Mengatasi bibir kering

by Mama Murai™ . on 17 September, 2012

Salam all, jangan hairan kalau kebanyakan daripada artikel saya la ni lebih banyak berkisar kepada kehidupan dan petua bagai. Seriously saya dah tukar niche blog ni kepada sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada pembaca. So i decide to stop writing any entertainment issue. No more junk foods story!

No junk story punya pasal, hari ni saya akan berkongsi dengan kalian cara mengatasi bibir kering dan pecah.

Tips mengatasi bibir kering ni simple jer dan confirm tidak memeningkan kepala korang. Paling penting ianya tidak menggunakan bahan kimia segala.

Keberkesanannya?

Trust me, cara mengatasi bibir kering ini memang cool sesangat kerana ianya sudah dipraktikkan oleh adik saya yang mengalami masalah bibir kering dan pecah-pecah.

Okey check it out.

cara mengatasi bibir kering dan pecah-pecah

1. Minum air putih secukupnya.
Tahukah korang, salah satu petanda yang menunjukkan seseorang tengah terdehidrasi adalah bibir yang kering dan merekah. So nasihat saya, minumlah air yang secukupnya iaitu 8 gelas sehari untuk mengelakkan masalah bibir kering. Especially ketika korang melakukan aktiviti lasak yang menuntut pengeluaran peluh berlebihan.

2. Jangan terlalu kerap membasahkan bibir dengan air ludah.
Salah satu faktor yang membuatkan bibir kering dan pecah-pecah adalah disebabkan oleh kebiasaan menjilat bibir dan membasahinya dengan saliva (air ludah). Saya akui perbuatan tersebut akan mengurangkan rasa pedih pada bibir yang kering, tapi actually ianya cuma bersifat sementara! Malah kebiasaan ini akan hanya memburukkan keadaan. Alasannya mudah, air ludah sebenarnya mengandungi enzim pencernaan yang membuatkan bibir menjadi semakin kering. So fikir-fikirkanlah, korang nak kelegaan sementara ke atau menambahkan masalah sedia ada.

3. Gunakan pelembab bibir.
I know there is plenty of lip salve outside there macam lip ice ke atau balm bibir yang boleh mengatasi bibir kering. Tapi bukan benda alah tu yang saya nak mention kat sini, sebaliknya penggunaan bahan alami seperti madu, minyak kelapa, merjerin dan minyak zaitun.

Caranya:

  1. Mula-mula sapu bibir korang dengan madu/minyak kelapa/marjerin.
  2. Selepas itu urut dengan lembut kawasan berkenaan selama 20-25 minit.
  3. Akhir sekali basuh bibir dengan menggunakan air suam (terpulang sebenarnya, kalau korang malas nak basuh pun takpe. Cuma saya risau mulut korang akan dihurung semut semasa sedang tidur nanti). Amalkan setiap hari sebelum masuk tidur. Insya Allah korang akan merasa perubahannya dalam 3 minggu.

Korang juga boleh menggunakan minyak zaitun sebagai pengganti pelembab bibir.

4. Hindari sinaran matahari, sejuk yang ekstrem dan persekitaran yang tercemar secara berlebihan.
Sinar matahari bukan sahaja menyebabkan kulit korang bertambah gelap, malah ianya juga salah satu penyebab utama bibir menjadi kering dan rosak. Oleh itu, elakkan daripada terdedah terlalu lama pada pancaran matahari. Sekiranya perlu, guna pelembab bibir dengan pelindung UV.

5. Manjakan bibir dengan skrub alami.
Selain kulit wajah dan kulit tubuh, bibir juga sebenarnya boleh dimanjakan dengan belaian skrub bertujuan membuang sel kulit mati yang terkumpul di permukaan bibir.

Caranya:

  • Campurkan 1 /4 senduk teh gula pasir dengan setengah senduk teh minyak zaitun.
  • Adun campuran tersebut sehingga sebati, kemudian gosok perlahan pada bibir sehingga kulit mati pada bibir tertanggal (jangan risau, ianya tidak akan menimbulkan rasa pedih).
  • Ulangi proses menggosok sehingga kulit terasa lembut.
  • Selepas itu basuh bibir dengan air suam untuk membersihkan gula dan serpihan sel kulit mati yang tertanggal. Keringkan dengan tisu. Dan letakkan pelembab bibir secukup rasa. Lakukan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya nanti.

6. Mineral untuk bibir.
Siapa kata bibir tidak memerlukan nutrien? Hah… kalau korang nak tahu, bibir juga memerlukan khasiat daripada buah-buahan dan sayuran tau. So perbanyakkanlah sayur dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin A, C, B, E seperti jambu batu, mangga, epal, tomato, sayur kobis, timun dan lain-lain lagi dalam menu diet korang.

7. Gunakan kosmetik yang bersesuaian.
Gunakan gincu bibir yang mengandungi pelembab dan bahan antioksida seperti Vitamin A, C dan E. Korang juga digalakkan untuk menyapu Vaseline atau balm bibir sebelum bergincu untuk memelihara kelembutan dan kelembapan bibir. Sila hentikan penggunaan produk kecantikan sekiranya bibir korang menunjukkan tindakbalas terhadap produk seperti terasa gatal, panas dan kering.

Fuhhh… panjang lebar saya taipkan. Saya harap korang berpuas hati dengan hasilnya nanti. Oh ya, untuk kecantikan yang menyeluruh, apa kata korang baca sekali petua memutihkan ketiak ini.

Artikel menarik yang masih segar:

15 comments… read them below or add one

1 2

Iman November 23, 2012 at 12:48 AM

Really appreciate kpd tuan punya blog krn post petua yg senang lg bermanfaat nie..sy mmg perlukan ia..thanks a lot..=)

Reply

Mama Murai™ . December 1, 2012 at 10:20 AM

Terima kasih kembali kerana sudi berkunjung ke blog yang seadanya ni. Semoga petua ini memberikan manfaat kepada semua.

Reply

Hafizul September 28, 2012 at 1:16 AM

kebiasaannya sy akan minum air masak jer bial ada tanda-tanda bibir nak kering..senang..hehe
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Hafizul…Perumpamaan Part 7My Profile

Reply

1 2

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: