Pagi tadi semasa sedang membaca dan membelek majalah Nur edisi Jun 2007, terbaca satu artikel yang menarik mengenai masalah keputihan dan cara mengatasi masalah keputihan. Serius saya suka sangat dengan artikel tu kerana ianya menerangkan secara detail mengenai masalah yang sinonim dengan wanita ini dan langkah-langkah mengawal keputihan.
Sebab suka punya pasal dan ingin menyelam sambil minum air, maka saya akan tulis semula artikel tersebut dalam entri saya pada kali ini. Layan jer…
But first of all, i would like to remind all of you that this article is purely for information purposes only and not in my area of expertise. So, saya harap korang tak tanya soalan yang dalam-dalam pada saya selepas ini ek. Sebab saya yakin, ianya pasti tak akan berjawab.
Okey, kat bawah ni adalah langkah-langkah dan cara mengatasi keputihan untuk wanita yang totally saya copy and paste daripada majalah tu. Semuanya telah saya skip dan ubahsuai seadanya untuk rasa yang lebih santai. Baca dan buat praktikal okey. Yang lelaki pun digalakkan sama untuk membaca, sebagai maklumat tambahan. Is not it?
Langkah-langkah dan rawatan masalah keputihan.
- Jaga kebersihan diri anda. Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh alat kelamin kerana tangan sentiasa terdedah kepada kuman dan bakteria. Malah kita sendiri tidak pasti, adakah tangan itu bersih atau sebaliknya.
- Sekiranya anda ingin membersihkan vagina, lakukannya dengan mencuci dari bahagian depan ke belakang. Ini bagi mengelakkan jangkitan kuman terjadi di bahagian kemaluan sekiranya kita mengelap dari belakang ke depan kerana ia akan menarik kuman ke arah vagina.
- Ambil probiotik setiap hari. Ianya boleh didapati dalam yogurt ataupun tablet / kapsul yang dijual di farmasi-farmasi. Pengambilan bawang putih juga boleh membantu mengurangkan masalah keputihan yang kamu alami.
- Kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang telah diproses seperti mi, roti, kek dan yang sama waktu dengannya.
- Penggunaan vaginal douchel pencuci hygine boleh dilakukan untuk memastikan kebersihan vagina. Namun penggunaan yang terlalu kerap tidak disyorkan kerana ia boleh membunuh ‘bakteria baik’ yang sedia ada dalam vagina anda. Douching tidak digalakkan semasa mengandung kerana ditakuti udara boleh masuk ke dalam sistem badan anda melalui vagina. Seterusnya memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan anda.
- Pengaliran udara di bahagian sulit dapat dikekalkan dengan penggunaan pakaian dari kain kapas ataupun pakaian yang longgar.
- Jauhi tekanan (stres) yang berlebihan kerana ianya boleh mengurangkan daya imunisasi anda.
- Penghidap kencing manis perlu memastikan kadar gula dalam badan sentiasa dalam keadaan stabil.
- Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan dan disertai dengan sakit perut. Kemungkinan berlakunya Pelvic Inflammatory Disease (PID)

21 comments… read them below or add one
« 1 2
Assalamualaikum……saya ada satu soalan…sah kah solat kita untuk masalah keputihan…itu sahaja… sekian terima kasih kerana sudi menjawab pertanyaan saya…
Pyh jugak jdik pmpuan.hehe
Apa kata korang baca juga artikel terbaru budakserius…Video Penuh Iklan Luna Maya Yang Diharamkan
bukan mudah mnjadi pmpn…huhu
Apa kata korang baca juga artikel terbaru the sun daily…Reflection Writing 1 | Example Reflection Essasy For PPISMP Student
Susah jugakan jadi perempuan…ummm
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme…Multi Level Marketing (MLM) | Program Orang Tipu Orang
perkongsian yang sgt baik MM… wahai wanita2 sila la jaga kebersihan diri anda…wahahahha…penting tu kan mm..karang sengsara kau kena penyakit ni klu sudah teruk
Apa kata korang baca juga artikel terbaru eryati…Jenazah
tau takpe eryati… daripada terkena baik kita mengambil langkah pencegahan.
« 1 2
1 trackback