Give Away berbentuk insentif tunai untuk setiap traffik daripada anda

Seperti yang pernah saya janjikan dahulu (baca entri tersebut), kini tibalah masanya untuk saya umumkan Give Away pertama daripada saya bersempena ulang tahun ke-2 blog Mamamurai[dot]com. Tak payah risau ok, syaratnya memang mudah dan klise gitew. 100% import dari blog Mynewshub dan Denaihati.

Ehem… dengan ini saya merasmikan GA berbentuk insentif tunai untuk top referrer blog Mama Murai [dot] com, dan syarat-syarat ialah;

1. Insentif ini istimewa untuk blog yang memberi top referrer berdasarkan pengiraan Google Analytics.

2. Hanya 10 blog yang mendapat pengiraan tertinggi pada setiap bulan layak untuk menerima insentif ini.

3. Insentif ini bermula 15/01/2012 sehinggalah dimaklumkan kelak.

4. Bayaran hanya akan dibuat setiap 15hb bulan berikutnya.

5. Setiap bulan saya akan menghantar emel kepada mereka yang berjaya untuk tindakan selanjutnya.

6. Hanya perlu like Fanpage Facebook saya yang berada di sebelah kanan anda, atau di sini.

7. Semua blogger Malaysia layak untuk mengikuti GA ini tanpa mengira ranking Alexa ataupun Pagerank blog masing-masing.

8. Setiap 1 trafik yang disumbangkan ke blog Mamamurai[dot]com akan dibayar RM0.03

  • Blog yang menyumbang 1,000 trafik maka insentifnya 1,000 x RM0.03 = RM30
  • Blog yang menyumbang 10,000 trafik maka insentifnya 10,000 x RM0.03 = RM300

9. Peserta bebas menggunakan apa jua cara pun untuk menaikkan jumlah referrer masing-masing asalkan tidak menggunakan teknik IFRAME, Javascript/script untuk memaksa pengguna masuk ke dalam blog Mama Murai seperti Pop-up window @ Pop under dan spamming URL. Sekiranya saya dapati ada di antara pemblog yang menggunakan cara tersebut, saya akan menggantikan top referrer yang terdekat sebagai pengganti.

10. Bermula 15/02/2012, hanya Top Referer yang berjaya mengumpul RM5 sahaja yang akan dibayar dan dibenarkan untuk membawa jumlah tersebut ke bulan yang akan datang. Nilai yang kurang daripada itu akan ‘BURN‘ dengan sendirinya.

11. Anda boleh mendapatkan banner Give Away di sini.

12. Sila emel butiran peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan dan alamat blog ke mamamurai@gmail.com untuk proses pendaftaran (tidak wajib). Sukacita saya maklumkan bahawa segala butiran yang saya terima adalah diklasifikasikan sebagai rahsia dan tidak akan diberi kepada pihak ke-3.

13. Saya berhak meminda syarat-syarat di atas pada bila-bila masa.

Mudahkan?

Pssttt… terima kasih Mynewshub kerana memberi idea secara tidak langsung kepada saya untuk 1st GA blog Mamamurai[dot]com.

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

102 pendapat yang cukup istimewa… add one

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

CommentLuv badge

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: