Give Away berbentuk insentif tunai untuk setiap traffik daripada anda

by Mama Murai™ . on 7 January, 2012

Seperti yang pernah saya janjikan dahulu (baca entri tersebut), kini tibalah masanya untuk saya umumkan Give Away pertama daripada saya bersempena ulang tahun ke-2 blog Mamamurai[dot]com. Tak payah risau ok, syaratnya memang mudah dan klise gitew. 100% import dari blog Mynewshub dan Denaihati.

Ehem… dengan ini saya merasmikan GA berbentuk insentif tunai untuk top referrer blog Mama Murai [dot] com, dan syarat-syarat ialah;

1. Insentif ini istimewa untuk blog yang memberi top referrer berdasarkan pengiraan Google Analytics.

2. Hanya 10 blog yang mendapat pengiraan tertinggi pada setiap bulan layak untuk menerima insentif ini.

3. Insentif ini bermula 15/01/2012 sehinggalah dimaklumkan kelak.

4. Bayaran hanya akan dibuat setiap 15hb bulan berikutnya.

5. Setiap bulan saya akan menghantar emel kepada mereka yang berjaya untuk tindakan selanjutnya.

6. Hanya perlu like Fanpage Facebook saya yang berada di sebelah kanan anda, atau di sini.

7. Semua blogger Malaysia layak untuk mengikuti GA ini tanpa mengira ranking Alexa ataupun Pagerank blog masing-masing.

8. Setiap 1 trafik yang disumbangkan ke blog Mamamurai[dot]com akan dibayar RM0.03

  • Blog yang menyumbang 1,000 trafik maka insentifnya 1,000 x RM0.03 = RM30
  • Blog yang menyumbang 10,000 trafik maka insentifnya 10,000 x RM0.03 = RM300

9. Peserta bebas menggunakan apa jua cara pun untuk menaikkan jumlah referrer masing-masing asalkan tidak menggunakan teknik IFRAME, Javascript/script untuk memaksa pengguna masuk ke dalam blog Mama Murai seperti Pop-up window @ Pop under dan spamming URL. Sekiranya saya dapati ada di antara pemblog yang menggunakan cara tersebut, saya akan menggantikan top referrer yang terdekat sebagai pengganti.

10. Bermula 15/02/2012, hanya Top Referer yang berjaya mengumpul RM5 sahaja yang akan dibayar dan dibenarkan untuk membawa jumlah tersebut ke bulan yang akan datang. Nilai yang kurang daripada itu akan ‘BURN‘ dengan sendirinya.

11. Anda boleh mendapatkan banner Give Away di sini.

12. Sila emel butiran peribadi seperti nama penuh, no kad pengenalan dan alamat blog ke mamamurai@gmail.com untuk proses pendaftaran (tidak wajib). Sukacita saya maklumkan bahawa segala butiran yang saya terima adalah diklasifikasikan sebagai rahsia dan tidak akan diberi kepada pihak ke-3.

13. Saya berhak meminda syarat-syarat di atas pada bila-bila masa.

Mudahkan?

Pssttt… terima kasih Mynewshub kerana memberi idea secara tidak langsung kepada saya untuk 1st GA blog Mamamurai[dot]com.

Artikel menarik yang masih segar:

102 comments… read them below or add one

1 7 8 9

donnyien September 18, 2012 at 9:13 PM

boleh join lagi ke?
Apa kata korang baca juga artikel terbaru donnyien…Jadual Liga Juara-Juara Eropah 2012/13My Profile

Reply

Mama Murai™ . September 19, 2012 at 9:51 PM

minta maaf donny, give away ni dah tertutup. Apa kata awak tunggu pengumuman selanjutnya sebab saya akan menganjurkan satu lagi GA dalam masa terdekat ni.

Reply

Hafizul September 6, 2012 at 3:32 PM

macam menarik jer…kena ada usaha lebih ni nk dapat income mcm ni..kalau traffic juta2 ok jer..hehe..rasa berminat la pulak…
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Hafizul…Bungkusan Apa Ni? Cam Pelik JerMy Profile

Reply

azriMy April 30, 2012 at 2:23 AM

dah lama join, hope bertuah lah :D

Reply

jack April 26, 2012 at 2:56 PM

Salam yang ni boleh join lagi tak?? 8O l

Reply

Jai April 15, 2012 at 4:06 PM

Cemna nak claim duit yang kuta dapat yer?
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Jai…Gambar Proton Preve Sebenar Luaran Dan DalamanMy Profile

Reply

Mama Murai™ . April 15, 2012 at 5:38 PM

saya akan ‘bank in’ kan insentif yang dikumpul ke dalam no. akaun yang telah peserta berikan setelah mendapat green light daripada mereka. Untuk confirmation pengeluaran insentif terkumpul, sila emailkan permohonan di dalam nav bar yang bertanda “HUBUNGI SAYA”. Terima kasih.

Reply

Aidanatasya March 21, 2012 at 11:36 AM

salam…

yang ni still boleh lagi ke join??
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Aidanatasya…UNGKAP KASIH TERAKHIR SEBELUM MAUT “ABANG SAYANG AYANG SAMPAI MATI”My Profile

Reply

Mama Murai™ . March 22, 2012 at 2:29 AM

Waalaikumussalam Aida,
ya, buat masa ini saya belum menetapkan tarikh akhir untuk insentif ini.

Reply

1 6 7 8

Leave a Comment

CommentLuv badge

12 trackbacks

Previous post:

Next post: