Memutihkan ketiak

by Mama Murai™ . on 7 September, 2012

Salam all, pepagi Jumaat ni molek benar rasanya kita penuhi aktiviti blogwalking dengan bahan bacaan yang berfaedah. Ye dak. Kalau tak bab agama pun, apa kata pasal tips dan petua segala. Tudia, sikit punya cantik intro kan… sabaq dowh, Mama Murai memang sengal seminggu dua ni.

Okey… hari ni, saya akan berkongsi petua memutihkan ketiak dengan korang semua. Jangan gelak, saya tahu ramai ‘mereka-mereka’ yang di luar sana tu yang mengalami masalah ini kecuali termasuklah saya.

And off course saya juga tahu, pertanyaan pertama yang sering bermain di kepala saat berdepan dengan masalah ketiak hitam ialah “kenapa agaknya ketiak saya menjadi hitam”. Am i rite ladies and gentlemen? :)

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketiak kita berubah menjadi hitam, antaranya ialah disebabkan genetik, perubahan hormon, umur, bercukur berlebihan, menggunakan deodoran berkualiti rendah, dan juga faktor kehamilan. Malah ketiak juga boleh menjadi hitam jika peluh yang keluar di ketiak tidak kering sepenuhnya dalam lipatan kulit ketiak, seterusnya mewujudkan asid urik yang merupakan salah satu punca utama kulit gelap.

Tak mahu cakap banyak, apa kata kita layan petua dan tips memutihkan ketiak di bawah sampai lebam.

1. Hentikan penggunaan krim/ubat/agen penanggal bulu ketiak. Apa yang kita tidak tahu, barangan ini kebanyakannya mempunyai peratusan asid dan campuran bahan-bahan kimia yang amat kuat untuk menanggalkan bulu, tapi dalam masa yang sama membuat kulit ketiak korang bertambah gelap.

2. Jangan mencukur ketiak secara berlebihan. Ya, bercukur bukan sahaja menyebabkan folikel rambut menjadi semakin besar, bahkan terlalu banyak bercukur juga akan membuat ketiak korang menjadi semakin gelap dan menggerutu. Ini kerana semasa bercukur, lapisan kulit yang paling atas juga akan turut tertanggal bersama dengan bulu ketiak. So bila lapisan baru yang menggantikan lapisan yang tertanggal itu terdedah kepada peluh, ketiak korang tu akan dengan mudahnya menghitamkan diri.

Rileks…

Saya tahu bulu ketiak memang agak taboo bagi seorang perempuan. But if you really tired and having trouble with your hair, tak kiralah apa jua alasannya, why not try waxing your underarms or laser hair removal instead of shaving?

3. Pakai pakaian yang longgar. For your information, pakaian yang ketat akan menyebabkan geseran pada kulit ketiak seterusnya menyebabkan ketiak menjadi semakin gelap.

4. Basuh ketiak korang secara berkala. Okey seriously saya tahu, bukan semua orang rajin bila menyentuh bab kecantikan, but jangan jadikan kesibukan sebagai salah satu alasan untuk korang tak membasuh ketiak dengan kerap. Kerana untuk pengetahuan, badan manusia sebenarnya agen pengumpul minyak dan kotoran yang paling efektif. Sekiranya ketiak korang terdedah terlalu lama dengan kotoran-kotoran ini, ianya hanya akan membuatkan ketiak korang bertambah hitam. Kalau boleh basuhlah ketiak selalu dengan sabun dan bilas dengan air suam.

5. Apa kata korang cuba petua tradisional memutihkan ketiak hitam di bawah? Memula campurkan satu sudu jus limau (digalakkan menggunakan lemon kerana kaya dengan vitamin c), serbuk susu (optional, kalau tak nak bubuh pun boleh), dan satu sudu madu ke dalam bekas, lepas tu kacau sehingga sebati dan letakkannya pada kulit ketiak yang hitam (diletakkan selepas mandi). Biarkan selama 15-30 minit giteww, and then bilas dengan menggunakan air suam sehingga bersih. Ulangi setiap hari dan lihat kesannya selepas beberapa minggu, kulit ketiak anda akan menjadi lebih putih.

6. Takde lemon? Gantikannya dengan kapur sireh dan sebiji limau nipis. Memula campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati. Lepas tu sapukan campuran tadi pada ketiak yang hitam dan biarkannya dalam 15-30 minit, then bersihkannya dengan menggunakan air suam sehingga bersih. Tada… kulit nyata lebih putih dan kurang berbau.

7. Siapa kata dapur korang hanya sekadar tempat memasak? Ekceli korang boleh memanipulasikannya untuk kecantikan. Begini, memula ambil cuka putih dan baking soda dalam kabinet dapur. Then kacau kedua-dua ramuan tu sehingga sebati. And finally letak pada ketiak korang 2 kali sehari.

8. Selain itu, korang juga boleh menyapu jus calamansi, hirisan kasturi atau lemon pada ketiak korang selepas mandi sebagai alternatif lain memutihkan ketiak yang hitam. Tapi sebelum tu saya nak peringatkan supaya gunakan jus yang asli tau! Kalau just perisa atau minuman berkarbonat, baik takyah bubuh.

Siyes, tak lama lagi saya nak ubah blog ni jadi blog kedoktoran ala kampung pulak. He he he, dah berserabut benar saya tengok dengan segala petua bagai.

Artikel menarik yang masih segar:

20 comments… read them below or add one

1 2

Oneblogsocial April 18, 2013 at 3:29 PM

Perempuan memang perhatikan bab ini,
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Oneblogsocial…Cara Mudah Membuat Akaun PaypalMy Profile

Reply

Mekar September 20, 2012 at 1:06 AM

Petua No 6 pernah cuba. Ketiak boleh jadi wangi :haha:
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Mekar…Ayuh Kitar Semula Barang TerbuangMy Profile

Reply

Ibu Mifzal Arsyad September 9, 2012 at 9:17 AM

pakai deodorant pun leh hitamkan ketiak..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Ibu Mifzal Arsyad…Nebulizer LagiMy Profile

Reply

Mama Murai™ . September 9, 2012 at 12:51 PM

betul tu IMA, apa lagi kalau time berpeluh, confirm kulit ketiak bertambah hitam…

Reply

mazan September 8, 2012 at 10:19 AM

petua oh petua…selamat mencuba…

Reply

1 2

Leave a Comment

CommentLuv badge

1 trackback

Previous post:

Next post: