Psttt… manusia memang makhluk yang pandai cakap,tapi praktikalnya sangat kurangkan? Cakap sukakan akhlak yang tinggi, buat kebaikan, berbudi bahasa dengan orang, belajar beradab, tapi cuba tengok balik apa yang ketam tua itu telah lakukan selama ini. Dia sendiri yang memaki orang, dia sendiri yang lebih kuat mencerca dan dia sendiri yang berbahasa kesat.
Agak-agak macam mana budak-budak yang baru mengenal kehidupan ini belajar daripada orang yang lebih beradab sekiranya golongan ketam tua yang begitu bangga dengan adab dan intelektualnya turut mempunyai mulut yang lancang seperti tong sampah?
Seperti meludah ke atas langit.
Paling kesian bila saya tengok budak-budak bawah umur yang ringan tulang memberikan pendapat dalam kekotak komen, turut diberikan kesedaran dengan secukup rasa oleh sekumpulan ketam-ketam tua yang kononnya sudah pandai berjalan dengan lurus dan betul, hanya kerana tidak sebulu dengan mereka!
Mana perasaan malu ketam-ketam tua yang kononnya sungguh beradab itu?
Yang pakcik ketam no. 2 pun sama juga, kononnya hendak membuat liputan dan pengajaran. Tapi… korang tengoklah sendiri, pengajaran ataupun populariti yang sebenarnya dia kejar.
Geli sial…
Alahai… orang tua kalau cakap serupa bikin untuk sekali sahaja memang tidak boleh ke?

4 comments… read them below or add one
tengah berfikir..tentang isu apakah ini? xde klu ke mama
Oh… isu ini memang panas dan melibatkan pemblog, itu klunya :grin:
ni pasal kes apa mamamurai, kasi kongsi sket :smile:
Oh… ini kes sendiri mau ingat. Pesanan untuk pemblog yang bajet beradab.