Assalamualaikum,
korang pernah dengar pasal Dinar Iraq tak? Off course pernahkan. Dan entri saya pada kali ini pun berkisar kepada dinar idaman Mat Jenin tu.
Begini ceritanya, semalam secara tak sengaja saya terserempak dengan salah seorang bekas jiran yang lama tak bersua. Dalam kesibukan bertanya khabar tu sempat jugalah dia memperkenalkan mata wang tersebut kepada saya. Bukan kenal saja-saja, tapi dengan sembang kencang segala yang diselang-selikan dengan ayat jutawan.
Terbaik, dulu jual-beli tokek, la ni jadi saudagar matawang pulak. Serius orang Melayu memang expert dalam bidang perniagaan kan.
Okey kita skip perbualan juta-juta tu, terus kepada topik yang menarik perhatian saya iaitu harga belian Dinar Iraq yang kini naik berlipat kali ganda berbanding harga jualan asal mata wang tersebut beberapa tahun dahulu. Alasannya kerana tarikh apungan Dinar Iraq yang semakin hampir. Diulangi sekali lagi kerana tarikh apungan Dinar Iraq yang semakin hampir.
Hohoho… pelikkan?
Tambah pelik, kenapa agaknya beliau beria-ia benar menjual dinar yang boleh membantunya menjadi seorang jutawan, sedang tarikh apungan Dinar Iraq sudah semakin hampir menjengah.
Dia nak jadikan saya jutawan sekali ke?
Ada sesiapa kat sini yang boleh tolong jawabkan?
Pada tahun 2003, semasa Dinar Iraq baru diperkenalkan, peramal ekonomi menjangkakan Dinar akan diapungkan dalam tempoh antara 5 ke 10 tahun. Kini setelah 9 tahun, Dinar Iraq masih tidak diapungkan. Agak-agak kenapa ianya masih belum terapung? Ya, sebab dinar Iraq memang akan tenggelam.
Takpelah Mak Jah, saya sebenarnya memang takde ciri-ciri seorang jutawan. Terima kasih ye kerana sudi makan dan ngeteh dengan saya.


43 comments… read them below or add one
« 1 2 3
Dinar Iraq pasti akan diapunkan. Cepat atau lambat belum dikehatui. Tak salah kalau mulai dari sekarang kita gumpul seberapa banyak Dinar Iraq yang termampu. Kalau nanti bila Dinar Iraq diapungkan, taklah kita menyesal nanti. Terpulang…fikir fikir kan lah.
Reply to: Fahmi Raazali,mrujuk kpd soalan kamu…Tak pasti sama ada dinar iraq ni disandarkan pada nilai emas atau tidak. Kalau tak disandarkan pada nilai emas… berisiko juga. Jwpn sy ialah,semua wang kertas kt dlm dunia ini tiada lagi sandaran wang kertas kepada apa-apa selain kepercayaan semata-mata.Wang kertas nampak kuat tetapi tidak mempunyai sandaran kecuali kepercayaan yang dipaksa keatasnya.Contohnya Dollar Amerika.
Baik beli emas kot.hehe
Apa kata korang baca juga artikel terbaru budakserius…Video Penuh Iklan Luna Maya Yang Diharamkan
tak payah lah beli kertas buruk tuh …baik beli emas tulen ..
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Bro Yusri…Dalmatian Training Will Help Solve Numerous Puppy Problems
tak rugi pun kalau kita simpan dinar iraq. Modal pun bukannya besar sangat. Rasa rugi pulak tak simpan wang singapura 20 tahun lepas. $1.00 dolar singapura cuma RM1.10 . Sekarang apa dah jadi … fikir-fikir lah sendiri. Jutawan dari simpanan duit kuwait pun dah jadi realiti. Kalau nak buat koleksi dinar iraq, belilah kat tempat yang sah. Tempat yang jual beli mengikut nilai mata wang sebenar .. barulah kita dapat nilai yang sebenar
Bank Negara Malaysia pun ada mengeluarkan panduan bagi sesiapa yang berminat untuk membeli mata wang asing yang mana mengikut undang-undang yang ada di Malaysia ni .. faham-faham je la mata wang asing tu negara mana …
erm, tak faham sangat pasal dinar iraq ni. Mesti kes beli dinar iraq masa nilai dia jatuh kemudian simpan. Dengan harapan masa nilai dinar iraq naik nanti boleh tukar semula dan dapat keuntungan.
Tak pasti sama ada dinar iraq ni disandarkan pada nilai emas atau tidak. Kalau tak disandarkan pada nilai emas… berisiko juga. Nak selamat, beli dinar emas atau dirham (perak). Insyaallah, lebih selamat memandangkan nilainya tak boleh dimanipulasikan sesuka hati.
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Fahmi Raazali…Minggu Ke-2, Semester 6, UniSZA
logiknyer, kalau btul2 leh wat duit, wat pe dorang nak ajak kita masuk sama kan, baik dia kaut semua sendiri2…. haha… ramai tertipu, tp paling lawak, ramai tu ‘orang kita’ bro… :p
Apa kata korang baca juga artikel terbaru lazaac…Kemaskini WP Self-Hosted Dengan WP-Cli
aku ade dgr…bunyi kata,owg yg simpan dinar iraq nie da stat frust
Apa kata korang baca juga artikel terbaru the sun daily…Reflection Writing 1 | Example Reflection Essasy For PPISMP Student
Peh,mesti ketika sembang tu,mesti cerita dia lebih hebat daripada cerita Barrack Obama kan.Penuh kata-kata motivasi dan paksaan..hehe
Apa kata korang baca juga artikel terbaru Pejuang Kesenian Extreme…Multi Level Marketing (MLM) | Program Orang Tipu Orang
lagi cantik invest dinar emas. sebab dapat emas.
Apa kata korang baca juga artikel terbaru incik…Petua kesihatan Imam Syafie
« 1 2 3