menanti bantuan persekolahan RM100 disalurkan

by Mama Murai™ . on 11 November, 2011 · 14 comments

wang kertas rm100

bantuan persekolahan RM100

Pagi tadi anak saya tanya, duit rm100 dia sudah masuk ke dalam akaun BSN dia ke belum. Aik, “takde ribut, takde kerja, paling teruk takde akaun BSN, lagi mau tanya pasal duitkah” bisik hati saya.

“RM100? Abang dapat dari mana duit banyak tue?”
“tadi abang baca newspaper abah, dia cakap wang bantuan persekolahan Rm100 dah boleh diagihkan kepada pelajar tahun satu”

Oh, patutlah beria-ia tanya mak dia, rupanya dia sudah terbaca laporan akhbar Berita Harian mengenai bantuan persekolahan RM100.

Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.

Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula menerimanya pada Januari.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM550 juta itu kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan bank kemudian menyerahkannya kepada pihak sekolah sebelum diagihkan.

Baguslah kalau macam itu, sekurang-kurangnya dapat jugalah saya mengurangkan sedikit perbelanjaan persekolahan anak saya tahun hadapan.

Tapi kalau difikirkan balik, berapa sangatlah RM100 kan? Cuma mampu untuk membeli sepasang kasut dan baju sekolah. Masih jauh daripada tahap untuk melegakan ‘poket’ suami saya yang pasti kosong setiap awal tahun.

Alahai…

Bukan tidak mahu bersyukur dengan apa yang ada, jauh sekali untuk menyalahkan sesiapa dalam hal ini, tapi itulah hakikat sebenar yang terpaksa kita tempuhi dewasa ini akibat kenaikan kos sara hidup yang semakin tidak terkawal.

Pembangkang berani jamin ke kos sara hidup akan turun sekiranya memerintah?

Artikel menarik yang masih segar:

{ 14 comments… read them below or add one }

misskonspirasi March 13, 2012 at 6:40 AM

aritu smua sanak saudara saya pon menanti mama..satu kampung menanti bantuan yg alakadar itu.knapa alakadar? sbb 100 just boleh beli beberapa buku jea kot..belom cukop tuk kelengkapan seklah rasanya
Jom baca artikel terbaru misskonspirasi …. Follow Lyssa Secret Punya Blog!My Profile

Reply

ohcikgu November 15, 2011 at 4:39 PM

sekolah saya mungkin bagi hari jumaat ni dan yang tak dapat..bagi masa diorang masuk sekolah nanti..

bagi sya..bagi masa masuk sekolah. lagi senang..bagi sekarang..habis dibelanja budak-budak tu..

Reply

Mama Murai™ . November 15, 2011 at 4:47 PM

Hehe~ habis dibelanja oleh budak ke mak budak? :) Tentu cikgu-cikgu kat sekolah cikgu sekarang nie tak menang tangankan?

Reply

Chan November 12, 2011 at 11:10 PM

Kalau mau ribu-ribu jangan duduk tunggu duit jatuh dari langit. Orang Melayu selalu mau pakai tongkat aje. Sekali sekala buang la itu tongkat. Cuba jalan tarak pakai tongkat punya.

Reply

Tamingsari November 13, 2011 at 3:07 AM

sikit2 org melayu, asl yg buruk je ko kaitkan dgn melayu… weii apek ni bkn isu ko melayu ke x, tp skp indvidu… jgn stp kli ada agenda mcm ni, lu kaitkan dgn bangsa… bangang btllah lu ni.. pk sendirilah weii!!

Reply

Mama Murai™ . November 13, 2011 at 10:08 AM

Terima kasih di atas komen yang membina itu Chan… rilekslah Tamingsari, jangan gaduh-gaduh, biarkan dia memberikan pendapat. Inikan sebuah negara demokrasi. :)

Reply

Denaihati November 12, 2011 at 11:02 PM

betuk RM100 xbanyak. buat tambah2 persediaan persekolahan.

Reply

Miss Yati November 12, 2011 at 12:01 AM

Alahai comel je anak mama tu. Budak-budak macam tu lah, kalau tahu mesti kena terus tanya tak boleh tunggu-tunggu dah.
Jom baca artikel terbaru Miss Yati …. Akan merinduiMy Profile

Reply

Mama Murai™ . November 12, 2011 at 10:45 AM

Hehe, mungkin dia takut saya akan gunakan duit dia kot… sebab saya selalu pesan kat dia, simpan duit tabungan untuk perbelanjaan persekolahan bila besar nanti.

Reply

apaajanews November 11, 2011 at 11:43 PM

terima kasih diatas info duit bantuan ni…..dah masuk dalam senarai list lawatan blog…jadi lain kali tak lupa nak singgah lagi
Jom baca artikel terbaru apaajanews …. wakenaTAGMy Profile

Reply

Mama Murai™ . November 12, 2011 at 10:43 AM

Oh, terima kasih di atas kesudian meletakkan blog saya yang tidak seadaanya dalam list tersebut. Saya sangat menghargainya.

Reply

shah blogger November 11, 2011 at 6:28 PM

Salam saudari :) .. wah cantik blog ini. Thesis (impian sgt tu)… anyway thanks ye. nanti saya pasang link awak.. Cuma saya bagi tahu awal2. mungkin trafik referral dari exchangelink kita ni tidak dapat di janjikan, sebab pada rss sidebar tu dah banyak . Cuma untuk SEO sudah pasti beri pengaruh. Harap saudari okay ye jika tidak dapat refferal :) .. Sbb baru2 ni saya buat audit, ramai juga ajak tukar link tetiba padam senyap2 :( . apa pun perkara kecil je,mgkn mereka salah faham dgn maksud backlink.. kejap lg saya pasang ye.

Thanks (terpikat dgn themes ni)..
Jom baca artikel terbaru shah blogger …. Backlink ToolMy Profile

Reply

Mama Murai™ . November 11, 2011 at 7:05 PM

Waalaikumsalam shah,
terima kasih banyak-banyak, saya sangat menghargainya. Pasal padam senyap-senyap tu, jangan risau, sebab saya nie jenis yang tidak mudah cemburu pada pencapaian orang lain. Hehe~ dan kalau nak tahu juga, salah satu penyebab PR saya turun kepada PR1 adalah disebabkan oleh saya masih menyimpan linkback dan link yang dah broken/tidak aktif.

Reply

shah blogger November 14, 2011 at 2:07 AM

Owh broken mmg x bagus… Kena check la ada masa2 nya. Anyway kita mcm ada problerm RSS ni :( . Saya x da[at update terbaru awak. awak pun x dapt update terbaru sy :( . Anyway mamamurai komen kat exchangelink tu saya dah balas. Mmg x dapat sebab itu la alamat FEED MM. kalo ada feed lain saya sedia ubah dan try bila2 masa untuk MM ye :)

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: