Petang itu sambil kami sekeluarga duduk makan di restoran Mamak dekat Uptown, mata saya tertarik kepada gelagat sepasang kekasih berbangsa Indonesia yang asyik berpegangan tangan semasa berjalan.
Daripada gaya dan lagak pasangan tersebut dapat saya andaikan bahawa mereka itu TKI yang bekerja di negara kita.
Dalam hati saya sempat berbisik,
“Kenapalah Mat-mat Indo kalau jalan berdua-duaan dengan kekasih mesti berpegang-pegangan tangan. Tak takut dengan dosa ke?”
Sangat tidak ‘sempoi’ bukan? Jahil agama sungguh gamaknya.
Tidak berapa lama kemudian, muncul beberapa lagi kelibat pasangan remaja di hadapan kami. Masih dengan situasi yang sama, cuma yang berbeza ianya melibatkan generasi masa hadapan dan pakaian terkini ala-ala ‘chicks’ yang dipakai oleh gadis-gadis gedik kita.
Saya kelu… iya, sebenarnya anak-anak bangsa kita pun tidak kurang ‘tidak sempoi’nya berbanding bangsa asing yang sering kita kaitkan dengan gejala sosial di negara ini.
Hanya mata kita sahaja yang lebih suka melihat dan menilai orang lain berbanding apa yang diri kita ada. Kita lupa untuk bercermin, tetapi dalam masa yang sama cuba menjadi cermin.

8 comments… read them below or add one
kurang didikan agama agaknya…tpi xtau la…ikut atas diri juga
bukan bebudak je.. kadang2 yang dah tua bangka berkepit dengan budak2 remaja, itu lagi sakit mata
Oh… yang tu susah sikit nak komen cikgu, sebab sampai berbiuh mulut kita pun, kaum adam tak akan ambil pengajaran daripadanya.
ader pernah ustaz luar negara mengatakan, kalau nk tahu negara itu apa akan jadi dimasa hadapan, tgk generasi budak sekarang, itulah masa hadapan kita
segan pun ada. tapi memang haraplah adik-beradik aku tak buat benda yang sama..
Bila keluar ke bandar, rasa malu nak pandang pakaian anak2 muda remaja. Gelagatnya, perilakunya, dan akhlaknya.
Itulah jadinya bila agama tidak dihati, sukar membawa remaja keluar dari budaya hedonisme dan maksiat sekarang nie
kadang-kadang, memang tak terkata dibuatnya bila tengok buda-budak macam nih..