Pantang ada gejala sosial yang melibatkan Melayu, semuanya akan dikaitkan dengan ungkapan ‘Melayu mudah lupa’ yang dipopularkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Persoalan yang sering timbul di kepala saya ialah kenapa mudah sangat kita menerimanya secara bulat-bulat? Tidak adakah inisiatif untuk memandangnya dari satu sudut atau perspektif yang lain?
Saya rasa niat sebenar Tun mencipta puisi tersebut bukan melabel bangsa melayu sebagai pelupa atau lupa kepada kepada asal-usul bangsanya sendiri, tetapi sebagai satu motivasi dan mencabar golongan melayu supaya membuktikan bahawa kita bukan tergolong di antaranya. Saya pernah terbaca di dalam salah satu buku motivasi terkenal (saya minta maaf kerana terlupa buku yang mana), penulisnya telah menggariskan bahawa teknik menggambarkan hal yang negatif merupakan salah satu teknik motivasi yang cukup berkesan untuk mencabar seseorang berubah. Sesuatu yang mungkin dipraktikkan oleh insan berpandangan jauh seperti Tun.
Mungkin juga Tun terlupa atau sengaja melupakan fakta mengenai semua manusia itu sifatnya pelupa. Bukan hanya melibatkan kaum Melayu sahaja. Manusia, yakni insan itu sememangnya mempunyai fitrah pelupa.
Saya tertanya berapa ramai daripada kita yang sedar bahawa bangsa kita sebenarnya bukanlah hina, atau berapa ramai daripada kita yang tahu bahawa bangsa melayu bukanlah sebuah bangsa yang kerdil, bukan haprak, bukan juga kelas dua. Apa lagi hidupnya terpencil! Sungguh bukan hendak mengangkat martabat bangsa melayu atau berniat mengangkat bakul bangsa sendiri tapi itulah hakikat sebenar bangsa melayu. Jangan menutup mata memekakkan telinga bila menyentuh sesuatu yang positif mengenainya. Melayu pernah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain.
Bukti terdapat di mana-mana, sudah terpahat dalam sejarah cuma kita sahaja yang culas untuk mengambil tahu. Terpencilkah Melayu bila sudah tahu mengembara jauh ke nusantara sehingga turut dikenali di negara China? Atau kerdilkah Melayu bila pedagang luar turut menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) suatu ketika dahulu?
Buku perubatan kita yang bertajuk ‘This Is The Medical Book Of Malayan Medicine‘ tulisan tangan Ismail Munsyi juga pernah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris pada tahun 1886. Apa yang cukup membanggakan, bila salah satu daripada preskripsi yang terdapat dalam buku perubatan melayu ini (no.99) turut diiktiraf dan telah digunakan sebagai ubat untuk melegakan lelah dan bronkitis di barat sekitar tahun 1915. Inikah yang dikatakan sebuah bangsa yang lupa?
Malahan bidang matematik turut pesat berkembang pada zaman dahulu seiring dengan perkembangan tamadun melayu itu sendiri yang menjadi pusat perdagangan utama di dunia. Proses perniagaan yang tentunya memerlukan kebolehan mengira yang baik bukan sahaja melambangkan budaya matematik telah menjadi amalan kita, justeru menjadi bukti jelas bahawa bangsa melayu bukanlah sebuah bangsa yang lemah dalam pengiraan.
Oleh itu mengapa jumudkan fikiran dengan hanya menjadi pak turut dan mengiyakan bila bangsa kita dikatakan sebuah bangsa yang pelupa dan bangsa yang haprak? Mengapa kita seperti orang yang menghujankan garam sendiri? Mengangguk-angguk, menggeleng kepala tanda setuju sedangkan ironinya kita bukanlah seperti apa yang digambarkan. Mengenangkannya saya teringatkan pada satu adat zaman dahulu, di mana meletakkan perumpamaan yang buruk menjadi suatu yang taboo kepada masyarakat dan dianggap sebagai suatu doa. Semua tabiat buruk tidak akan dilafaz secara terang-terangan sebaliknya diganti dengan perkataan yang manis didengar bertujuan untuk menyindir.
Dan bandingkannya dengan apa yang kita praktikkan kini. Mungkin atas dasar itulah kita semakin jauh menyimpang menuju ke jalan “Melayu mudah lupa”. Sebab kita terlalu taksub dan banyak berdoa!
Bersyukurlah kerana kita telah dikurniakan oleh Allah dengan sifat berani sedari zaman dahulu lagi. Nenek moyang kita sudah jauh mengembara, belayar dan belajar hingga ke serata dunia. Dan sifat ini kita warisi kini dengan berani mengakui semua kesalahan diri terutamanya yang berkaitan dengan isu sosial. Yang peliknya kenapa ramai daripada kita tidak merasa bangga dilahirkan sebagai Melayu? Sehinggakan ada yang berani menjual petai hampa dan mengatakannya secara terang-terangan di media.
Buat mereka yang masih buta hatinya dan merasa bangga dengan perkataan melayu mudah lupa, hentikanlah…. Hentikan melontar semua sindiran itu terhadap bangsa sendiri. Berat rasanya memikul beban menggalas amanah mendengarkannya, apa lagi telinga yang sudah semakin muak menjamunya. Ketahuilah, perjuangan melayu tidak akan pernah selesai walau sekuat mana ingatan atau sebanyak mana pun kesedaran sivik di dalam diri masing-masing. Siapalah kita untuk menjadi sesempurna itu. Ingatlah Melayuku “kau bukanlah bangsa pelupa, kau masih ingat betapa pahitnya dijajah. Kau masih sedar walau didodoikan dengan limpahan kejayaan palsu. Dan sesungguhnya kau masih jujur walau pahit menelan kenyataan dalam menongkah arus kehidupan”.

17 comments… read them below or add one
« 1 2
Dengan Tun saya amat bersetuju, ungkapan yang digunakan biasanya bukan dari mulut melayu, tetapi orang yang mengaku melayu atau tergolong dalam melayu.

Apa kata korang baca juga artikel terbaru hyprobulksms…Hyprobulksms
That’s wonderful, just keep it up.,
Ketenangan Jiwa merupakan sumber kebahagiaan hidup yang menjadi impian setiap manusia yang hidup bersosial, berbangsa dan bernegara dalam konteks dunia nyata atau riill. Tidak ada alasan untuk tidak menginginkan ketenangan jiwa, karena tanpa “Ketenangan Jiwa” seseorang akan merasa selalu gelisah, takut, dan mendeita. Oleh sebab itu mulailah dari diri sendiri untuk mewujudkan kehidupan yang memiliki jiwa yang tenang. Semoga kita dapat meraih dan memperoleh impian yang paling dasae dan sederhana ini, agar dapat membantu memecahkan segala persoalan yang ada dalam hidup ini.
Mengatasi Permasalahan Kecil Dapat Menyelesaikan Permasalahan Yang Besar.
Salam perkenalan pada kunjungan perdana kami.
Sukses selalu
Apa kata korang baca juga artikel terbaru R. Indra Kusuma Sejati…KETENANGAN JIWA
Assalaamu’alaikum adikku…
Menyoroti satu persatu bait-bait puisi “Melayu Mudah Lupa” curahan hati Tun Dr. Mahathir menggambarkan betapa pahitnya menelan segala payah untuk bangsa yang hadir kemudiannya menjadi mudah kehidupannya. Puisi itu membentuk diri orang Melayu agar berpemikiran besar dengan setiap cabaran yang melanda. Jangan rebah, jangan lemah. terus maju dan menongkah arus menuju kejayaan.
Biar apapun sindiran dan tekanan kepada bangsa Melayu, maka harus diterima dengan memikirkan hikmahnya, bukan menyelesaikan dengan tohmah. Bertindak secara rasional, menyelesai dengan cara berhemah. Soroti makna puisi itu dengan taakulan yang dalam dehingga kita fahami betapa ia penuh dengan harapan dan harapan yang tinggi buat bangsa Melayu yang pernah gah di dunia. ”
“Takkan Melayu Hilang di dunia. ”
Salam mesra selalu dari akak di Bangi, Selangor.
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Siti Fatimah Ahmad…CT13 MANA DIA MILIK KITA
Ungkapan “Melayu Mudah Lupa” saya rasa boleh jadi peringatan untuk kita, tp bukanlah untuk melemahkan sesama sendiri n rase perkara ni mcm takdir yg tak boleh diubah. Ramai je melayu yg berjaay dlm hidup ni, walaupun ade je yg lebih terkenal kt luar negara (sb berhijrah) bkan kt Malaysia.
In this case, saye rase ape yg Melayu patut buat, bukanlah jadikan ayat tu mcm tangkal yg mengagalkan kita, tp sbg panduan hidup bia tak terlalai, mase depan anak bangsa dn negara semua kt tgn generasi muda mcm kita.
Hopefully Malaysia will continue to strive for the best. IA
Melayu pernah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain. –> betul betul betul!!!
melayu yg adalah serumpun dengan indonesia mmhh..secara historis susah dipisahkan dan tentunya susah dilupakan
« 1 2
1 trackback