Dapatkan Borang BR1M 2.0 Online – eBRIM anda di sini

Salam sejahtera semua, hari nie Mama tak mau sembang banyak-banyak macam selalu. Mama betul-betul letih dan kekurangan idea menulis la ni. Nak taip entri yang satu nie pun kena ambil masa Mama kena fikir 24 jam. Tedia… sikit punya rajin.

Tamat mukadimah yang tak seberapa, sebenarnya Mama just nak berkongsi Borang BR1M 2.0 online kepada korang yang mungkin masih belum memohon bantuan tu. Tapi… first and foremost suka saya peringatkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua bahawa bantuan tersebut adalah jenis bantuan bersyarat. So dekat sini saya sangat… sangat mengesyorkan agar anda semua at least baca sepintas lalu dan cuba fahamkan terlebih dahulu syarat-syarat untuk memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 bajet 2013 saringan kedua (BR1M 2.0) di bawah tu sebelum memohonnya.

Bukan apa Mak Jah, saya risau kalau Borang BR1M 2.0 Online yang telah korang hantar nanti tidak diterima. Masa tu siapa yang susah? Buang masa dan tenaga korang jugak. Ye dak.

Okey cekidot.

Berikut ialah syarat kelayakan untuk BR1M 2.0 Bajet 2013
Pemohon Bujang (Terbaru BR1M Bajet 2013)
Syarat dan kelayakan:

  • Warganergara Malaysia
  • Anda mesti berstatus bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
  • bukan seorang pelajar di mana-mana universiti
  • berpendapatan kasar tidak melebihi RM2,000 sebulan dan telah mendaftar sebagai pemilih

Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia: RM250
Jumlah Penerima: 2.7 juta individu bujang
Tarikh Pembayaran: Awal 2013

Isi Rumah
Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia
  • Isi rumah mestilah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah (suami + isteri)
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah
  • Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
  • Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah

Jumlah Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013 Malaysia: RM500 (kekal sepertimana pusingan pertama)
Jumlah Penerima: 4.3 juta isi rumah
Tarikh Pembayaran: Awal 2013

Cara Memohon Bantuan BR1M 2.0 Bajet 2013?

Mana-mana penerima bantuan BR1M Malaysia sebelum ini tidak perlu mendaftar untuk kali kedua. Sekiranya anda telah bertukar alamat, anda hanya perlu mengemaskini segala rekod yang berkaitan.

Manakala untuk pemohon baru bantuan BR1M 2.0 2013 pula boleh mendaftar mulai November 2012 dengan mengisi Borang BR1M 2.0 Online atau datang sendiri ke kaunter-kaunter yang menyediakan perkhidmatan pengisian borang BR1M 2.0 seperti di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

Sila pastikan kesemua dokumen wajib seperti Salinan dan Mykad/kad polis/kad tentera yang asal serta slip gaji terbaharu dibawa bersama semasa datang mendaftar bantuan BR1M 2.0 Malaysia.

Untuk pengetahuan, penerima bantuan e-Kasih juga layak secara automatik menerima bantuan BR1M 2.0 Malaysia ini.

KLIK LINK-LINK DI BAWAH UNTUK MENDAPATKAN BORANG BR1M 2.0 ONLINE.

BORANG BR1M ONLINE
PANDUAN MENGISI BORANG BR1M 2.0 SECARA ONLINE
PERMOHONAN BRIM 2.0 SECARA ONLINE

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

12 pendapat yang cukup istimewa… add one

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: