Lelaki kaki gosip

Gosip sememangnya telah lama sinonim dengan kaum hawa. Tanyalah kepada sesiapa sahaja atau pun sekurang-kurangnya budak kecil seawal usia 8 tahun mengenai pengertian gosip pada mereka, jawapannya pasti hampir sama, golongan celupar yang bernama wanita!. Tapi apa yang terjadi dewasa ini menunjukkan perubahan sebaliknya, budaya bergosip bukan sahaja dihidapi secara warisan oleh golongan wanita, bahkan mereka yang bergelar ‘LELAKI’.

Apakah kenyataan gosip sememangnya hak mutlak seorang wanita yang acap kali kita dengar telah berubah angin dan kini melanda golongan adam pula? Tepuk dada tanya selera, saya tidak mahu terlibat dalam kancah memperbahaskan golongan mana yang lebih layak digelar gila gosip kerana ia membuang masa. Apa yang cuba saya sampaikan disini ialah kecenderungan tidak sihat terbaru kaum adam kita mengikut perspektif saya.

Terus-terang, saya pernah dilanda oleh satu perasaan menyesal yang cukup tebal akibat keterlanjuran saya sebelum ini yang lebih mementingkan nama dan selembar kertas yang bernama ringgit dalam penulisan blog. Nilai etika kewartawanan saya tolak ke tepi bagi memberi laluan kepada artikel panas yang tentunya memalukan sesetengah pihak seperti penyebaran gambar yang mengaibkan dan penjajaan cerita peribadi mereka. Syukur Alhamdulillah ia tidak berlanjutan kerana berkat limpahan kesedaran yang telah Allah berikan kepada saya, blog gosip yang saya ada semuanya telah dihapuskan dan bakal digantikan dengan sumber ilmiah yang berfaedah untuk dikongsi bersama.

Berbalik kepada cerita gosip yang ingin saya sampaikan sebentar tadi, bergosip bukan sahaja menggalakkan penyebaran fitnah di kalangan masyarakat, bahkan juga pencetus perasan marah dan malu kepada individu yang terlibat. Pengertian gosip itu sendiri dalam konteks bahasa melayu iaitu cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain, bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, dan mengumpat telah cukup memperjelaskan kepada kita bahawa ianya bukannya sesuatu yang elok untuk perkembangan sosio budaya kita.

Apa yang menakutkan ialah, gejala ini bukan sahaja kelihatan semakin menular sama seperti gejala sosial yang lain malahan ia seperti menjadi satu trend kepada masyarakat hari ini tanpa mengira status dan jantina. Lambakan blog hiburan yang berkisar kepada gosip hidup subur seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang keseluruhannya di pelopori oleh mereka yang bernama adam! Sungguh, inikah contoh terbaik yang ditunjukkan oleh mereka-mereka yang dikatakan jauh lebih bijaksana berbanding kaum hawa yang lemah akalnya ini? Mencurahkan idea, keringat dan membuang masa dengan memaparkan serta menyebarkan cerita yang mengaibkan orang lain untuk kepentingan poket sendiri.

Carilah apa sahaja mengenai aib seorang artis. Bermula daripada kisah cintanya hinggalah kepada yang lebih bersifat personal, semuanya akan dikupas secara detail untuk dikutuk dan diperhatikan sebagai santapan minda para pembacanya. Sehinggakan cerita-cerita masa lampau seseorang juga akan turut dikupas satu persatu untuk disebarkan. Peliknya bila ia melibatkan sesuatu yang positif atau baik untuk dijadikan tauladan, ia tidak pula akan dipaparkan sebagai artikel dan disorokkan daripada pengetahuan umum. Seolah-olah ianya tidak pernah wujud.

Inikah namanya nilai sebenar kebebasan bersuara dimata kita?.

Jangan terlalu menyerang peribadi orang lain untuk kepentingan sendiri. Saya berterus terang sebab saya dan anda semua tahu apa kesannya secara tidak langsung. Saya tidak hipokrit. Tidak ada satu pun agama di dunia ini yang menghalalkan fitnah hatta Yahudi sekalipun. Mungkin ada betulnya kita mengamalkan serta menggalakkan penulisan artikel dan komen dengan secara berhemah (HANYA RETORIK), tapi yang menjadi persoalannya berjayakah ia mencapai ‘target’ seperti yang telah kita rancang atau kehendaki? Bolehkah kita menjamin yang ianya tidak akan menimbulkan provokasi kepada pembaca ataupun si mangsa itu sendiri? Kalau pun gosip yang ditulis itu betul dan diadaptasi sepenuhnya dari cerita sebenar, bukankah kita telah diharamkan daripada membukanya sama sekali apa lagi untuk tujuan sebaran umum. Ia sudah jelas termaktub di dalam ‘buku dosa dan pahala’ dan bertentangan dengan nilai agama. Bukannya ditulis oleh Mama Murai sendiri. Matlamat tidak akan menghalalkan cara sama sekali! Percayalah.

Mama Murai™ : Perasaan tak artikel saya semakin pendek baru-baru ini? Bukan apa saya tidak mahu ada di antara pembaca saya berasa bosan dan tidak membaca sepenuhnya artikel yang ditulis berikutan isinya yang terlalu panjang. Mungkin penggunaan ayat yang pendek jauh lebih berkesan daripada pemahaman secara total. Kongsi pendapat anda.

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

8 pendapat yang cukup istimewa… add one

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

CommentLuv badge

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: