Give away ke-2, apa yang menarik?

Apa berita terbaru hari ini? Ya betul, kali ini Mama Murai nak beli komen daripada kamu pula. Tudia… jangan gelak okey, Mama Murai memang hantu traffik giteww. Siap beli komen segala, lepas ini nak beli apa pula Mama, entri pembaca boleh…

Yang tu tolak tepi.

Baiklah, untuk pengetahuan semua, GA kedua ini saya buka khusus untuk ‘Murai-murai terbaik’ yang berani memberikan pendapat. Syaratnya tak sesukar mana, kerana anda hanya perlu mendapatkan pingat ‘Murai terbaik’ yang diberi kepada pengulas yang rajin menulis komen dalam jumlah tertentu.

Pada setiap bulan, 5 orang pengulas budiman yang memakai pingat tersebut, akan layak secara automatik sebagai peserta, seterusnya bersaing dalam peringkat akhir GA yang ditentukan oleh website random.org. Jangan risau kerana setiap pengulas yang terpilih mempunyai peluang yang sama rata untuk memenanginya (20%).

Sekiranya berlaku kemungkinan tiada seorang pun pengulas yang berjaya mendapatkan pingat atau peserta yang layak untuk ke peringkat terakhir tak mencukupi, hadiah akan ditambah dan dibawa ke bulan seterusnya. Manakala peserta di tangga pertama pula hanya layak menerima hadiah saguhati daripada saya berupa wang tunai RM10.

Adil dan saksama bukan?

Oh ye… agar lebih mencabar, saya akan memadam komen-komen peserta yang tidak memenuhi tahap piawaian sepatutnya seperti pendek, luar topik, berulang dan berbentuk spam.

Sebelum terlupa, izinkan saya untuk menguar-uarkan terlebih dahulu hadiah GA ke-2 blog ini iaitu wang tunai sebanyak RM50. Bukan RM50 juta tau…

wang kertas rm50 baharu

cadangan untuk hiasan*

Jadi kalau selepas ini ada yang mengeluh belum mendapat apa-apa hasil daripada blog saya, siap kau. Siapa suruh kau malas.

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

28 pendapat yang cukup istimewa… add one

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

CommentLuv badge

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: