Assalamu`alaikum,
seperti yang dijanjikan, hari ni saya akan umumkan keputusan Segmen : Top Malaysian Blogger yang ingin saya jadikan BFF yang telah ditutup secara rasminya tepat pukul 11.59 malam tadi.
Sebelum tu, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada peserta dan pembaca yang tak henti-henti memberikan sokongan kepada blog ini sehinggakan beberapa perubahan mendadak berlaku kepada blog yang tak seadanya ini. Guys thank you, i really appreciate everything you do.
Sayang kalian rapat-rapat.
Baiklah tak mau cakap panjang-panjang, apa kata kita lihat nama pemenang bertuah segmen ini yang gigih saya kutip selepas melalui tilikan encik Random.org.
Dan pemenang bertuah untuk segmen ini ialah…
Pemegang nombor 12!
Tahniah… tahniah kepada saudara Benjy kerana berjaya menjadi pemenang muktamad segmen ini. Oh ye sebelum terlupa, izinkan juga saya menguar-uarkan nama pemenang khas iaitu saudari Adele yang layak menerima wang imbuhan sebanyak RM20 kerana berjaya menjadi peserta yang menghantar pencalonan paling pantas.
Kepada yang kurang bernasib baik, minta maaf… berusaha lagi. Saya jamin peluang kalian akan tiba suatu hari nanti. Kerana untuk pengetahuan kalian, segala Give Away yang ada di dalam blog ini tak akan berhenti setakat ini sahaja.
Tunggu… ada berdozen lagi Give Away yang bakal menyusul nanti.


bertuahnya ..klu lah saya yg join and menang tue hekhek
artikel terbaru misskonspirasi…Rahsia Pelajar Cemerlang |doodle