Nak tanya sikit boleh? Hebat sangatkah Top Malaysian blogger yang selalu korang uar-uarkan dalam entri blog tu?
Jawapannya tidak okey! Mereka naik ke atas bukanlah disebabkan oleh kualiti atau cara penulisan mereka, tapi disebabkan oleh kebijaksanaan mereka menggunakan kata kunci dan cerita berunsur seks, politik, hiburan dan rahsia penulisan blog dalam setiap artikel mereka.
Popluar? Memang… tapi ianya tidak boleh menghalalkan cara.
Pada saya senarai di bawah inilah Top Malaysian Blogger sebenar yang wajib korang terjah:
1. Kujie2
2. Paultan
3. Emila Yusof
4. Redmummy
5. Hanis Zalikha
6. Keretamayat
7. Saifulislam
8. Myresipi
9. Ustaz Azhar Idrus
10. Amanz
Selebihnya sama seperti saya, kau, dia, dia dan dia… kita semua serupa. Tak payah berlagak dan serabutkan kepala fikir siapa yang hebat atau duduk di atas kerusi paling panas Alexa. Saya percaya kalau korang pakai kata kunci dan cerita yang sama seperti mereka semasa menulis artikel, korang juga boleh mengecilkan ranking Alexa dan bergelar Top Malaysian Blogger.
Cuba berlaku adil sikit… kenapa beria-ia duduk bertenggek mengipas punggung pemblog sedemikian. Kalau setakat menulis berita hiburan dan seks sana, seks situ, gambar Cik Bedah kangkang, gambar Cik Nin bergigi palsu, dan ucapan tahniah kepada Siti Sifir sebab anak kucing baru melahirkan anak, Mak Limah yang duduk dekat hujung kampung pun boleh berblog.
Tak percaya? Jangan sembanglah kawan… saya bukan baru belajar menulis blog, bukan juga kurang membaca. Malahan saya pernah bereksperimentasi sendiri dengan menulis mengenai artis, gosip, politik dan sedikit bantuan kata kunci seks dalam beberapa blog saya yang lain. Dan hasilnya blog saya yang berniche sebegitulah yang kerap kali mempunyai 4k pembaca setiap hari.

oh ye ke MM…ingatkan bukan dr kata kunci..huhuhu..dari list MM tu..ada yg belum sy tau kewujudannya..jadi sy nak g terjah dulu..tenkiu ya MM bagi list cam ni
ada yang blog nya meletup-letup sebab tuan punya blog cantik/handsome..
Masing-masing ada blog kegemaran masing2..Kata orang ikut selera..Bagi saya ada beberapa blog yang saya sukakan cara penulisan mereka.Antaranya saudara Zulfikar dengan blog ” Rasa Hati” dan saudara khairul dengan blog “The Other Khairul”. Untuk blog saudara Zulfikar,saya tak pasti kak MM pernah masuk atau tidak blog ini,tapi untuk blog The other khairul,saya rasa kak MM pernah masuk sebab saya pernah nampak kak MM mengomen dientri beliau mengenai Freemason. Ini antara blog kegemaran saya..
Untuk pengetahuan kak MM,saya adalah pembaca senyap blog mereka.Jarang meninggalkan komen disana.Tapi setiap update diblog mereka saya ikuti. :smile:
Apa2 pun 10 blog yng mama senaraikan tu memang ummpphhhh, memang payah nak dpt kualiti mcm tu… jauh panggang dari matahari….
blogger tu kan ke manusia… ada macam2 cara, ada macam2 rasa dan ada macam2 tujuan… ikut selera masing2lah… kalau boleh tertenggek kat Alexa tu boleh le bernafas sikit buat bayar duit hosting dan domain… tak gitu
semuanya ada kelainan.. tu yang orang suka baca.. :smile:
MAsing-masing ada niat dan agenda tersendiri bila berblogging.. hmm
Memang ‘RANKING’ selalu dikejar oleh Blogger …. sejujurnya Benjy juga mengejar ranking Alexa. Tak salah mengejar ranking kerana ia juga satu motivasi untuk terus blogging :bye2:
uik… ranking kak jie dah jatuh menjunam………………….sukan sakan mcm budak sekolah.
bila bercuti, banyak masa dihabiskan dengan keluarga, cerita keluarga bukan bahan utk blog
sekadar sipi2 saja….
takpelah kak, keluarga tu yang lebih utama. Tapi bosan juga sepanjang 5 hari yang lepas kerana ketiadaan post baru daripada akak. :grin:
Kadang2 tajuk je gempak. Tapi isi nya belum tentu sahih 8)
biasalah tu. ada ramai lagi. Yang top tu..biasanya disebabkan oleh alexa rank. Alex rank ni..kalau bijak..senang aje nak manipulasi. haha..
Betul, saudara titan pun top juga. Cuma memilih untuk menulis dengan menggunakan niche ‘kewangan’. Satu lagi, saya suka dengan cara penulisan saudara titan yang bersahaja dan santai. Sekiranya tidak keberatan, bolehkah saudara berikan url blog peribadi saudara yang lain kepada saya?
err..masalahnya memang keberatan nak bagi. Lom terbuka hati lagi. Tapi kalau terjumpa sendiri nanti, diam-diam ajelah ye. hehe.. :smile:
OOOOOO ! Titan ada secret weapon pula yerrr ? …. :bye2: