Dulu Mak Limah pernah pesan pada saya, hujung minggu macam ni, entri tak perlu ganas-ganas, santai je. Sebab time ni mood membaca pembaca tegar kureng katanya. Kalau ada pun yang rajin, amat sedikit bilangannya. Okey roger, nampak point Mak Limah kat situ.
So hari ni Mama Murai tak akan menyembang kencang seperti biasa, sebaliknya menukarkan sembang tersebut kepada cerita pembakar semangat pulak. Kisah yang berlaku 30 tahun yang lepas semasa memula menulis blog.
Time tu sudah menjadi rutin harian saya untuk berblogwalking mencari sahabat. Standard newbies… kena tebalkan muka segala untuk spam sepam dua kekotak komen dan shoutbox pemblog lain.
Suatu hari, secara tak sengaja saya telah terjumpa sebuah blog yang termasuk dalam kategori otai. Apa lagi dengan muka tak malu saya letakkan komen secukup rasa di dalam blog tersebut sambil berangan-angan mengharapkan kunjungan semula daripada blogger otai tu.
Hari pertama dia tak balas komentar daripada saya, saya senyum…
“dia lupa agaknya”
kata saya dalam hati. Saya bubuh lagi komen ke 2 pada entrinya yang lain. Juga tak berbalas, begitulah seterusnya sehingga entri yang keempat.
Agak-agak bagaimana perasaan saya ketika itu? Seperti bercakap dengan bukit rite? Kesudahannya beliau tetap tak berkunjung atau menyapa walau sepatah perkataan pun kepada saya yang beranking Alexa sejuta ketika itu.
Kerana merasa putus asa dengan layanan blogger otai tersebut, saat itu saya berikrar, takpe sekarang kau mungkin memandang sebelah mata pada saya, tapi percayalah suatu masa nanti blog kerdil yang selalu meletakkan komen tanpa perasaan malu inilah yang akan lebih popular dan sukses daripada kamu.
So dipendekkan cerita, saya pun mulalah mengkaji perihal blog dan dunia blog. Segala rahsia penulisan pemblog Mat Salleh saya kutip satu persatu untuk dijadikan ilmu dan bekalan, sehinggalah blog buruk ini menjadi semakin stabil dan kukuh.
Dan kini cuba ‘KAU’ lihat siapa yang di atas dan siapa di bawah? Bukan riak okey, jauh sekali untuk menunjuk. Tapi cuba kau pandang ayat ini sebagai pengajaran. Belajar daripada kesilapan lalu.
Moral daripada pengalaman saya itu mudah, ketika berada di atas jangan lupakan mereka yang baru bertatih. Kalau pun terlalu sibuk dan terpaksa melayan jutaan komen daripada blogger lain, be fair, jangan sesekali melupakan blogger baru yang ingin menyambung tali silaturrahim dengan kita. Mereka sebenarnya perlukan pencetus untuk berjaya.
Kalau boleh beri semangat, beri perangsang dan beri motivasi dengan cara membalas kunjungan dan berkomentar dalam blog mereka hatta sekali pun sebagai menunjukkan keprihatinan kita. Jangan sombong. Ingat tanpa mereka siapalah kita.

MM tengah marah ke nih…
Sya pun ada perasaan macam ni masa mula2 dulu. Skrg pun ada juga. Tapi kalu sya suka baca sesebuah blog yg best (otai la), sya akan singgah juga blog dia tp tak tinggal komen pun.
artikel terbaru Mekar…Rawatan Bekam yang Tidak Menyakitkan…
Twitter: mamamuraidotcom
February 24, 2012 8:01 pm
ish… mana ada Mekar, kalau marah confirm ada ayat seruan di situ
itu cuma satu sindiran keras.
terlupa yang komen ada banyak page..

artikel terbaru samdaddycool…Artikel memilih coli seperti memilih suami
hehe , tade la tratak buruk pown , cgt suker nan sikap MM nih , smoga blog MM twos up n up tpkan y 7 blog tuh memg dasyat la ^^
artikel terbaru cweetpinky…SEGMEN : kami kawan sehingga akhir hayat ^^
selalu sangka baik pun kadang2 tak berbaloi juga.
takde gunanya menjadi otai kalau tak dapat beri semangat kepada newbies
artikel terbaru Amirez…Cinta Bukan Hanya Sehari
Twitter: mamamuraidotcom
February 22, 2012 8:29 pm
bersangka baik pun ada limitnya, kalau sampai komen berbentuk soalan pun tak berjawab, apa maknanya tu
Saya rasa ada komen kat sini aritu.. masuk spam box ke?
otai, tak semestinya berada diatas selamanya.. kadang-dang tergolek juga
artikel terbaru samdaddycool…Puas kan nafsu suami
Twitter: mamamuraidotcom
February 22, 2012 8:32 pm
ada, samdaddycool merupakan pengkomentar pertama untuk artikel ini
huh jadi bersemangat semula utk berblogging

artikel terbaru auc dot com…Rezeki Belakang Rumah
Twitter: mamamuraidotcom
February 21, 2012 8:12 pm
bersemangat… jangan tak semangat
Blogging kalau kena caranya, tak susah. Tinggal menunggu pengunjung je…
Assalam…
Suatu masa dulu, perasaan saya memang macam tu jugak.
Rasanya blogger otai tu tak pandai nak jaga hati pembaca blognya tu..
artikel terbaru iza…Roller Skate Idaman.
Twitter: mamamuraidotcom
February 21, 2012 8:11 pm
Waalaikumussalam iza, biasalah tu, semoga kita tak dihindari sifat sedemikian.
blogwalwalking ternyata cara yang paling tepat utk menjalin silaturahmi dan juga mendapatkan popularitas blog. tetap semangat blogwalking, mama murai, hehe …
artikel terbaru sawali tuhusetya…Melempar “Bola Panas” Publikasi Karya Ilmiah
betul3.. utk blogger2 baru cam saya.. sy rasa sgt bertuah bila blog sy dikunjungi blogger2 lain.. tak kira la yg muda mahupun yg taiko… rasa semangat utk terus berblogging tu membuak2.. kalaulah semua blogger cam mama murai.. alangkah indahnya dunia blogging utk new blogger.. muaaaahhh3…
artikel terbaru ct…Transfer Factor GluCoach
Twitter: mamamuraidotcom
February 21, 2012 8:19 pm
sebenarnya komen-komen tu lah yang membuatkan kita terus bersemangat menulis, tak kiralah komen berbentuk negatif atau pun positif kerana ia membuktikan pembaca telah membaca apa yang kita luahkan.
Apa pun terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak buruk saya ct, suka sangat.
artikel terbaru Mama Murai™ ….cerita motivasi hari minggu
marah betul MM kita pada blogger tersebut.. biarkan.. mausia begitu tidak lama
selalunya diatas.. tanpa blogger ciput macam kita, mereka tidak kemana pun…
artikel terbaru nurmisnan…AL Fatihah untuk Seniman Latif Ibrahim
Twitter: mamamuraidotcom
February 21, 2012 8:16 pm
Hehe… taklah marah sangat, cuma rasa terkilan sebab diperlakukan camtu… nampak sangat kita tak berguna pada mereka.
artikel terbaru Mama Murai™ ….cerita motivasi hari minggu
menarik .. mmg kita kena motivated diri kita tiap2 hari atau selalu utk be strong and move on .
artikel terbaru Mr.Sepet…Tujuan Blogging| Kejar Nama, Kejar Wang atau Hobi dan Suka-Suka
Twitter: mamamuraidotcom
February 21, 2012 5:53 am
betul tu, kita kena ambil sesuatu sebagai motivasi untuk berjaya.