Mamamurai.com adalah weblog yang menyediakan gosip terhangat artis tempatan dan antarabangsa serata dunia.

Jom join “So You Think You Can Gossip” MM

You all sukakan contest?? Alah takyah nak sembang ngan MM, sebab MM tahu ramai diantara you all mesti pernah menyertai mana-mana contest yang dianjurkan oleh blogger lain sebelum ini, betul tak? Kalau betul you all contest maniac, apa kata kali ini you all join contest MM pulak. Bukannya susah pun, lagipun dengan duit contest ini, bolehlah you all beli sehelai baju baru atau makan dan menonton wayang sekali. MM baik hatikan?? alah pujilah sikit, manalah tau selepas ini MM akan lebih rajin dan buat lebih banyak contest untuk you all. Bukan senang nak melabur duit tau, hanya anak orang kaya macam MM jer murah hati bagi kat orang. So macam mana nak join contest nie?? senang jer apa yang you all perlu lakukan ialah seperti yang MM tulis kat bawah. Baca dan fahamkan tau, kalau tak faham jugak tanya. Jangan malu sebab keputusan pengadil adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan selepas tarikh tamat peraduan.

1. Cara-cara menyertai peraduan ini ialah dengan menyelitkan RSS laman web MM kat blog/web you all. Selepas itu buat satu entri mengenai gosip/cerita/info mengenai artis kesayangan you all dan review ringkas mengenai contest ini kat bahagian bawah entri you all tue. Pemenang dinilai berdasarkan entri yang paling menarik dan kreatif. So lantak you all nak tulis apa, pasal tebiat buruk artis ke, skandal artis ke atau kenangan manis you all bersama artis kesayangan you all. MM tak kisah yang penting sekali entri ditulis dalam susunan ayat yang menarik (write on your own risk, MM tidak bertanggungjawab diatas segala tulisan yang telah you all buat) dan kreatif. Keutamaan mungkin diberikan kepada peserta yang menyelitkan gambar artis yang diambil daripada lensa kamera masing-masing.

2. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 2359H 31/03/2010 dan keputusan peraduan akan diumumkan 3 hari kemudian melalui blog MM. Pemenang yang bertuah akan dihubungi melalui e-mail.

3. Hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM200, tempat ke-2 wang tunai sebanyak RM100 dan tempat ke-3 sebanyak RM50.

4. Syarat-syarat peraduan

  • Segala bahan atau cerita dan materiel yang you all hasilkan akan menjadi hak milik MM, dan pihak MM dibenarkan menulis/menerbit atau mengeluarkan semula secara bulat-bulat atau copy paste hasil tulisan you all kedalam blog milik MM.
  • Semua entri hendaklah ditulis sebelum 31/03/2010 dan sampai ke pengetahuan pihak MM 2 hari sebelum tarikh tutup peraduan untuk dinilai.
  • Pihak MM tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap segala tulisan yang ditulis oleh you all.

5. Keputusan pengadil yang terdiri daripada 3 panel adalah muktamad dan sebarang surat menyurat terutamanya surat layang tidak akan dilayan.

Mesti you all rasa pelikkan kenapa MM bubuh syarat masukkan RSS blog MM kat web/blog you all?? bukan apa, sebenarnya tujuan MM meletakkan syarat sebegitu supaya memberi peluang sama rata kepada semua pembaca blog MM mendapat duit saku daripada MM. Ini kerana MM akan memilih pengomen pertama pada hari-hari tertentu untuk menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10. Berbaloi tak??

Tapi MM ulangi sekali lagi, PADA HARI-HARI TERTENTU SAHAJA! Dan hari tertentu yang MM maksudkan disimpan dalam file top secret. Mungkin minggu depan, bulan depan atau boleh jadi lusa. Siapa tahu?? hehe. Yang nie takde tarikh tutup penyertaan, you all boleh cuba nasib you all pada bila-bila masa. Dan yang lebih menarik lagi, mereka yang berjaya menarik perhatian blogger lain untuk berkunjung ke blog MM akan menerima imbuhan berupa wang tunai sebanyak RM50. Pemenang bagi kategori ini ditentukan berdasarkan referral terbanyak yang dikeluarkan dari review contest entri you all.

Tunggu apa lagi?? ringan-ringankanlah tangan you all untuk menyertai contest ini. Mungkin you all salah seorang pemenang bertuah kami.

Related Posts with Thumbnails

Entri yang berkaitan:

  • Tiada entri berkaitan:
Eat this Google!: ,,,,,,,,

4 Responses to “Jom join “So You Think You Can Gossip” MM”

  1. mirlme says:

    menarik nie..
    saya berminat juga..

  2. Mama Murai says:

    Silakan mirlme…
    penyertaan you amat dialu-alukan..
    setakat ini anda org ke-3 yang berminat..
    letak RSS blog MM ke blog you and i`ll will monitor ur job

  3. Farahannysa says:

    mama, heheh. tq dtg blog sy. sy msh br dlm dunia blog. byk sbnrnya nak ckp psl msia ni tp takut jd mcm org komen di fb kne tgkap. sy xnk sbb blog xpsl2 msk lokap. anyway, could u help me to be blogger sejati. hehe. bg tips etika tu. im new.. :)

  4. Mama Murai says:

    Farah kalau u nak komen atau bagi pandangan, boleh kita dibenarkan bersuara kerana kebebasan bersuara ada didalam artikel 11 perlembagaan persekutuan.. tapi pastikan kebebasan tue x disalahgunakan dgn menyebarkan fitnah atau utk memalukan org lain.. utk lebih info sila baca akta komunikasi 1958

Takkan Baca Jer Kot. Apa Kata Letak Komen Sekali!





CommentLuv Enabled