Ini bukan aktiviti rasuah secara terbuka tau, tapi sebagai salah satu penghargaan ikhlas daripada Mama Murai kepada penulis blog yang rajin memberikan komen ala kadar bernas didalam blog Mama Murai.Berapa juta nak bagi? RM 10,000.00 cukup ke? boleh.. tapi komen mantap kenalah 5 lori. Okey yang tue tipu. Sebenarnya cuma RM 10 sebagai modal untuk membeli gula-gula.
Cukuplah tue kan? siapa nak bagi duit raya secara percuma. Semua main syarat-syarat, lainlah macam Mama Murai, suka berkongsi duit berjuta yang Innity bagi kat korang. Jangan risau, ini bukannya peraduan yang bakal memeningkan kepala anda dengan syarat-syarat dan terma yang pelik. Atau memerlukan anda memerah otak siang dan malam untuk menang. Anda juga tak perlu main review-review, letak backlink, jadi follower atau bodek blog saya. Saya tak perlukan semua tue, apa yang anda perlu buat hanya mengeluarkan pendapat bernas dalam isu-isu yang bakal saya kupas. Kalau saya rasa pendapat anda bagus, duit akan terus masuk kedalam akaun bank!. Semudah memakan kacang bukan? bukan sahaja merapatkan tali silaturahim sesama kita, tapi anda juga boleh mendapat backlink secara percuma daripada blog saya, kira sambil menyelam minum air. Yang paling best, hadiah ini tanpa tamat tempoh! terus bersambung ke edisi-edisi yang seterusnya iaitu raya haji, deepavali, krismas dan apa-apa perayaan yang ada kat Malaysia nie lagilah. Pendek kata sehingga muflis diberitahu.
Tak puas hati, nak hadiah yang lebih besar? hah yang tue korang kena tunggu sehingga ulangtahun pertama blog MamaMurai.com pada penghujung tahun nanti. Gerenti masyuk. Persiapan “Peraduan …… Sempena Ulangtahu Pertama Blog hampeh Mama Murai” memang telah dirancang. Hanya menunggu masa dan hari sahaja. Tunggu tau…
Dan sebagai mukadimahnya, saya telah memilih seorang pengomen bertuah yang memberikan komen pada artikel saya bertajuk “Menulislah untuk pembaca, bukan untuk mesin pencari!” 14 ogos yang lepas.
Terima kasih saudara hyprobulksms kerana sudi berkongsi buah fikiran dengan saya, sila hubungi saya di mamamurai@gmail.com untuk proses selanjutnya. Keep up the good work.
Yang lain tunggu apa lagi? teruskan spam kekotak komen saya!, mungkin anda yang saya cari selepas ini. Cheewah..



{ 7 comments… read them below or add one }
kapan ulang tahun blog mama murai?
Jom baca artikel terbaru Business & Finance …. Basic Structure of a 401k Plan
bulan 12, hujung tahun ini…
Haha…kalau Mama Murai pernah jengok blog saya, saya pernah buat cabaran kepada diri sendiri, yang saya akan lawat mana-mana blog untuk saya komen, bukan sekadar komen hai, good info, keep it up atau ala kadar dengan nya, tapi komen-komen yang membina poin tersebut…
Thanks tu Mama Murai, sebab adakan pradua yang menyediakan hadiah RM10,000,000.00 kepada kitorang…haha…ok, mama murai berblog, saya komen…DEAL!!!
Jom baca artikel terbaru rashid …. Jikalau Tarikh Lahir Aku Jatuh Pada 31 Ogos
Amboi.. byknya kosong kt belakang tue, tak larat mama nak bagi byk tue.
salam, bagus yer, untuk permberi komen pun ada hadiah yer.. apa-apa pun teruskan menulis, sebenar untuk untuk mendapatkan komen yg banyak trafik kena le baik dan selain itu juga cerita mestilah bagus dan bagi seorang pembaca ia akan komen atas sebab mungkin ada persoalan yang tak terjawab dan mungkin suka dengan cerita yang ditulis dan terasa ingin memberi pandangan atau pendapatnya sendiri dalam penulisan tersebut…. hehehehe
http://selokamelayu.blogspot.com/
Jom baca artikel terbaru usop …. Sesi Bergambar
xsabar tggu peraduan..hehehe
Jom baca artikel terbaru cik dara …. aku ade 8 kembarkorang ade
Sioknye ada peraduan. Hehehehehe….
Memang komen tu penting juga sebab adakalanya traffic boleh datang dengan banyak hanya kerana komen yang dibuat oleh pengunjung di blog tersebut. Kadang-kadang kita sebagai penulis blog tidak sedar yang kita terlupa untuk menceritakan tentang sesuatu perkara.
Jom baca artikel terbaru zezebel …. Tamu in Kota Marudu