Hidup ini seperti roda, ada masanya kita akan berada di atas dan ada masanya pula kita akan jatuh terperosok ke bawah. Begitu jugalah hidup klise seorang pemblog. Dan saya akui ianya pernah berlaku kepada saya.
Bila kita duduk di atas, janganlah pula kita terlalu mempertikaikan apa yang orang di bawah buat. Duduk di atas tidak bermakna kita yang paling tahu segala-galanya. Itu perlu disimpan dalam lubuk hati masing-masing.
Biarkanlah mereka dengan dunia seninya. Kita senyum bila kita suka dan bungkam seribu bahasa bila tidak selesa. Itu yang lebih baik. Tidak perlu mempertikaikan apa yang orang lain telah buat, sebaliknya gantikannya dengan usaha untuk bermuhasabah diri, memikirkan apa yang telah kita buat untuk orang lain.
Jangan membunuh orang lain untuk menunjukkan kepada orang lain bahawa perbuatan membunuh itu adalah salah.
Satu yang seringkali pemblog kita dan khususnya diri saya selalu lupa ialah betapa pengalaman itu adalah ilmu dan guru yang paling baik di bumi fana ini. Lupa bahawa apa yang tercatat dalam buku itu sebenarnya hanya selembar kertas yang tidak berguna sekiranya tidak ditukar kepada pengalaman.
Pinta saya jangan sombong, jangan riak dan kurangkan menilai orang lain. Bukankah dunia blog ini sebenarnya untuk berkongsi? Jangan ikut resmi klise turun-temurun pemblog, mencari salah orang lain untuk kepentingan sendiri.


{ 5 comments… read them below or add one }
memang betul tu MM..saya suka dgn entri ini..klu ada button LIKE berjuta..berjuta jugak saya like..
Jom baca artikel terbaru eryati …. S.U.N.Y.I tanpa dua insan ini
Takde perkataan lain yang terungkap sewaktu Sya membaca entri ni selain dari ‘betul!’
Jom baca artikel terbaru Sya Isya …. RINDU NAK MENULIS DENGAN BEBAS
Saya akan ingat pesanan yang Kak MM bagi kat dalam blog ini untuk renungan saya dimasa akan datang…
Jom baca artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme …. Fakta Tentang Israel
Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang dunia blog dan para penulisnya.Yang buruk kita jadikan sempadan
Yang baik pula kita jadikan tauladan.Betul tak bro Azman?
hehehe..
Jom baca artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme …. Video Awal Ashaari Lamar Scha Al Yahya Di Rancangan Propaganza