Cukupkah dengan hanya berdoa?

sekadar hiasan

credit kepada tuan punya gambar

Minggu lepas saya sempat berbicara dengan rakan lama saya yang lama terpisah mengenai hal dunia. Perempuan.. Macam biasalah, bila dah berbual dengan kawan lama pasti banyak cerita sensasi yang hendak digosipkan. Salah satu yang cukup menarik minat saya ialah cerita rakyat mengenai seorang pakcik dengan doanya (saya sendiri tidak mengetahui dari mana sumbernya). Memberikan idea kepada saya untuk menulis dan berkongsi dengan anda.

Kisahnya begini, seorang pakcik hidup seorang diri di sebuah rumah usang. Pada suatu hari kawasan tempatnya berteduh dilanda banjir. Sebelum air naik lebih tinggi, pihak polis pun berjumpa dengan pakcik itu dan menyuruhnya berpindah ke tempat yang lebih tinggi. Malangnya dia enggan berpindah dan berlalu meninggalkan mereka dengan kata-kata

“tak perlu risau nak, pakcik dah berdoa kepada Tuhan dan Dia telah mendengarnya. Dia tak akan membiarkan sesuatu yang buruk menimpa pakcik ”

Pihak polis pun beredar setelah gagal memujuk pakcik yang degil itu. Esoknya air naik lagi, kali ini pihak Jabatan Pertahanan Awam pula yang mencuba nasib untuk memujuknya. Tapi jawapan pakcik masih sama. “Tuhan telah mendengar doanya dan tidak akan membiarkannya susah”.

Setelah puas memujuk akhirnya pihak JPA pun mengalah dan beredar dari situ. Begitulah seterusnya, ada sahaja alasan yang diberikan oleh pakcik itu setiap kali anggota keselamatan mengajaknya berpindah ke tempat yang selamat.

Dipendekkan cerita pakcik itu pun tenggelam bersama rumahnya dan meninggal dunia. Di akhirat pakcik itu pun berjumpa Tuhan dan bertanya kenapa tidak mendengar doa serta menolongnya semasa dia dalam kesusahan. Kenapa tiada siapa yang memaksanya untuk berpindah! Maka Tuhan pun menjawab dengan melontarkan soalan  “semasa pihak polis tiba dan memberikan bantuan apa yang telah kau katakan? Selepas itu apa usaha yang telah kau lakukan?”

Pakcik itu tergamam, rupanya bantuan yang pernah dihulurkan oleh pihak keselamatan sebelum dia tenggelam bersama rumahnya itu datang daripada Tuhan. Rupanya Doanya selama ini telah termakbul! Cuma dia sendiri tidak menyedari.

Bukankah situasi kita juga begitu? Sering kali Kita berdoa, meminta dimurahkan rezeki, selamat di dunia dan akhirat serta pelbagai lagi untuk kesejahteraan hidup tetapi malangnya adakah ia turut disertai dengan usaha yang secukupnya? Berapa banyak tenaga yang terbuang untuk mendapatkannnya? Lupakah kita peribahasa melayu yang berbunyi di mana api berpupuk, di situlah asap keluar?

Itulah sebenarnya paradigma yang sering bercokol di dalam diri masing-masing. Kita terlalu malas untuk membuat perubahan dan hanya mengharapkan orang lain mengubah kehidupan sendiri. Kadangkala tatkala kita berdoa pun, kita kurang faham apa yang telah kita minta. Ada di antara kita minta kaya, tetapi Allah uji dengan musibah yang bertimpa, beri kesusahan, beri kesihatan yang merosot. Terus, adakah itu suatu petanda bahawa doa kita tidak didengar oleh-NYA? Tidak! Allah akan berikan dia kekayaan dalam bentuk yang lain pula, iaitu kaya pahala di akhirat kelak. Sekurang-kurangnya kaya juga bukan? Malah jauh lebih bererti daripada kekayaan duniawi!

Allah berfirman, maksudnya

Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, sehingga orang itu atau kaum itu berusaha mengubah nasib diri mereka.

Jelas bukan? Berdoa sahaja tidak memadai untuk memulakan sesuatu, apa lagi menyentuh bab perubahan. Rasanya tidak perlulah saya huraikan satu persatu maksud Firman di atas bukan? Kerana saya percaya semua sudah sedia maklum mengenainya.

Satu lagi, kita terlalu bergantung harap kepada pertolongan dan kebaikan orang lain. Selalu benar saya tengok orang susah yang kerkeupayaan mengadu domba kepada pihak media untuk meminta pertolongan. Saya tidak kisah kalau individu tersebut orang kurang upaya, anak-anak yatim atau yang mempunyai masalah kesihatan, sudah jelas mereka memang memerlukannya. Tetapi bagaimana dengan mereka yang masih mempunyai tulang empat kerat untuk bekerja? Justeru masih waras akal dan fikirannya?

Minta maaf, sebenarnya ada lagi yang jauh lebih daif daripada mereka di bumi bertuah ini. Betul! Saya pernah melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana kemiskinan menyebabkan budak-budak sekolah di Sabah berjalan kaki sejauh 10 KM hanya kerana ingin terus bersekolah!

Atas dasar itulah Nabi Muhammad S.A.W telah menasihatkan kita agar melihat orang yang di bawah bukannya mereka yang lebih mampu, supaya kita tahu bersyukur kepada nikmat-NYA.

Renung-renungkanlah……

Artikel menarik yang masih segar:

by Mama Murai

Saya ialah penulis bebas yang cenderung menulis mengenai isu-isu semasa, sosial, masyarakat, persekitaran dan blogging mengikut perspektif sendiri. Seorang surirumah yang menjalankan perniagaan melalui internet dan ibu kepada 2 orang anak yang comel yang kini menetap di Labuan.

K← Laman blog saya

28 pendapat yang cukup istimewa… add one

  • setiap perkara kena berusaha,selepas berusaha kena berdoa,lps tu baru bertawakal…….

    Balas
  • Doa pasti dikabulkan,….hanya kita tidak tahu dalam bentuk apa doa kita dikabulkan, Allah yang lebih tahu apa yang kita butuhkan, sementara apa yang menurut kita butuh mungkin menurut Allah adalah sia-sia. Karena itu tidak sepantasnya kita meninggalkan doa, tetapi usaha adalah kewajiban sebab Allah tidak suka dengan orang yang malas. Salam dari pekalongan.

    Balas
  • Assalaamu’alaikum adikku….

    Apa khabar ? Didoakan sihat dan bahagia.
    Alhamdulillah, akak kembali berkunjung dan maaf kerana lama tiak bersapa.
    Doa adalah senjata bagi orang beriman. Doa bererti kita merendah diri akan segala kekurangan yang dimiliki sehingga memerlukan pertolongan dan pengharapan kepada Yang Maha Kuasa. Jika tidak berdoa, bagaimana hasrat boleh dimakbuli. Namun demikian, harus bersabar dengan doa yang dilampirkan kerana kita tidak boleh memaksa Tuhan untuk memakbulkan doa2 kita.

    Cepat atau lambatnya doa dimakbul adalah tertakluk atas amal ibadah kita. Hendaklah kita berdoa selalu kerana dengan berdoa akan menimbulkan ketenteraman jiwa. Ketenteraman jiwa adalah satu perubatan yang mujarab untuk menghilang keresahn dan mendatangkan pengharapan yang tinggi untuk sebuah perubahan dalam hidup. Berdoalah kerana doa itu juga adalah otak ibadah.

    Salam manis dan sayang selalu dari akak di Sarikei, Sarawak.
    artikel terbaru Siti Fatimah Ahmad…CT36 WANITA BERUMUR… PADAMU ADA PESONA My Profile

    Balas
  • Yup aku juga dah pernah baca cerita serupa dari buku kumpulan cerita dan anekdot Cak Nun (Emha Ainun Najib)……persis hanya pemerannya saja yang berbeda……siip tuh

    Balas
  • klu salah konsep, mcm tu la jadinya..
    berdoa dan bertawakkal semestinya perlu diiringi dengan usaha, baru berjaya..InsyaAllah..

    Balas

Tinggalkan jejak anda sebagai tanda persahabatan…

CommentLuv badge

Artikel seterusnya:

Artikel sebelum:

%d bloggers like this: