Salam all, syukur Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya masuk ke dalam blog ini selepas puluhan kali refresh-kan browser. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, blog picisan ni selalu ditimpa masalah 500 internal server error walaupun hosting saya ni totally sudah berubah kepada premium, htaccess in tip-top condition, no error coding dan yang sama waktu dengannya.
Suka-suki?
Nah… forget it, asalkan ianya tak berpanjangan dan menimbulkan masalah lain. Ya dak. Okey bersempena dengan hari yang cukup baik ni, saya dengan tulus ikhlasnya ingin berkongsi secebis info umum dengan korang semua iaitu hukum memakai cincin bagi lelaki.
Sounds so familiar rite? Tapi tak mustahil ada di antara kita yang masih kabur mengenainya.
So apa dia hukum memakai cincin bagi lelaki?
For your information, hukum pemakaian cincin bagi lelaki adalah harus, dengan syarat ianya mestilah diperbuat daripada perak ataupun bahan lain dan tidak mengandungi sebarang unsur emas seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim iaitu
“Emas itu adalah haram atas lelaki memakainya sama ada emasnya sedikit atau banyak.”
Apa yang menimbulkan masalah, bila cincin tersebut dihasilkan dengan mencampurkan emas ke dalamnya sepertimana proses pembuatan cincin suasa.
Apa itu logam suasa dan kenapa ianya haram bagi lelaki?
Suasa atau lebih dikenali sebagai electrum dalam istilah sains adalah campuran logam di antara emas, perak dan tembaga merah. Proses pembuatan suasa terdiri daripada
1. Tembaga 70%
2. Emas 20%
3. Perak 10%
tetapi boleh diubah kandungannya untuk menghasilkan warna yang berbeza-beza (seperti yang selalu dilakukan oleh penempa emas di Kelantan).
Oleh kerana campuran emas lebih banyak daripada campuran perak dalam sebentuk cincin suasa, maka ianya telah dihukumkan sebagai emas dan secara automatiknya haram untuk dipakai oleh lelaki sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud:
“Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas”.
Jelas bukan.

17 comments… read them below or add one
« 1 2
yg cincin tak boleh keluarkan dari jari 2 cincin murah kot…
tak pakai apa-apa cincin pun..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru titan…Kekacakan ATM dan Hairuddin Omar
alhamdulillah. jelas sejelas-jelasnya tentang hukum ni, lagi2 hukum pakai cincin suasa bagi lelaki. dulu suka pakai cincin perak, tapi sekarang tak pakai sebab jari dah gemuk

Apa kata korang baca juga artikel terbaru Amirez…Sulur Bidar Makhluk Aneh di Tasik Kenyir
Tak minat sangat pakai cincin kerana pernah tengok kawan menangis-nangis dulu susah nak keluarkan cincin dari jari. Masa yang diambil pun lama juga. Taubat tak nak pakai cincin. Tak ada coolnya utk lelaki…
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Rem…Kenapa Saham Jadi Pilihan
Orang lelaki biasanya pakai perak jer.lagipun harga suasa sudah tinggi sekarang.
Apa kata korang baca juga artikel terbaru hatiputera…Double Samurai Burger
« 1 2