Give Away berbentuk insentif tunai untuk setiap traffik daripada anda

by Mama Murai™ . on 7 January, 2012 · 109 comments

Seperti yang pernah saya janjikan dahulu (baca entri tersebut), kini tibalah masanya untuk saya umumkan Give Away pertama daripada saya bersempena ulang tahun ke-2 blog Mamamurai[dot]com. Tak payah risau ok, syaratnya memang mudah dan klise gitew. 100% import dari blog Mynewshub dan Denaihati.

Ehem… dengan ini saya merasmikan GA berbentuk insentif tunai untuk top referrer blog Mama Murai [dot] com, dan syarat-syarat ialah;

1. Insentif ini istimewa untuk blog yang memberi top referrer berdasarkan pengiraan Google Analytics.

2. Hanya 10 blog yang mendapat pengiraan tertinggi pada setiap bulan layak untuk menerima insentif ini.

3. Insentif ini bermula 15/01/2012 sehinggalah dimaklumkan kelak.

4. Bayaran hanya akan dibuat setiap 15hb bulan berikutnya.

5. Setiap bulan saya akan menghantar emel kepada mereka yang berjaya untuk tindakan selanjutnya.

6. Hanya perlu like Fanpage Facebook saya yang berada di sebelah kanan anda, atau di sini.

7. Semua blogger Malaysia layak untuk mengikuti GA ini tanpa mengira ranking Alexa ataupun Pagerank blog masing-masing.

8. Setiap 1 trafik yang disumbangkan ke blog Mamamurai[dot]com akan dibayar RM0.03

  • Blog yang menyumbang 1,000 trafik maka insentifnya 1,000 x RM0.03 = RM30
  • Blog yang menyumbang 10,000 trafik maka insentifnya 10,000 x RM0.03 = RM300

9. Peserta bebas menggunakan apa jua cara pun untuk menaikkan jumlah referrer masing-masing asalkan tidak menggunakan teknik IFRAME, Javascript/script untuk memaksa pengguna masuk ke dalam blog Mama Murai seperti Pop-up window @ Pop under dan spamming URL. Sekiranya saya dapati ada di antara pemblog yang menggunakan cara tersebut, saya akan menggantikan top referrer yang terdekat sebagai pengganti.

10. Bermula 15/02/2012, hanya Top Referer yang berjaya mengumpul RM5 sahaja yang akan dibayar dan dibenarkan untuk membawa jumlah tersebut ke bulan yang akan datang. Nilai yang kurang daripada itu akan ‘BURN‘ dengan sendirinya.

11. Anda boleh mendapatkan banner Give Away di sini.

12. Sila emel butiran peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan dan alamat blog ke mamamurai@gmail.com untuk proses pendaftaran (tidak wajib). Sukacita saya maklumkan bahawa segala butiran yang saya terima adalah diklasifikasikan sebagai rahsia dan tidak akan diberi kepada pihak ke-3.

13. Saya berhak meminda syarat-syarat di atas pada bila-bila masa.

Mudahkan?

Pssttt… terima kasih Mynewshub kerana memberi idea secara tidak langsung kepada saya untuk 1st GA blog Mamamurai[dot]com.

Artikel menarik yang masih segar:

{ 97 comments… read them below or add one }

1 2 3 9

b3njy January 18, 2012 at 9:52 AM

Wah hebat-hebat ! …. best je GA ni …. harap2 tiada tarikh akhir …. hehehehe
(+ 1 kepada Titan sebab trafik Benjy ini dari blog nya) :grin:

Reply

Mama Murai™ . January 18, 2012 at 7:22 PM

buat masa ni, saya memang tak terfikir untuk bubuh tarikh akhir lagi, saya rasa hasil blog saya dari pengiklan Admax sahaja sudah cukup untuk menganggung kos operasi. :)

Reply

Juan January 14, 2012 at 4:02 AM

wah bagus ni mama murai

Reply

Faiz Ezra January 13, 2012 at 9:29 AM

Syukran katsir Bunda sudah meninggalkan jejak di blog faiz yang masih banyak ketidaksempurnaan, insya Allah pertengahan mei nanti faiz nak melancong to malay, jika Allah mengizinkan faiz mahu bertemu Bunda, nak belajar banyak erti hidup…boleh tahu YM Bunda? Syukran

Reply

Siti Fatimah Ahmad January 12, 2012 at 3:07 PM

Assalaamu’alaikum wr.wb, dik Mama…

Menarik tu, tapi maaf ya akak tak ada akun FB. Maka hanya memberi sokongan kepada mereka yang mahu mencuba mendapat rezeki tambahan. Semoga berjaya dalam usaha saling bantu membantu ini.
Selamat petang dik, senang dapat membaca beberapa entri lain yang tersedia. Keliatan singkat sahaja, sepertinya Mama kian sibuk ya.

Salam mesra dari Sarikei, Sarawak. :D

Reply

Mekar January 11, 2012 at 2:08 PM

Salam mama.

Sya xde FB pula ;-)

Reply

ohcikgu January 11, 2012 at 2:41 AM

em. kiranya tiap-tiap bulanlah? ok. boleh cuba nanti. :mrgreen:

Reply

wandisini January 10, 2012 at 9:02 AM

menarik ni. kena cuba. kalau ada rezki adalah, kalau tak ada pun tak pa kan

Reply

Mama Murai™ . January 10, 2012 at 8:32 PM

betul tu wan, cuba je. Kalau tak dapat GA yang ni, mungkin akan dapat GA yang lain (kerana saya sedang memikirkan satu lagi GA yang sesuai). Kalau boleh, saya nak semua yang masuk ke dalam blog ini sama-sama mendapat faedah.

Reply

Pejuang Kesenian Extreme January 8, 2012 at 8:01 PM

Amboi,nampak macam menarik.
Terasa macam berminat pula nak join,tapi traffik tidaklah seberapa..
Tapi kalau nak mencuba boleh juga ni…

Reply

Azuan January 8, 2012 at 5:56 PM

Makin hebat MM… Give Away ni sampai bila?

Reply

Mama Murai™ . January 8, 2012 at 7:01 PM

tak tahu lagi, tapi kalau murah rezeki ianya mungkin berlanjutan sehingga pertengahan tahun 2012. Apa-apa pun saya akan umumkannnya nanti.

Reply

Azuan January 8, 2012 at 7:16 PM

Oo.. menarik gak tu.. Lg satu, wajib ke kena daftar?

Reply

Mama Murai™ . January 8, 2012 at 7:51 PM

tak wajib, pendaftaran itu hanya bertujuan memudahkan saya menyemak no. akaun bank dan nama penerima semasa bank in, agar wang insentif betul-betul sampai ke tangan penerima. Sekiranya tak mendaftar, saya akan memberitahu peserta di ruangan komen entri terbaru mereka seterusnya meminta no. akaun bank.

Reply

Azuan January 8, 2012 at 7:55 PM

OK MM.. dah faham dah…
Kena bykkan dulu traffic kat blog.. maklumlah, lama dh x update blog.. :)

Reply

titan January 8, 2012 at 1:57 PM

kena hantar email kerrr?? wahh..

Reply

Mama Murai™ . January 8, 2012 at 2:03 PM

tak nak hantar pun boleh, takde paksaan. Sebab saya akan hubungi tuan blog dengan cara meletakkan komen di entri terbaru. Kalau hantar lagi bagus, memudahkan kerja saya menghubungi terus peserta, terutamanya untuk bertanyakan no akaun. Dengan demikian proses pembayaran akan menjadi lebih pantas.

Reply

1 2 3 8

{ 12 trackbacks }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: