Give Away berbentuk insentif tunai untuk setiap traffik daripada anda

by Mama Murai™ . on 7 January, 2012 · 109 comments

Seperti yang pernah saya janjikan dahulu (baca entri tersebut), kini tibalah masanya untuk saya umumkan Give Away pertama daripada saya bersempena ulang tahun ke-2 blog Mamamurai[dot]com. Tak payah risau ok, syaratnya memang mudah dan klise gitew. 100% import dari blog Mynewshub dan Denaihati.

Ehem… dengan ini saya merasmikan GA berbentuk insentif tunai untuk top referrer blog Mama Murai [dot] com, dan syarat-syarat ialah;

1. Insentif ini istimewa untuk blog yang memberi top referrer berdasarkan pengiraan Google Analytics.

2. Hanya 10 blog yang mendapat pengiraan tertinggi pada setiap bulan layak untuk menerima insentif ini.

3. Insentif ini bermula 15/01/2012 sehinggalah dimaklumkan kelak.

4. Bayaran hanya akan dibuat setiap 15hb bulan berikutnya.

5. Setiap bulan saya akan menghantar emel kepada mereka yang berjaya untuk tindakan selanjutnya.

6. Hanya perlu like Fanpage Facebook saya yang berada di sebelah kanan anda, atau di sini.

7. Semua blogger Malaysia layak untuk mengikuti GA ini tanpa mengira ranking Alexa ataupun Pagerank blog masing-masing.

8. Setiap 1 trafik yang disumbangkan ke blog Mamamurai[dot]com akan dibayar RM0.03

  • Blog yang menyumbang 1,000 trafik maka insentifnya 1,000 x RM0.03 = RM30
  • Blog yang menyumbang 10,000 trafik maka insentifnya 10,000 x RM0.03 = RM300

9. Peserta bebas menggunakan apa jua cara pun untuk menaikkan jumlah referrer masing-masing asalkan tidak menggunakan teknik IFRAME, Javascript/script untuk memaksa pengguna masuk ke dalam blog Mama Murai seperti Pop-up window @ Pop under dan spamming URL. Sekiranya saya dapati ada di antara pemblog yang menggunakan cara tersebut, saya akan menggantikan top referrer yang terdekat sebagai pengganti.

10. Bermula 15/02/2012, hanya Top Referer yang berjaya mengumpul RM5 sahaja yang akan dibayar dan dibenarkan untuk membawa jumlah tersebut ke bulan yang akan datang. Nilai yang kurang daripada itu akan ‘BURN‘ dengan sendirinya.

11. Anda boleh mendapatkan banner Give Away di sini.

12. Sila emel butiran peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan dan alamat blog ke mamamurai@gmail.com untuk proses pendaftaran (tidak wajib). Sukacita saya maklumkan bahawa segala butiran yang saya terima adalah diklasifikasikan sebagai rahsia dan tidak akan diberi kepada pihak ke-3.

13. Saya berhak meminda syarat-syarat di atas pada bila-bila masa.

Mudahkan?

Pssttt… terima kasih Mynewshub kerana memberi idea secara tidak langsung kepada saya untuk 1st GA blog Mamamurai[dot]com.

Artikel menarik yang masih segar:

{ 97 comments… read them below or add one }

1 2 3 4 9

blackrosehunter January 19, 2012 at 3:31 PM

wah..macam menarik..
Jom baca artikel terbaru blackrosehunter …. Hadis PilihanMy Profile

Reply

loewyi January 19, 2012 at 3:01 PM

Wah hadiahnya intensif tunai???

maknyus itu…. semangat bagi yang ikutan…. :D
Jom baca artikel terbaru loewyi …. Karapan Sapi Sebuah Budaya yang Menduniakan MaduraMy Profile

Reply

Amirez January 19, 2012 at 1:15 PM

lagi banyak daripada DH nampaknya
Jom baca artikel terbaru Amirez …. Pengalaman Kena Denda di SekolahMy Profile

Reply

Ibu Mifzal Arsyad January 19, 2012 at 12:08 PM

mama…buat la banner..senang nak letak kat blog..hehe
Jom baca artikel terbaru Ibu Mifzal Arsyad …. Panjang Tak Bulu Mata Mifzal Arsyad?My Profile

Reply

hatiputera January 19, 2012 at 9:17 AM

wah terbaik GA tu,,,0.03 sen macam nak join jer,,
Jom baca artikel terbaru hatiputera …. TNB Rugi Lagi RM224.7 Juta Suku Pertama 2012 Selepas Kerugian RM453.9!! IPP Terus DibelaMy Profile

Reply

zool January 18, 2012 at 10:52 PM

Pergh.. Terbaik giveaway tu

Reply

syu90 January 18, 2012 at 6:25 PM

mnarik nie..nak kena joinlah..

Reply

Mama Murai™ . January 18, 2012 at 7:18 PM

sangat dialu-alukan :)

Reply

puanbee January 18, 2012 at 4:52 PM

salam

0.03 sen , lebih banyak dari denaihati ye . :love:

Reply

Mama Murai™ . January 18, 2012 at 7:25 PM

Waalaikumussalam, taklah banyak sangat. Saya rasa denaihati lagi pemurah…

Reply

Ibu Mifzal Arsyad January 18, 2012 at 12:48 PM

wah..menarik ni..leh la join.. :)

Reply

Mama Murai™ . January 18, 2012 at 7:19 PM

terima kasih kerana sudi join sekali IMA, sila-sila jangan malu… :)

Reply

nurmisnan January 18, 2012 at 12:03 PM

kalau brother DH beri 2 sen tapi mama murai bagi 3 sen..
syabas u guys.. insyaAllah

by d way ur comment luv ada problem kot.. =)

Reply

Mama Murai™ . January 18, 2012 at 7:21 PM

Ish, seganlah nak bandingkan dengan dia… saya cuma ingin berkongsi hasil blogging yang saya dapat selama ini dengan kawan-kawan blogger. Saya sedar tanpa korang semua, saya tak akan ke mana…

Pasal comment luv nanti saya usha balik.

Reply

titan January 19, 2012 at 10:20 PM

betul. commetluv dah lama bermasalah. tapi sekarang dah ok balik kot. hehe.. :boss:
Jom baca artikel terbaru titan …. Servis VPN unlimited dari Downloader.myMy Profile

Reply

1 2 3 4 8

{ 12 trackbacks }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: