2 kaler…teringat jugak..mereka yg sudah berusia..rambut juga putih dikalerkan dgn hitam…..seakan-akan mereka masih……..(tak mo habiskan ayat ni la MM)
artikel terbaru eryati…Futsal dan Saya
Alhamdulillah, ternyata rambut saya masih hitam, tubuh masih kuat. Begitupun tetap mengingat sang Kuasa agar dilimpahkan Rahmat sebesar-besarnya. Kematian sudah digariskan, manusia hanya berusaha menjaga agar hidup menjadi lebih lama

artikel terbaru Kaget…Seberapa Penting Membaca Komentar Bagimu?
Bebaru ni sahabat tempat kerja meninggal kerana eksiden…al fatihah buat belaiu dan keluarga…
artikel terbaru yas…KEMALANGAN MAUT STAFF PROTON – ALFATIHAH
Alfatihah untuk sahabat yas yang meninggal dunia kerana kemalangan itu..
Sesungguhnya nyawa kita ini allah boleh tarik pada bila-bila masa sahaja.Cuma kena bersedia sahaja dengan bekalan untuk hari akhirat. Bimbang juga tidak mencukupi..
artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme…Fakta Tentang Israel
Alhamdulillah,terima kasih kerana berkongsi.
artikel terbaru budakserius…Anak Kura-Kura Dua Kepala
semoga semua amalan kebaikan kita umat islam seluruh alam termasuk golongan Jin diterima Allah
artikel terbaru segalabenda…Senangnya jadi budak..
nak kena cek kat kepala kiter lak after this..mna taw dah ada rambut putih…bdan ni memang slalu je penat taw
artikel terbaru misskonspirasi…Kucingku Patah Tangan
dah baca dari mula sampai habis tanpa ada skip :neutral:
itu rupanya dua tanda kematian makin hampir
artikel terbaru sabree hussin…Bisnes Kedai Runcit Pembuka Pintu Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka
emm..amesti ramai yang tak tahu utusan ni kan..
artikel terbaru titan…Lelaki kacak percaya pada diri sendiri
Assalam..
Moga amalan kita cukup sebelum dijemput…
artikel terbaru iza…Projek 100 Blogger Bersama Bro Framestone
Twitter: mamamuraidotcom
March 9, 2012 10:15 pm
Insya Allah Iza, sama-sama kita berusaha dan berdoa semoga amalan kita cukup serta diterima oleh-NYA.